Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Kata Mahatma Gandhi, "Hiduplah seperti kamu akan mati esok dan BELAJARlah seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya." Satu kata-kata seorang manusia yang dianggap hebat di mata sebahagian manusia di dunia ini. Bagi kakchik kata-katanya itu ada benarnya.
Dari kacamata seorang Islam, jika kita tahu kita akan mati esok, pastinya setiap detik masa yang ada pada hari ini akan kita gunakan semaksima mungkin untuk bertaubat, berzikir, meminta ampun maaf dari semua orang yang pernah kita buat dosa kepada mereka, menyesali segala kesilapan yang selama ini kita telah buat, memenuhi masa yang ada dengan solat dan amal ibadat yang lain hatta mungkin tidka mahu tidur kerana merasakan tidka cukupnya masa untuk mendapatkan bekalan sebelum nyawa dicabut keesokan harinya. Sebabnya.... kita tahu, selepas mati ialah azab kubur kemudian akhirat yakni penghakiman di hadapan Allah.
Manakala dalam soal belajar pula, kita pun pernah dengar orang kata, "Nak kan dunia mestilah dengan ilmu. Nak kan akhirat mestilah dengan ilmu. Nak kan dunia dan akhirat sudah pasti kenalah juga dengan ilmu." Kalau kita setakat ada ilmu untuk hidup atas dunia saja, alangkah ruginya kita bila di akhirat nanti. Kenapa? Kerana ilmu duniawi yang tidak ada kaitan dengan ukhrawu adalah sia-sia. Belajar penat-penat, kerja letih-letih, dapat hasil dihabiskan untuk hidup yang melalaikan ataupun tidak betul-betul dimanfaatkan ke jalan Allah. Sebagai orang Islam, kita wajib menuntut ilmu untuk kedua-duanya iaitu untuk hidup di dunia demia hidup di akhirat.
Kata-kata Mahatma Gandhi bahawa belajarlah seolah-olah kita akan hidup selamanya pada kakchik mungkin untuk memotivasikan sesiapa sahaja agar menjadi manusia berilmu demi survival hidup. Orang yang tidak berpelajaran, hidup mereka akan susah. Zaman yang semakin berubah, negara yang semakin maju akan menyebabkan kesusahan hidup akibat tiada ilmu akan menyesakkan mental mereka. Tekanan demi tekanan seperti kewangan, perlindungan dan segala keperluan hidup mungkin akan menyebabkan mereka yang tidak berilmu ini melakukan sesuatu yang menyalahi norma kehidupan yang baik.
Jadi, belajarlah dan teruslah belajar kerana pada hakikatnya kita ilmu yang kita dapat itu ada manfaatnya bila kita dihidupkan kembali di akhirat nanti. Ilmu itulah yang bakal menentukan cara hidup kita di atas dunia ini yang sudah tentu ada taliannya dengan hidup kita di akhirat nanti. Ada seorang lelaki tua yang kakchik kenal selalu berkata, "Dah tua-tua ni buat apa lagi nak belajar? Cukuplah kita dah penat belajar di mana muda dulu." Aduh, sayang sekali... pandangan sebegini kalau selalu diucapkan kepada anak-anak muda, pastinya boleh menyebabkan mereka malas untuk menambah ilmu.
Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad."? Bukankah itu maksudnya perjalanan menuntut ilmu ini tidak pernah ada batas usianya? Mungkin 20 tahun dari usia kita tu digunakan untuk pendidikan formal, iaitu sekolah rendah, menengah dan kolej/universiti. Selepas itu kita ada peluang terbuka untuk menambah ilmu. Buku berlambak di pasaran. Kuliah-kuliah akademik, agama, motivasi dan sebagainya hampir setiap hari ada dianjurkan oleh pelbagai pihak. Di masjid, di pusat kemasyarakatan, di perpustakaan dan di pusat-pusat pengajian ada kelas agama dan sebagainya. Bukankah itu peluang untuk menuntut ilmu?
Marilah kita bertanggungjawab ke atas diri kita. Ilmu adalah makanan jiwa kita. Ilmu juga pemudahcara untuk kita hidup dengan lebih selesa. Ilmu membolehkan kita mempunyai keluarga yang baik. Ilmu membuka peluang kebaikan dan kebajikan yang luas buat kita. Ilmu menjadikan kita manusia yang celik mata dan mata hati. Membaca, mendengar dan menyampaikan, insyaAllah akan menambah kualiti ilmu kita. Apakata kita mulakan sekarang?

Koleksi buku untuk bacaan bulan Oktober. |

Buku bacaan santai dan ilmu membuat roti. |

assalamualaikum
ReplyDeletesetuju... membaca mmg sgt menyeronokkan... :) ~
assalamualaikum kakchik!
ReplyDeletekembara tetamu Allah tu best. Husna dah baca dah! :)
Kakchik, macam mana kakchik bahagikan masa baca semua buku ni? Husna takde masa kot kadang-kadang. huk~
wa'alaikummussalam manje.
ReplyDeleteterima kasih sebab setuju :)
Wa'alaikummussalam Husna.
ReplyDeleteBetul ke dik? Kalau macam tu lepas habis Black Mamba Boy ni kakchik nak baca yang tu pulak.
Kakchik pun tak pasti macamana kakchik bagikan masa Husna. Yang kakchik tahu buku mesti diletakkan di sekitar kakchik terutama di tempat yang kakchik dapat duduk dan rehat misalnya di dalam kereta (ketika suami memandu), dekat kepala katil, sekitar meja kerja, kat dapur dan kat segala tempat yang kakchik kerap pergi. Baca ketika lapang. Dari saja-saja tengok orang, baik baca buku.