Assalamualaikum.
Ada kawan tanya, bagaimana nak gayakan abaya dengan gabungan 2 atau 3 warna. Kakchik sebenarnya bukanlah pakar dalam hal ni tapi berdasarkan pengalaman memakai abaya setiap hari dan melihat-lihat perkembangan fesyen (yang sesuai dengan gaya Muslimah), kakchik rasa mungkin caranya begini:

Di dalam sampel di atas tu kelihatan dengan jelas gabungan 3 warna iaitu hitam, hijau dan kuning. Kalau dilihat memang agak trendy dan terang gabungan tiga warna ini kan? Takpe... kakchik sengaja buat macam tu agar mudah kawan tu nak faham maksud kakchik.
Bagi mengelakkan gabungan warna ini menjadi sangat menonjol, pilihlah warna yang lebih suram untuk tudung dan beg. Kakchik suka menggunakan beg tangan yang sesuai dengan mana-mana pakaian, tudung atau kasut misalnya beg berwarna hitam, coklat dan beige.
Tudung pula biasanya kakchik pakai shayla yang memang datang sepasang dengan abaya. Jarang-jarang sekali kakchik akan pakai pashmina dengan warna yang sedondon dengan hiasan pada abaya. Itupun warna-warna pastel sahaja. Kasut pula selalunya hitam, beige dan coklat juga. Sama seperti warna beg.
Jadi, itulah apa yang kakchik maksudkan. Semoga dapat membantu.
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.