BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Allah... sejak tengahari semalam, mood kakchik sangatlah rendah. Bukan keran dimarahi orang. Bukan kerana ada masalah yang sedang menghantui jiwa. Ehem, masalah tu memang ada tapi tidaklah sampai menjadikan mood kakchik sebegini rendah. Tapi yang pastinya kakchik sentiasa saja terasa sedih dan airmata mengalir tidak semena-mena.
Allah....Allah. Masih terbayang-bayang di depan mata perkara yang berlaku. Teringat saja, kalau sedang makan, kakchik akan berhenti. Terasa tak boleh nak telan makanan itu. Kadang-kadang selesai solat, air mata jatuh berjuraian. Di saat menaip inipun air mata masih berderai-derai. Hai... murahnya airmata kakchik sejak semalam.
Mula-mula kakchik sudah cuba mengelak dari melihatnya tapi setelah begitu ramai yang mengongsikannya, hati menjadi semakin berat untuk melihat juga. Kakchik silap, kakchik pergi tengok semasa sedang makan tengahari. Tidak habis roti canai yang sedang dimakan kerana jiwa ini tidak tahan lagi.
Ya Allah... zalimnya manusia ini. Zalim sungguh! Terlalu zalim! Kejam! Tiada perasaan! Tiada peri kemanusiaan langsung! Sampainya hati mereka.... sampainya mereka berbuat begitu ke atas satu jiwa yang masih mentah, tidak mengerti apa-apa. Tiada jiwakah mereka? Allahu Akbar!
Video Kanak-Kanak China Yang Dilanggar
Ya Allah... terlalu menyayat hati. Setiap kali teringat apa yang berlaku ke atas anak itu, kakchik teringatkan anak-anak saudara kakchik. Dahsyatnya sikap manusia yang lalu-lalang tanpa langsung ada rasa simpati dan belas kasihan. Kasihannya anak itu. Entah apa nasibnya? Kakchik ingatkan nyawanya hilang di situ saja.... Ya Allah... terlalu sedih untuk dibayangkan.
Di negara kita kini, semakin ramai orang yang hilang perikemanusiaan. Suami layan isteri macam hamba, macam orang gaji, macam pelayan restoran. Isteri tidak hormat suami, melawan cakap suami, mudah melenting, marauh tidak dijaga. Anak muda makin ramai bergaul-bebas, buat maksiat dengan bebas, berzina siang malam akhirnya dapat anak dibuang macam sampah!
Buang Anak, Lempar Anak, Kelar Anak
Bila ingatkan gambar-gambar bayi-bayi malang yang dibuang dan dibunuh ibu kandung mereka, hati kakchik cukup terguris. Ya Allah.... kesiannya bayi-bayi itu, kesian sungguh anak-anak kecil itu yang bagi kakchik di usia itulah mereka begitu menghiburkan sekali buat orang dewasa. Tidak dapat kakchik bayangkan bagaimana seorang ibu boleh lakukan perkara zalim ini ke atas anak sendiri.
Entah apa di fikiran mereka semasa tangan-tangan mereka memperlakukan perbuatan sadis itu ke atas tubuh kecil yang lumrahnya sesiapa saja suka mahu mencium dan memeluknya. Kakchik sedih... sedih sungguh. Nak menulis pun jadi tiada mood. Kepala naik sakit kerana menangis sendirian di dalam pejabat.
Gloomy.
Sedih, memang terlalu sedih tapi amanah tetap juga dilaksanakan sebaik mungkin. Usaha dakwah mengajak orang beramal makruf nahi mungkar akan terus dilakukan selagi ada kudrat, selagi suami izinkan, selagi ada hayat. Rasanya, tidak sanggup lagi dah nak mendengar, membaca atau melihat gambar-gambar yang menyayat hati ni. Kekejaman manusia umpama tiada hentinya tapi ingatlah Allah itu bila Dia murka, kemurkaannya amatlah berat kesannya.
Kakchik takut Allah murka dan terus turunkan bala. Allah... Ya Allah.
Salam kakchik..
ReplyDeletemsa ara tgk video tuh pun ALLAH jek la yg tahu prasaan ara ni kak.
ngeri sgt. mmg xde langsung perikemanusiaan..
Rupanya.. undang2 d china sgt pelik.
Kakchik try klik link ni.
http://marniazlina.blogspot.com/2011/10/punca-kenapa-tidak-ada-yang-menolong.html#comments
Baru dpt tahu jawapan.
Tapi donia makin sangat menakutkan.
macam2 kes pelik2 berlaku sekarang ni. manusia dah semakin hilang nilai kemanusiaan dan hilang kewarasan akal :(
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteKak Chik, kalau ada hati yang tidak tersentuh dengan semua tu, ada sesuatu yang tak kena dengannya. Memang sangat menyayat hati. Buang bayi macam campak kain buruk je, main baling je sesedap rasa.
Lagikan binatang yang makan binatang lain masih lagi sayangkan anak, lain pula halnya dengan manusia. Orang yang ada akad dan sangat teringin nak anak, Allah tangguhkan harapan itu, tapi...yang tak nak anak, yang seronok buat maksiat...sebegitu mudah dapat anak, sebegitu mudah lahirkan anak, sebegitu mudah pula membunuh anak sendiri. Tak faham betul dengan manusia ni!
MASYAALLAH.....Makbonda pun adatengok video tu,dan dah klik link yang Arawani syorkan dan dah klik juga marniazlina.blogspot.com..... huh sesak nafas buatnya.
ReplyDeleteMamang banyak sunggah cerita kekejaman kat sana,seolah-olah nilai kemaanusiaan mereka sudah hilang. Kadang-kadang Makbonda membuat hipotesis sendiri.... mungkin mereka adalah benih dari mangsa perkosa pengganas kominis seperti dalam kesah "Weil China"terbitan pts.
Ya Allah lindungilah perkara-perkara tersebut dari menular ke daerah kita,dan jauhilah kami dari menyaksikan perkera-perkara begitu ya Allah.
lady x sanggup pun nak bc org tulis cerite berkaitan dengannya kakchik.. dan xkn tgk video atau gmbrnye.. xsanggup..
ReplyDeleteWkslm Ara. Sampai ke hari ni kakchik masih sebu bila ingatkan kejadian tu. Akhirnya Allah ambil juga nyawanya. Innalillah. Di China negaranya telah mendidik rakyat menjadi orang yang individualistik. Keras hati dan tiada ehsan belas. Unsur2 begini sudah mula ada di negara kita.
ReplyDeleteKakchik ada baca dlm The Guardian, lagi kakchik faham kenapa rakyat China begitu.
Terima kasih atas perkongsian link ya Ara.
Nadiah, bila material menjadi matlamat, kemanusian galang gantinya. Asal diri sendiri selamat, nyawa orang lain tidak penting.
ReplyDeleteWalaikummussalam anyss.
ReplyDeleteBetul tu anyss. Mula2 tengok kakchik tak terus menangis dan ada juga tanya hati, aku ni, keras hati sangatkah? Tapi sekejap saja begitu, tak tahan lama kolam pun pecah.
Agaknya resam dunia di akhir zaman ni, segala yang buruk, Allah permudahkan berlaku dan yang baik Allah sukarkan bagi menguji kita yang mahukan kehidupan akhirat yang aman bahagia.
Makbonda, sesak dada ni Makbonda. Kalau nak bercerita dengan orang lain, sekejap saja mula nak menangis. Dahsyat dunia kita sekarang ni. Menakutkan dan tidak selamat. Oh, Makbonda ada baca pasal 'Weil China' tu ya? Entahlah Makbonda, mungkin ada benarnya. Betul tu, mohon Allah jauhkanlah segala itu dari kita.
ReplyDeleteLady, samalah juga dengan kakchik di permulaannya tapi hati bagai dipujuk2 agar melihatnya dan inilah yang berlaku. Namun, kakchik tidak akan kongsikan gambar atau videonya di sini. Tidak sanggup menjadi penyebar perkara yang menyedihkan itu.
ReplyDelete