Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari Sabtu, hari bekerja, hari pengunjung paling ramai datang ke perpustakaan, hari ramai staf MC dan cuti adhoc, hari ini hanya tinggal 2 orang staf untuk menguruskan sebuah perpustakaan sebesar Dar Nur al-Zahra' ini. Allah... Kakchik dan Pakcik Aziz. Terpaksalah juga kuatkan semangat untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi memastikan perkhidmatan kami adalah yang terbaik mampu diberikan. InsyaAllah kakchik sihat fizikal dan mental.
Betapa Allah itu sangat suka menambah ujian jiwa di kala fizikal ini masih terasa kepenatan menguruskan perpindahan kedaibuku MariBaca pada hari Khamis lepas. Di saat ini kakchik sendiri tak dapat bayangkan betapa fizikal ini mampu menempuh keletihan melakukan kerja-kerja fizikal mengangkat dan memunggah kotak-kotak dan rak-rak buku, hanya Allah yang tahu. Dan hanya Allah juga yang telah mengizinkannya. Alhamdulillah.
Sebahagian kecil kotak-kotak buku. |
Suasana dalam kedai sebelum pindah. Gambar arkib. |
Pada hari yang sama kedaibuku kakchik dipindahkan, petangnya kakchik ada mesyuarat di Pengkalan Chepa. Alhamdulillah sempat balik ke rumah dari MariBaca untuk mandi, makan dan menukar pakaian yang melekit dengan peluh sebelum ke tempat mesyuarat. Trip ketiga lori mengangkut barang dari kedai terpaksa kakchik minta Ayah tolong tengok-tengokkan kerana waktu mesyuarat kakchik bertindan dengan kerja-kerja memindahkan barang. Terima kasih Ayah, Ummi dan Bibik yang turut membantu.
Betis kiri kakchik mula sakit semasa kakchik masih di kedaibuku tapi kakchik bertahan juga hingga ke malam. Bila habis mesyuarat kakchik lebih kurang jam 5 petang, kakchik terus memandu ke kedaibuku untuk memastikan kerja-kerja pemindahan selesai dengan baik dan tapak kedai ditinggalkan dalam keadaan bersih. Alhamdulillah... mereka yang kakchik upah untuk memindahkan barang telah melakukan kerja-kerja yang sangat baik. Tapak kedai itu bersih dan kakchik kuncikan dengan lega hati. Nanti bolehlah dipulangkan kepada tuan kedai dengan selamat.
Allah tahu kakchik amat letih, jadi Allah takdirkan cik abe kena OT pada hari Khamis tu jadi takdelah kakchik perlu bergegas ke pejabatnya untuk mengambilnya seperti biasa. Turun dari kedai dengan hati yang sebak, kakchik ke Pasaraya Billion untuk membeli sedikit keperluan rumah sambil berutus SMS dengan cik abe yang masih di pejabatnya. Selesai membeli-belah jam sudah 6 lebih jadi kakchik terus ke pejabat cik abe. Malam tu kakchik temankan dia di sana yang sedang bertungkus-lumus bersama beberapa orang juruteknik komputer membaiki server pejabatnya yang bermasalah.
Sempatlah juga kakchik online sebentar dengan meminjam pc suami. Alhamdulillah akhirnya OT cik abe selesai dan kami sampai di rumah hampir jam 10 malam. Allahu Allah.Terasa tidak sabar mahu membersihkan diri kemudian berehat tapi mana boleh senang-lenang buat macam tu. Kalau bujang lainlah kan... kita ada suami dan ada rumah yang perlukan perhatian, maka pastinya kena buat dulu apa yang patut. Pada masa itulah betis kiri kakchik makin sakit dan syukur ada Bibik Wati yang tolong urutkan. Alhamdulillah esoknya dan hingga sekarang, sudah tiada rasa sakit sikit pun.
Jumaat pun datang...
Pagi hari sudah penuhkan kereta dengan 6 orang anak-anak saudara untuk ke majlis jamuan Dewan Muslimat Kawasan di Pengkalan Chepa. Oleh kerana kakchik juga AJK program maka kakchik ada tugas sebelum ke tapak program. Meluncur ke KB untuk mengambil 500 biji apam polkadot yang telah ditempah untuk jamuan. Alhamdulillah kakchik sampai ke tapak program lewat beberapa minit dari pukul 9 pagi kerana 3 kali 'makan langsat' hehehe.
Iffah, Amriena dan Amierah. |
Emran dan Eqbal. Ikhwan seorang tak masuk dalam gambar. |
Nasib baik anak-anak saudara kakchik tidak buat perangai cuma mereka kelaparan kerana datang dalam keadaan perut kosong dan dekat jam 10 baru dapat makan. Tapi kakchik gembira + geram membawa mereka bersama. Gembira sebab mereka boleh meringankan beban Ummi kakchik di rumah dan mereka seronok dapat bermain gelongsor di belakang Surau Al-Mustaqim. Geram sebab mereka suka bergaduh sesama sendiri. Huh, tak larat nak tegur mesti ada yang akan bergaduh, nangis lepas tu kawan balik. Begitulah budak-budak.
Majlis masih berjalan semasa kakchik menghantar anak-anak saudara balik ke rumah selepas mereka kenyang makan nasi dagang, dan beberapa hidangan yang lain. Kakchik kembali ke Surau Al-Mustaqim semasa YB Kak Ubai sedang berucap. Alhamdulillah... sempatlah kakchik mengambil gambar-gambar yang menarik sepanjang program berjalan. Meriah sekali dan sambutan penduduk di sekitar Surau itu sangat menggalakkan. Sasaran cuma 500 orang tapi kedatangan melebihi jumlah yang disasarkan berdasarkan makanan yang hampir licin dan suasana di dalam dan perkarangan surau yang penuh.
Suasana dalam surau selepas solat hajat. |
YBhg. Datin Bentara Setia Tuan Hjh. Sabariah Tn. Ishak, Isteri MB yang baru sampai. |
Hadirin di perkarangan surau selepas selesai makan. |
Sesi penyampaian hadiah penghargaan. |
Dua orang isteri pimpinan Negeri Kelantan. |
Alhamdulillah... majlis berjalan lancar dengan izin Allah. Sebelum balik para AJK, adik-adik Nisa' dan guru-guru PASTI sama-sama membersih dan mengemaskan surau luar dan dalam. Syukur sangat sebab dapat balik ke rumah sebelum cik abe bersiap untuk ke masjid untuk solat Jumaat. Terasa lega sangat.Sementara di ke masjid, kakchik siapkan makan tengahari, membasuh kain, mengemaskan rak-rak yang dipindahkan sehari sebelumnya dan berehat. Petang nanti ada mesyuarat lagi tapi badan mulai terasa demam. Penat agaknya.
Akhirnya kakchik tidak pergi mesyuarat dengan pelepasan dari pihak yang menjemput. Dapatlah lebih masa untuk berehat. Fizikal penat, jiwa lagi penat. Syukur juga sebab sudah boleh kembali berdiri di atas sejadah. Lagi banyak masa untuk menghadap Yang Maha Esa. Terima kasih ya Allah.
SALAM.. LAMA BETUL TAK MELAWAT K.CHIK..
ReplyDeleteMARIBACA PINDAH KE MANA K.CHIK? BLUM SMPAT LG ERIN MNJENGAH E MARIBACA..HUHUU
Wa'alaikummussalam erin. Apa khabar? Memang lama sungguh tapi tak mengapa sebab erin tetap di ingatan kakchik. Rasanya erin pun masih tak lupakan kakchik kan? hehehe. MariBaca di Billion tu dah tutup dan kakchik pindah ke lot dekat dgn rumah ni. Nanti erin boleh ke situ saja. Boleh beli buku dan abaya hehehe dan boleh singgah rumah kakchik terus.
ReplyDeleteAssalamualaikum kakchik.Moga kakchik sihat hendaknya.
ReplyDeleteWah,banyaknya buku-buku kakchik.Geram rasanya..hehe..ain ni peminat buku gak,pantang nampak buku-buku baru.InsyaAllah nak belek koleksi buku kakchik nanti.Manalah tau ada yg bkenan di hati.
Jaga diri ye kakchik.InsyaAllah, penat lelah kakchik akan terbalas...=)
Wa'alaikummussalam Ain. Alhamdulillah kakchik sihat2 saja Ain.
ReplyDeleteBuku-buku jualan tu Ain. Kalau sikit tak jadi bisnes pula hehehe. Kalau ikut hati nak aje kakchik jadikan semuanya koleksi peribadi tapi apakan daya, pokailah nanti. Kalau nak belek dgn puashati Ain kena datang ke sini. Belek kot online ni selalunya tak puashati sangat :)
InsyaAllah Ain... terima kasih ya.