Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kakchik rasa di kalangan teman-teman blogger pastinya ramai yang pandai dan telah membuat apam polkadot atau ringkasnya apam dot dot. Bentuknya kecil dan comel. Kalau kakchik yang makan, kena dua kali gigit baru habis sebiji. Ada orang hanya sekali gigit, kunyah dan telan hehehe.
Jumaat lepas kakchik terlibat dalam majlis jamuan makan anjuran DMP Kawasan dan tugas kakchik ialah untuk menempah 500 biji apam dotdot ni. dengan siapa lagi nak tempah melainkan dengan Kak G tuan punya Salsabila Homemade yang beroperasi di Kg. Sungai Keladi, KB.
Kakchik tak pandai nak buat sendiri dan tak ada masa nak luangkan untuk membuat kuih kecil dan comel ni. Bukan penyabar sangat kakchik ni dalam bab memasak makanan yang kiut-miut ni. Hasil tempahan, inilah dia:
Kak G buat memang sedap tambahan pula kat dalam ada inti kacang merah (kalau tak silap). Mmmm... memang tak cukup rasanya bila kakchik cuma dapat makan 2 biji je. Mungkin nak tempah lagi lepas ni. Harga pun tidaklah mahal sangat, RM40 untuk 100 biji. Bila order banyak boleh dapat diskaun, Alhamdulillah.
Hmm... rasa nak makan apam dotdot lah. Kak G.... nak tempah lagi boleh tak?
Foto kredit: FB NajibahZaid Salsabila Homemade
SEDAPNYA APAM POLKA DOT NI...
ReplyDeleteSalam chik...faheem suka sangat makan apam ni chik...sekali je dia masuk dalam mulut dia..sampai penuh..ish..sampai naik risau cikmin..hari tu tempah yang corak angry bird lady bird tu kat fb 100 rm30..belum masuk kurier lah..licin tak sampai sehari.. :P
ReplyDeleteAssalamualaikum kakchik..
ReplyDeletesaya suke apam dot dot ni,mmg best lembut jer kan..nyumm.nyumm..kali p'tame dpt rse mse member sy bwk opis thn lepas..member sy org kota bharu,lg satu feveret food dr kelate yg biase die bwk sni 'murtabak diraja' n kuih akok..waduhhh,sedap bangat tu huhu~sy xkan lpskn peluang if die blk kmpng KB msti kirim hihihi..
Totie@Tomy, alhamdulillah memang sedap. Puas hati membelinya.
ReplyDeleteWkslm Cikmin. Hehehe, kalau Faheem suka, pastinya kanak-kanak lain pun suka. Memang sedaplah makan apam dotdot ni. Wah... musim angry bird ni apam pun corak angry bird jugak. Hahaha... sure berebut Faheem dgn kakak dia. Murah tu kalau RM30 untuk 100. Ni yang buat Chik rasa nak order lagi ni.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam kaklong.
ReplyDeleteBetul kaklong, lembut sekali. Dulu2 masa kakchik kecik, orang buat besar, sebesar kek tu. Zaman skrg org semua nak cepat, apam pun buat cenonit je, senang nak suap ke dalam mulut. Huhu kaklong untung tu dpt member org Kelantan, tak sah kalau tak mengirim barang kalau dia balik negeri kan? Kirim banyak2 murtabak raja tu kaklong. Kalau kuih akok tu kena cari yg betul2 kaw buatannya kalau tak cepat basi.