Followers

11.4.11

Mencari rahmat dan berkat dalam kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Gambar sekadar hiasan.

Alhamdulillah syukur kerana masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk mencoretkan sesuatu di kanvas blog ni. Dalam keadaan diri yang agak letih ni kakchik asyik teringat akan blog ini yang hampir sehari tidak dikemaskini. Beginilah bila ada promosi, banyak masa dan tenaga perlu digunakan untuk menguruskan kerjaya dan bisnes. Ada orang yang kata, patut duduk di rumah saja, buat apa sibuk-sibuk nak berniaga. Iyalah, orang yang berkata begitu mungkin hidupnya sekeluarga sudah stabil, tak perlu membantu suami mencari rezeki. Kalau begitulah, kakchik pun nak jadi surirumah juga tapi hakikat adalah sebaliknya.

Setiap dari kita ini jalan hidupnya adalah berbeza antara satu sama lain dan telah ditentukan Allah SWT. Walaupun begitu Allah masih memberi kita peluang untuk mengubah nasib hidup kita sebagaimana yang Allah firmankan di dalam ayat 11 Surah Ar-Ra'd ini:

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.[Ar-Ra'd:11]

Ada pula orang yang kata, bukankah seorang wanita itu layaknya berada di rumah saja? Iya, benar, itulah yang sebaik-baiknya tapi ada kondisi yang membolehkan seorang wanita keluar mencari rezeki. Untuk hal itu kalian rajin-rajinlah mencari ilmunya, insyaallah pasti ketemu. Dan kakchik ini termasuk dalam kategori itu.

Ada orang merasakan sudah cukup dia menguruskan rumahtangganya tanpa perlu mengambil kira tentang urusan dalam masyarakat seperti urusan sosial dan siasah/politik. Mungkin ada benarnya tapi bagi kakchik jika semua orang berfikiran begitu, bagaimanakah nasib-nasib anak-anak remaja belia yang dari sehari ke sehari rosak akhlak mereka? Jika kakchik tidak turun ke dalam masyarakat, dan orang-orang macam kakchik tidak turun ke medan, siapakah yang akan menolong mereka?

Walau malu, segan dan bimbang dengan pandangan orang, kata-kata orang, sindiran dan cabaran iman, demi sayangkan agama ini kakchik akan kuatkan diri untuk terus melibatkan diri melalui kerjaya dan bisnes kakchik. Sudah tentulah semua ini boleh dilakukan dengan adanya izin suami dan sokongan suami. Had pergerakan kakchik bergantung kepada had yang diberikan suami. Alhamdulillah suami kakchik amat memahami kerana beliau sudah tahu mengenai kegiatan kakchik sejak sebelum kami berkahwin lagi.

Hidup ini sememangnya penuh mehnah dan tribulasi sebagaimana kata naqibah kakchik semasa di kampus dulu. Bila kita meletakkan Allah dan Rasul di hadapan, insyaallah apa juga yang kita lakukan dalam hidup setiap hari adalah berpandukan apa yang diajarkan oleh agama. Kalau kita tidak tahu, kita carilah ilmu tentang agama kita ni. Jangan biarkan diri kita ni nama saja Islam tapi sikit benar yang kita tahu dan amal dari amal kita ni walhal esok-esok kita nak mati dalam Islam. Ya Allah matikanlah kakchik dan kalian semua dalam Islam. Amiin.

Tak mudah kan nak mencari rahmat dan berkat Allah dalam hidup kita ni? Setiap masa ada saja dugaan iman yang datang. Macam-macam perkara lagho atau melalaikan yang berlaku di depan mata kita. Ada yang kita sengaja tengok, ada yang dipaksa tengok, ada yang terpaksa tengok dan ada juga yang tertengok. Kalau sempat istighfar, alhamdulillah, bagaimana kalau tak sempat dan teringin pula untuk tengok lama-lama? Allahu Akbar. Rosaklah iman kita hari tu. Dan jika berulang-ulang kita lihat, dari dosa kecil menjadi dosa besar. Jadi macamana hidup dan berkat?

Berkat tu apa ya? 

6 comments:

  1. Assalamualaikum,kak chik..
    Tertarik ain melihat gerai abaya jualan kakchik.Impian ain juga satu hari nanti, insyaAllah.
    Tiada salahnya wanita muslimah bekerja di luar rumah asalkn tahu batas dan adabnya.Meringankn beban suami juga salah satu cara kita menambahkn amalan.
    Segala aktiviti, tujuan kita dalam kehidupan ini jika dipaksikan hanya kerana Allah SWT semata-mata, insyaAllah kita takkn rugi.Ganjaran besar akan kita perolehi nanti di sana..

    ReplyDelete
  2. salam, kakchik...
    semalam petang dni ada ke sana :) ingat dapat jumpa kakchik tapi kakchik tak ada di situ.. cantik2 koleksi abaya kakchik ^__^

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... suka kalau kak chik menulis. ada jer point2 penting... :) .. tp syikin.. kalau ada kemampuan nanti.. insyAllah.. ada anak.. namo keje ler.. kalau bisnes2 mcm kakchik pon ok juga...

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam Ain. Insyaallah Ain juga mampu berbuat begini tak lama lagi. Di mana ada kemahuan, ada pula usaha, insyaallah impian akan jadi kenyataan Ain. Betul Ain, tapi cabarannya amat besar tambah2 bila kita mahu serasikan bisnes dengan dakwah. Tapi, insyaallah kita boleh.

    ReplyDelete
  5. Wkslm dni. Terima kasih banyak singgah di gerai kakchik tapi maaf banyak2 sebab takde di gerai masa dni pergi. Masa tu mungkin kakchik masih di pejabat. Ehem, bila dni nak melabur abaya sehelai? hehe

    ReplyDelete
  6. Syikin, kalau ada anak, kakchik pun nak uruskan anak juga. Dlm keadaan sosial yang gawat sekarang ni, rasa macam tak jamin je nak biarkan anak diasuh dan dididik oleh orang lain. Maybe tumpu pada bisnes dari rumah aje lagi baik.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs