Followers

7.4.11

Dugaan di tapak promosi: lalat berterbangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah dapat kakchik bersiaran dari tapak promosi di Mydin Mall, Kubang Kerian. Rezeki dapat guna internet percuma kat sini. Di saat kakchik menaip ni orang memang ramai di dalam pasaraya ni tapi takde seorang pun yang singgah di gerai kami tak macam sebelah pagi tadi. Mungkin sebab lalat yang banyak berterbangan dan mengganggu kami.

Muazzin Munzir yang membantu kakchik di gerai.

Menurut kata para peniaga berjiran memang hari ni luar biasa pula banyaknya lalat kat sini. Bukan tempat ni tidak bersih, pekerja pun hampir selang sejam datang mengemop lantai. Sampah-sarap pun tak ada tapi lalat datang juga mengganggu. Kakchik risau sikit bila lalat datang dan hinggap di penyangkut abaya, pada abaya dan pada apa saja yang ada di meja pameran kami. 

Dugaan... kenalah bersabar kan? Tak kan nak marahkan lalat-lalat tu. Lalat bukannya tahu orang tak suka dia datang. Kakchik harap dalam sejam dua lagi lalat-lalat ni akan berkurang atau terus tak datang lagi. Bila ada lalat terasa seperti tempat pameran ni tak bersih aje walhal memang bersih. Nak kata kakchik dan anak saudara tak mandi, tak munasabah... kita mandi dan pakai kemas dan rapi lagi.

Melayan pelanggan membeli shayla.

Hmm... masa masih panjang lagi ni, orang pun makin ramai sebab hari ni hari Khamis, esok dah hujung minggu. Semoga barang jualan kakchik makin laris lepas ni. Rezeki hak masing-masing tapi kenalah usahakan lebih rajin jika nak hasil yang lebih. Insyaallah masih ada peluang untuk kakchik di sini.

Jumpa lagi.

10 comments:

  1. insyaAllah akan dimurahkan rezeki selagi hati iklas kan ~

    ReplyDelete
  2. SubhanAllah.. seronoknya... kak chik,semoga pintu rezekimu dibuka seluas2 nya insyAllah :) ... kak chik... shayla tu berapa rege nya.. kalau campur post ke kL sekali :D..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih syikin. Semoga Allah perkenankan doa syikin. Shayla tu ada yang RM48 (plain), RM58, RM68 dan RM75. pos ekspress RM5 syikin.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,kakchik...moga dimurahkan rezeki selalu...

    ReplyDelete
  5. oOooo kak chik... shayla tu khas utk pakai dgn niqab,.atau pakai biasa tanpa niqab pun ok? n ada kaler aper ekk kak chik

    ReplyDelete
  6. wa'alaikummussalam ain. terima kasih banyak ain.

    ReplyDelete
  7. selamat datang yahie. terima kasih ya.

    ReplyDelete
  8. syikin, shayla tu bagi orang yg tak pakai niqab pun boleh pakai. semuanya kaler hitam syikin.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails