Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu di petang hari Sabtu ni. Hari ni sudahpun 2 haribulan bersamaan 28 Rabiul Akhir 1432 Hijrah. Cepat benar masa berlalu, sedar-sedar kita sudah masuk bulan keempat di tahun 2011 Masehi ni dan kini berada di hujung bulan Islam yang keempat. Tak berapa hari lagi cukuplah usia kakchik 37 tahun. Setengah orang sudah punya anak remaja di usia kakchik ni dan sepatutnya di usia ini kakchik sudah cukup matang sebagai seorang hamba Allah.
Bila usia makin meningkat ni ada beberapa perkara pada diri akan mula menurun tahap kesihatannya termasuklah rambut. Akhir-akhir ni rambut kakchik makin banyak yang gugur dan semakin ia panjang semakin sukar untuk menjaganya dengan baik. Bagi kakchik bila kepanjangan rambut itu sudha mula boleh diikat, maka ianya kakchik anggap panjang. Rambut pendek ialah bila langsung tidka boleh diikat. Agak sukar untuk memastikan rambut sentiasa sihat apatah lagi hampir 12 jam sehari ianya berada di bawah tudung. Jika ada ipar-duai lelaki maka tempohnya akan lebih panjang.
Dalam kakchik mencari-cari cara untuk mengembalikan kesihatan rambut merancang untuk mengunting rambut ni, kakchik terbaca satu artikel di dalam majalah ANIS bil 164 tentang Hukum Penjagaan Rambut. Seperti bulan jatuh ke riba aje. Artikel itu tidaklah panjang tapi kakchik hanya akan senaraikan isi penting saja kat sini untuk dikongsikan dengan kalian. Untuk membaca lebih lanjut eloklah dibeli majalah ANIS tu untuk rujukan peribadi.
Ada 4 hukum berkaitan penjagaan rambut iaitu:
1. Memuliakan rambut – maksudnya ialah membersihkan, menyikat dan mengelokkannya dengan cara yang tidak berlebih-lebihan. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang mempunyai rambut, hendaklah dia memuliakannya.” (Riwayat Abu Daud) dan daripada Abdullah bin Mughaffal r.a. katanya, “Rasulullah SAW melarang menyikat rambut terlalu kerap.” (Riwayat an-Nisaie dan Abu Daud). Tentu kedua-dua hadis ini ada pembuktiannya dari kajian sains di zaman sekarang.
2. Jangan mencukur rambut – wanita dilarang mencukur rambut kecuali darurat seperti sakit, tidak mampu mengurus atau terlalu banyak kutu. Sayidina Ali r.a. berkata, “Rasulullah SAW melarang wanita mencukur rambutnya.” (Riwayat An-Nasai). Maknanya berdosa mencukur rambut dengan sengaja misalnya untuk berlakon atau sekadar fesyen.
3. Tidak harus menyambung rambut – tujuan agar rambut kelihatan panjang dan lebat. Teknik rebonding tu dilarang ke atas umat Islam. Larangan ini ada dikisahkan di dalam sepotong hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a., beliau menceritakan seorang gadis Ansar telah berkahwin dan jatuh sakit hingga gugur rambutnya. Ahli keluarganya mahu menyambung rambutnya. Mereka bertanya Rasulullah SAW tentang perkara itu. Baginda menjawab: “Allah melaknat al-wasilah (orang yang melakukan penyambungan rambut) dan al-mustawsalah (orang yang disambung rambutnya).” (Riwayat Muslim).
4. Mewarnakan rambut sama ada untuk menutup warna asli atau menutup uban – Jabir bin Abdullah r.a. berkata, Abu Qahafah ayah kepada Abu Bakar r.a. dibawa bertemu Rasulullah SAW pada hari Pembukaan Makkah. Rambut dan janggutnya putih kerana uban. Baginda SAW bersabda: “Ubah warna ini dengan sesuatu tetapi jauhi warna hitam.” (Riwayat Muslim). Berdasarkan hadis ni, Imam Nawawi berkata pendapat paling sahih dalam Mazhab Syafi’i ialah HARUS mewarnakan rambut dengan warna selain daripada hitam. (Nota: Perbincangan yang berkaitan dengan hukum yang keempat ini masih perlu diteliti kerana zaman ini terlalu ramai orang mewarnakan rambut tanpa mengira halal atau haram.)
Baiklah, bila kita dah tahu hukum-hukum penjagaan rambut ni mudahlah untuk kita memastikan cara-cara untuk melakukannya. TAPI penting untuk kita ingat bahawa soal menjaga rambut ini berkait rapat pula dengan ISU AURAT kerana rambut adalah sebahagian daripada aurat.
Menurut penulis artikel, Ustazah Maznah Daud, istilah aurat itu berasal daripada perkataan ‘AAR yang bermaksud PERKARA YANG MENGAIBKAN ATAU MEMALUKAN. Fuqaha mentakrifkan aurat ialah setiap perkara yang menimbulkan rasa malu apabila didedahkan (sayangnya sebahagian wanita Islam hari ni sudah hilang perasaan malu mereka sebab itu ramai yang tidak menutup aurat.) Batas aurat menurut fuqaha ialah penentuan bahagian tubuh badan yang boleh atau tidak boleh dipandang atau disentuh oleh orang lain, yang sama atau berlainan jantina.
Sebelum kakchik teruskan dengan jenis-jenis aurat, kakchik ingin nak tarik perhatian teman-teman tentang tempat kita menggunting rambut sama ada di kedai gunting atau salun rambut. Syukur alhamdulillah di Kelantan ni sejak diperintah PAS semua kedai gunting atau salun yang UNISEX telah dilarang beroperasi melainkan diasingkan mengikut jantina pelanggan, diuruskan oleh tukang gunting dari jantina yang sama. Kalau nak kira senanglah kita nak menjaga aurat bila nak mendapatkan khidmat di sana tapi kenalah faham BATAS-BATAS AURAT DENGAN BUKAN ISLAM kerana ada banyak salun rambut ini dipunyai oleh wanita bukan Islam.
Bolehkah kita menggunting rambut dengan mereka? Mari kita pastikan hukumnya dengan penjelasan yang diberikan Ustazah Maznah. Mula-mula kita fahamkan dulu jenis-jenis aurat.
Aurat ada DUA jenis iaitu:
1. Aurat Solat – aurat yang wajib ditutup sebagai satu dari syarat sah solat. Bagi wanita ialah seluruh tubuh selain muka dan dua tapak tangan.
2. Aurat Ru’yah – lebih luas dari Aurat Solat iaitu terbahagi kepada aurat dengan sesama jantina, aurat dengan mahram, aurat dengan ajnabi/bukan mahram dan aurat dengan wanita bukan Islam.
Kebanyakan ulama dalam Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi’i berpendapat wanita Islam tidak harus membuka auratnya di hadapan wanita bukan Islam, sama seperti di hadapan lelaki bukan mahram (ajnabi, sah nikah). Dalilnya ialah pada Surah an-Nur ayat 31.
Dalam ayat tersebut Allah menyebut perkataan ‘aw nisa’ihinna’. Ramai mufassirin (ahli tafsir) mentafsirkan maksud ‘nisa’ihinna’ ialah wanita Islam. Berdasarkan tafsiran ini, wanita bukan Islam tidak termasuk dalam golongan mereka yang boleh melihat perhiasan atau aurat wanita Islam. Menurut satu riwayat, hanya Imam Ahmad ibnu Hanbal yang berpendapat, “Sesetengah orang berkata bahawa Muslimah tidak boleh membuka tudungnya di hadapan Nasraniyyah dan Yahudiyyah. Adapun saya berpendapat mereka tidak boleh melihat kemaluannya sahaja dan tidak boleh membidaninya ketika dia (muslimah) bersalin.”
Pada kakchik untuk memastikan pendirian kita tidak ragu-ragu dan berbelah bagi eloklah kita berpegang pada pandangan MAJORITI FUQAHA iaitu HARAM MENGGUNTING RAMBUT DI SALUN BUKAN ISLAM. Kakchik tahu di sesetengah tempat agak sukar mencari salun yang dimiliki oleh wanita Islam tapi usahakanlah juga mencarinya atau boleh juga berpakat sesama sahabat baik yang pandai menggunting rambut untuk membantu. Khidmat menggunting rambut ni pada kakchik adalah fardhu kifayah ke atas kita, kalau ada kemampuan, elok kita belajar.
Kakchik hanya beri khidmat percuma untuk adik-beradik je. Sekadar nak gunting ringkas-ringkas tu bolehlah supaya rambut sentiasa bersih, kemas dan rapi. Masalahnya, adik-beradik takde yang pandai menggunting rambut kakchik. Terpaksalah gunting sendiri yang bakal mengundang masalah atau ke salun rambut dengan mengorbankan RM5 – RM10 sekali gunting.
Seronok kan kalau dapat belajar teknik menggunting rambut dan penjagaannya. Peluang belajar ada tapi masa belum sesuai. Kakchik teringin nak ambil pendidikan formal bagi membantu wanita Islam yang lain. Insyaallah satu hari nanti.
Rujukan:
1. ANIS, Bil. 164
2. Dara.com, Edisi 106, ms. 66
Salam kak chik, sedih pulak rasa baca artikel ni. Kerana kebanyakan tukang gunting rambut di hometown najwa ialah dr glgn non muslim. ( juga kebanyakan tukang jahit). Bila di rumah sendiri pulak, jarang suami ada masa utk bawa ke salun muslimah. Oleh itu option yg mudah ialah pergi ke salun non muslim bila balik kampung :-(
ReplyDeleteassalamualaikum kak chik, tq for d info...selama nih dok tertanya2jugak..boleh ke tak berdandan dgn non muslim nih..akibat dr was2 mokwo akan menggunting sendiri rambut anak dara mokwo..biarpun tak secantik mana asal kemas dan tak serabai sudah lah..lagi pun pakai tudung..rambut mokwo lak pokwo yg gunting! Alhamdulillah..terimalah seadanya..memang susah nak cari tukang gunting muslim di sini..kebanyakkan orang, bila menggunting rambut akan pasti mendedahkan aurat nye bukan saja pd tukang gunting tetapi pada sesiapa yg masuk dlm salon tuh!
ReplyDeletedekat muar susah betul nak cari kedai gunting rambut melayu perempuan.huhu..selamat ade satu je.ok la service dia.not bad
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeletePerkongsian yg menarik. memang satu masalah bila tiada saloon muslimah. Kalu ada saloon Wanita melayu pun Unisex juga di sekitar KL ni. Hmmmm... abih camnor?
Wkslm najwa. Memang sedih kalau macam tu. Maybe najwa kena usahakan agar kat situ ada tukang gunting rambut dan tukang jahit dari kalangan wanita Islam. Takde ke gerakan muslimat atau wanita di kawasan itu yang mengambil inisiatif membuka pusat aktiviti yg menyediakan khidmat2 ini? Kalau dibiarkan berterusan tanpa sebarang inisiatif, bermakna ramai yg kena tanggung dosa nanti. Mungkin tiba masanya untuk najwa lakukan sesuatu.
ReplyDeletewa'alaikummussalam mokwo. sama-sama kak. lama tak nampak mokwo kat sini :) kira baguslah tu mokwo tak ke kedai gunting non-muslim dan ambil inisiatif ptg sendiri, kalau dibuat juga perkara was-was, ia berat kpd haram. huhu, salute kat pokwo. tak ramai suami yg sudi potong rambut isteri ni. memang benar sekali apa yg mokwo kata tu, dlm kedai unisex hatta ada juga yg wanita saja pun bila tuan kedai tak faham, dia tak jaga pun maslahah pelanggan yg menutup aurat ni, sapa nak masuk dlm kedai semasa dia gunting rambut pun dia tak kisah. masih kurang ilmu dan amalan.
ReplyDeletesalam kakchik
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ilmu ni kakchik..
saya pun dah lama tak ke salun, bab rambut, saya akan potong sendiri atau suami yang akan potongkan..ehem, sama dgn pokwo ye..
yg penting, wanita lu muslim perlu selalu kemas dan cantik terutama dimata suami, kan kakchik?
Assalammualaikum,
ReplyDeleteVery good info.
Untuk pengetahuan, di kawasan Andalas, Klang, Sngor, ada satu salun wanita yang menyediakan bilik khas tertutup bagi Muslimah. Salun ni memang uniseks, tapi sekurang-kurangnya prihatin jugak kat masalah Muslimah. Nama salun ni Noor Aini Salun.
Ada lagi satu salun untuk wanita jugak, tapi tak berapa nak tertutup. Orang yang lalu lalang mudah je nak nampak Muslimah yang sedang buat rambut kat dalam.
assalammualaikum..muda lg rupanya kakchik ni..sy ni dah nak menjelang 39 thn..sy kagum dgn ilmu yg kakchik selalu kongsikan..terimakasih.
ReplyDeletewkslm rose. sama-sama. kalau dapat potong sendiri macam rose kan bagus. sebelum ni ada juga buat sendiri, itu pun sekali je sebab habis senget-benget rambut kakchik hehe. orang macam mokwo paling untung kan? memang betul, kita kena sentiasa kemas, bersih dan cantik di mata suami.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Kak Haza. Thank you. Terima kasih banyak ya kak atas perkongsian maklumat ni. Bagus juga kalau teman-teman pembaca dapat senaraikan kedai gunting muslimah di tempat masing-masing. Mungkin dapat membantu teman-teman yang bermasalah.
ReplyDeletewa'alaikummussalam kak anitaare. kena panggil kakak la nampaknya. nanti macam kakchik tak hormat kat akak pula kan? akak pun belum tua lagi kak, masih muda jelita lagi. kakchik pun tumpang ilmu orang juga. orang kata makin kita kongsi ilmu makin bertambah. sama-sama kak anitaare.
ReplyDeletemahfudzah, syukur ada juga satu kan. harap-harap makin banyaklah muslimah yang membuka pusat gunting rambut khusus untuk wanita Islam kat sana.
ReplyDeleteWkslm mamawana. Kalau darurat dimaafkan tapi pada ketika itu ia menjadi t/jawab muslimah di sana untuk mewujudkan kedai gunting yang halal. Kalau tak dibuat bimbang ramai yang menanggung dosa nanti. Allahu'alam. Maybe kena dapatkan kepastian dr segi hukum dengan uts/ustazah yg pakar.
ReplyDeleteSalam, saya ada menyediakan dandanan rambut, make up dan manicure & pedicure di rumah di kota damansara. Harga yang ditawarkan Children cut RM5. Wash, cut & blow RM15. Henna/ Colouring RM30-RM88. Perming/ Rebonding RM88-RM128. Treatment RM38. Sesiapa yang berminat bolehlah kal saya Zura 012-208 404 8. Atau bolehlah layari myhomesalon.blogspot.com. Terima kasih.
ReplyDeleteSalam..sy berminat nak belajar cara gunting rambut.inshallah kalo berpeluang satu hari nnt nak buka salon muslimah. Tp dimana sy boleh belajar utk kursus gunting rambut ni ye...harap dapat bantu saya...tkasih.
ReplyDeleteNazura al tinggal dimn yee.. Sy shikin Dr melaka ada salon utk muslimah.. Dan nk bljr gunting pun bole hubungi sy 0136935493
ReplyDeleteWslm sy shikin dr melaka ada menyediakan Saloon rambut utk muslimah Dan klu nak bljr gunting Rambut pun bole ..sila hubungi sy 0136935493
ReplyDeleteUntuk perkhidmatan muslimah hair salon, area pendang kedah boleh contact saya 012 4111 459 or google saja ADNIN MUSLIMAH HAIR SALON :)
ReplyDelete