Followers

8.4.11

Jomlah kita pakai baju longgar, Jomlah kita jaga aurat kita.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Jumaat dan salam mahabbah untuk teman-teman semua.

Apa khabar? Kakchik, alhamdulillah, sihat-sihat saja. Sekarang ni kakchik masih berada di gerai jualan di Mydin Mall, Kubang Kerian. Rasa pelik pula bila menaip update blog dari ruang legar pasaraya ni. Keliling-kelalang orang ramai datang untuk membeli-belah di sini. Tak sempat habis menaip tadi, ada pelanggan. Alhamdulillah... dia tak beli tapi janji nak datang lagi sebab malam ni tak bawa cukup belanja.

Kali ni kakchik nak bercerita pasal pakaian lagi. Tentu ada yang kata, "asyik-asyik cerita pasal pakaian, macamlah dia tu dah pakai elok benar." Kakchik tahu pakaian kakchik pun belum sempurna, masih ada cacat-celanya. Mungkin luarannya nampak elok tapi hati kakchik pula yang perlu berperang dengan mazmumah yang sering menggoda. Insyaallah peperangan di dalam jiwa inilah yang kakchik mahu atasi dengan iman dan hati yang tulus. Susah juga sebenarnya.

Sumber: Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat
Baiklah, jika ada di antara kalian yang menjadi 'friends' kakchik di FB, tentu kalian ada membaca beberapa status kakchik berkenaan pakaian wanita yang berkunjung ke pasaraya ini. Allahu Akbar. Bagaimana kakchik nak berdakwah kepada mereka ya? Bila melihat ramainya wanita berumur belasan tahun hingga 50an memakai seluar ketat jenis 'skinny' dan 'leggings' kakchik jadi sedih. Terasa iman ini tercabar dan diri jadi sangat insaf. Makin hebat nampaknya cabaran dakwah Islam di negeri ini. Makin banyak usaha Kerajaan Negeri mengajak rakyat cintakan Islam makin hebat dugaan yang datang.

Kita kena terima hakikat yang wanita Islam kita amat mudah terpengaruh dengan fesyen yang memalukan ini. Bila sudah ramai yang berpakaian begitu maka yang ada rasa malu sikit-sikit akan hilang malunya. "Ala... semua orang pun pakai", kata mereka. "Apa nak malu? Mak I pun pakai ape...", kata pula yang lain. Astaghfirullahalaziim. Kalau beginilah fikiran mereka, memang susahlah kita nak ajak kepada kebenaran. 

Bertudung, berbaju t, berseluar ketat dan berkasut tinggi  adalah cabaran dakwah yang hebat. Perkara ini tidak mampu dilaksanakan berseorang tapi kakchik memerlukan sokongan ramai, tenaga yang ramai kerana amal jamai'e insyaallah hasilnya lebih baik. Bukan mudah nak mengajak mereka mengubah gaya berpakaian bila mereka merasakan mereka sudah menutup aurat. Bukan tak ada seruan ke arah perubahan tapi bergaya lagi penting.

Terasa ingin sekali mengatakan begini kepada mereka, "Takutlah api neraka Allah. Pakailah pakaian yang lebih baik, yang longgar, yang tidak nipis, yang tidak melekat di badan, yang labuh, yang tidak seksi, yang tidak merosakkan iman sesiapa yang memandang." "Jomlah kita pakai baju yang labuh. Jomlah kita pakai seluar yang longgar. Jomlah kita pakai tudung yang labuh dan longgar. Jomlah... Jomlah.." Kakchik sayangkan mereka. Mereka juga Islam seperti kakchik. 

Allahu'alam.

15 comments:

  1. assalammualaikum kakchik,

    mmg bnr apa yg ditulis kakchik tu, dulu sblm blaja lbeh mndalam lov pn turut menyangka apa yg lov pakai ketika itu SUDAH MENUTUP AURAT..

    tp kini alhamdulillah lov cube sdikit demi sdikit.

    tp kan kakchik, kalo di pjbt mzt bos n rakan2 akn pertikaikan pemakaian sebegini, kata mereka "pakaian sbegini tidak sesuai utk pjbt, pakaian sbegini akn manakutkn org luar/tetamu, pakaian sbegini menyukarkn utk bergerak.

    kdg2 rsa pns ati jgk dgn mereka ni, salah ke skiranya lov pakai jubah dan tudung labuh, xdela labuh sgt saiz XL je. malah lov byk bergerak ksana kemari dgn pakaian tu, lov lebeh suka dan lebeh selesa.

    Tak lama lg, kami akn mngadakan aktviti pnjt gunung, redah hutan, redah paya, tp sblm pergi tu ramai yg berpesan pd lov ttg pakaian yg akn lov pakai. katanya jgn pakai pakaian yg xsesuai mcm selalu tu.

    puas lov carik t-shirt pendek yg besar, longgar, tp tiada or myb ssh nk jumpe ngn bentuk bdn lov ni.

    tudung pula, mereka kata tudung labuh xsesuai utk aktivti sbegini malah menyuruh lov cuma memakai serkup/ank tudung shaja. itu sudah membuka aurat namanya kan kakchik. leher dan dada terbuka pula.

    alang2 kakchik da menulis mengenai perkara ini lov nk mnta nasihat kakchik or kwn2 yg laen mengenai mslh ini?

    tq.

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum kakchik,

    mmg susah jugak nak tegur mereka ni..akak rasa kita kena gunakan pendekatan yang baik..cara berhikmah..mungkin boleh beri risalah kecil yg mengandungi nasihat tanpa gunakanperkataan..orang sekarang ni payah ditegur guna perkataan..allahu'alam

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,kakchik.Moga akak sentiasa sihat selalu.

    Ain dapat rasakan perasaan akak ketika ini yang berdepan dan melihat sendiri masalah bpakaian wanita muslimah zaman kini.Perit mata memandang perit lagi kita yang melihat.

    Memang benar kata akak, dalam berdakwah kita perlukn ramai pihak untuk saling membantu dan bukannya pada golongan tertentu sahaja, misalnya ustaz/ustazah.

    Bagi yang sudah ada ilmu dan kesedaran, adalah elok kita amalknnya dan insyaAllah moga-moga dengan amalan yang kita lakukan melalui penampilan akan menimbulkn kesedaran kepada orang lain tanpa kita sedari.

    Bagi yang kita kenal rapat bolehlah kita menegur dengan cara berhemah.Bagi orang luar yang baru kita temui, mungkin sukar untuk kita untuk menegur, namun jika kita doakan moga mereka berubah juga itu adalah salah satu caranya.

    Mungkin boleh juga diguna pakai pandangan salah seorang rakan FB kak chik yg komen agar berikn template bkenaan cara menutup aurat yg betul.

    Apapun, ain yakin apa yang kita lakukan, apa yg kita tampilkn juga salah satu cara dakwah secara langsung yang memungkinkan mereka untuk tsedar dari tidur...insyaAllah..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kakchik..boleh saya share ni kat blog saya?

    ReplyDelete
  5. Salam kakchik,

    minta izin share kat FB.
    Teringat masa kat Mekah hari tu...ada kanak2 dr Malaysia menyebut perkataan hantu bila melihat wanita arab memakai niqab...Blh agak tak pengaruh dr mana tu....
    Dunia semakin tua...semakin ramai pulak pereka2 fesyen mencipta pakaian yg kononnya menutup aurat...semoga kita dijauhkan dr tipu daya ini.

    ReplyDelete
  6. JOm3.

    kita pakai baju labuh2, longgar2 :D

    dunia dah di ambang kemusnahan, tapi sygnya masih ramai yg buat endah tak endah je.

    xpe kak chik, selagi boleh berdakwah walau hanya dgn bertinta, tapi kena teruskan. Nampak sedikit, tapi moga Allah nampak pe yg kita buat (=

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kakchik
    saya mengucapkan terima kasih atas ingatan akak ni.suami saya pun selalu pesan macam yang kakchik tulis di entry ni kat saya cuma saya je yang rasanya tak mampu lagi nak berpurdah macam akak.terima kasih sekali lagi ya kak atas ingatan ini

    ReplyDelete
  8. wa'alaikummussalam lov. terima kasih lov dan tahniah kerana kini lov berusaha untuk menjaga aurat dengan lebih baik. insyaallah kalau setiap hari diusahakan, ia akan jadi mudah dan biasa. pasal kata2 orang2 di pejabat tu sabar byk2 ya lov, utamakan Allah berbanding mereka, apa jua yang mereka kata, hadiahkan senyuman w/pun pahit. kakchik yakin lov dapat bergerak bebas dan melakukan kerja dgn baik w/pun berjubah/berabaya. jangan ikut orang lov, itulah dugaan dunia yang Allah mahu lov hadapi. tabahkan hati ya lov. fikirkan iman lov setiap kali mereka berkata begitu. kalau love berani, jika mereka kata begitu, lov katalah, "saya takut Allah, satu takut neraka. biarlah saya pakai macam ni."

    ReplyDelete
  9. wa'alaikummussalam kak anitaare. terima kasih atas cadangan kak. ada... ada beri risalah kak, harap2 mereka tengoklah juga kerana kakchik tengok ada yg dapat terus buang. moga2 dalam beratus yang terima risalah tu adalah yang terbuka hati untuk ubah cara berpakaian mereka.

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikummussalam Ain.
    Terima kasih Ain atas pandangan yang bernas tu. Memang benar kerja dakwah bukanlah terletak atas bahu orang yang belajar agama saja bahkan ianya ialah tanggungjawab kita semua yang bergelar khalifah di mukabumi Allah ni. Insyaallah cadangan yang diberikan oleh teman FB tu sedang dilaksanakan cuma kesannya agak kecil. Namun, kakchik akan terus berusaha.

    ReplyDelete
  11. Wa'alaikummussalam Iema. Silakan Iema.

    ReplyDelete
  12. Wkslm Dayang. Silakan. Cabaran besar bagi kita yang tahu. Persepsi anak-anak masih boleh diubah tapi persepsi orang tuanya itu yang agak sukar jika mereka terus melihat perkara negatif dari cara berpakaian yang Islam suka. Pereka fesyen mungkin kurang ilmu yang hakiki maka mereka mencipta tapi tidak mengukurnya dari neraca Allah. Semoga nur hidayah Allah menyinari jiwa mereka.

    ReplyDelete
  13. Izzati, semangat yang macam nilah yang kakchik suka.

    ReplyDelete
  14. wa'alaikummussalam ummu masyitah.
    sama-sama. pesanan suami tu kalau diambil berat, insyaallah ganjaran pahala menanti. cuma bab pakai niqab ni, masyitah tanyalah hati yang paling dalam dan jika suami menggalakkan, lagilah baik dilaksanakan. jangan ikut orang tapi ikut hati yang berpandukan iman.

    ReplyDelete
  15. slm...
    suke baca entry yg akk tulis
    pndangan kite tentang aurat selepas kahwin perlu dititikberatkan
    after kahwin,sy lebih suke berfikir mcm nie 'klu kite sayang suami,jagelah aurat kite sebaik mungkin krn slps kite berkahwin,aurat kite akan ditanggung oleh SUAMI'
    NIAT menutup aurat juga kene betul,bukan krn suami je tp LILLAHI TAALA
    klu ape yg sy fikir ni salah,tlg betulkan ye ;-)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs