Assalamualaikum dan salam Jumaat semua.
Alhamdulillah, ada masa untuk update blog sebentar. Tahniah untuk kakchik sebab dah dapat dapur baru. Terima kasih banyak Yang kerana sudi membelikan dapur yang baru. Insyaallah sejak petang semalam dapur kami kembali berapi (mana boleh berasap, kakchik pakai dapur gas hehe). Dah dua minggu dapur lama rosak dan kerana masing-masing sibuk ke sana-sini, beberapa kali rancangan nak ke pekan membeli dapur tak menjadi. Kini, syukur, dapatlah memasak di dapur sendiri. Kalau tidak kena menumpang dapur Ummi ataupun menumpang makan di rumah Ummi hehe.
Bila dah ada dapur baru ni semangat nak memasak tu berkobar-kobarlah kan. Pagi tadi sempatlah sediakan juadah ringkas Jemput-Jemput Bilis sebelum kakchik ke Dataran Ilmu untuk mengikuti kuliah agama di pagi Jumaat ni. Dah berniat malam tadi, kalau hari ni kakchik sihat sepenuhnya, kakchik nak ke kuliah agama. Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan hajat kakchik. Syukur lagi. Jadi dengan masing-masing segelas kopi Radix, kami berdua bersarapan ala kadar saja.
Selesai membasuh kain dan mandi, kakchik terus bersiap untuk ke bandar. Hari ni kakchik sampai agak lewat tapi syukur dapat masuk parking kereta dalam kawasan pejabat MPKB-BRI jadi takdelah lama sangat nak kena pusing-pusing. Kawasan sekitar Dataran Ilmu ni jangan main-main kalau pagi Jumaat jika datang lambat, alamat tak sempat dengar kuliah pula nanti. Kakchik sempat dengan sikit saja kuliah yang pertama tapi kuliah kedua yang disampaikan oleh Ust. Nik Mohd. Abduh sempatlah dengar sampai habis. Dalam sibuk-sibuk nak dengar kuliah tu sempatlah juga kakchik ambil gambar kenangan suasana di Dataran Ilmu pagi tadi.
Menarik sungguh intipati kuliah pagi tadi. Insyaallah lepas ni kakchik akan buat coretan khas mengenai topik kuliah agama pagi tadi. Kalau diikutkan hati selepas habis kuliah tu kakchik nak berlegar lama-lama kat sekitar kawasan kuliah tu, manalah tahu kot-kot terjumpa dengan ramai kawan. Alhamdulillah dapatlah juga jumpa dengan beberapa orang adik-adik yang sudah agak lama tak berjumpa. Memang gembira sangat bila turun ke bandar mendengar kuliah dan bertemu pula dengan kawan-kawan yang sama-sama datang menadah ilmu.
Selepas membeli beberapa helai jubah dan tudung yang dikirim oleh teman-teman di FB, kakchik terus bergegas pulang kerana cik abe nak ke masjid untuk solat Jumaat pula nanti. Kakchik singgah membeli barangan dapur, ikan dan ulam-ulaman untuk memasak hidangan tengahari yang ringkas saja sebagaimana merasmikan dapur baru yang dibeli petang semalam. Hidangan untuk dua orang saja - nasi putih, budu lengkap, ulam-ulaman dan ikan goreng saja. Cik abe suka yang hangat-hangat dan ringkas saja. Lagipun kakchik kepenatan sikit pada hari Jumaat ni berbanding hari Khamis.
Begitulah lebih kurangnya aktiviti kakchik sepanjang pagi Jumaat ni. Walaupun penat tapi amat berbaloi rasanya. Alhamdulillah. Sekarang ialah waktu kakchik berehat sambil membaca akhbar yang dibeli pagi tadi, Harakah, Sinar dan Kosmo. Walau sibuk macamana pun hal ehwal negara tetap kena ambil tahu juga kan? Tak nak jadi warganegara yang 'take things for granted' saja. Kakchik nak jadi rakyat yang bertanggungjawab, insyaallah. Baiklah, sampai di sini dulu. Wassalam.
Pemandangan di Dataran Ilmu (Jalan Dato' Pati) semasa kuliah agama pagi Jumaat tadi. |
Singgah gerai kawan yang menjual beg jahitan tangan ni. Cantik kan? |
Singgah juga di sini untuk bertemu dengan taukeynya yang juga seorang kenalan. |
Menarik sungguh intipati kuliah pagi tadi. Insyaallah lepas ni kakchik akan buat coretan khas mengenai topik kuliah agama pagi tadi. Kalau diikutkan hati selepas habis kuliah tu kakchik nak berlegar lama-lama kat sekitar kawasan kuliah tu, manalah tahu kot-kot terjumpa dengan ramai kawan. Alhamdulillah dapatlah juga jumpa dengan beberapa orang adik-adik yang sudah agak lama tak berjumpa. Memang gembira sangat bila turun ke bandar mendengar kuliah dan bertemu pula dengan kawan-kawan yang sama-sama datang menadah ilmu.
Selepas membeli beberapa helai jubah dan tudung yang dikirim oleh teman-teman di FB, kakchik terus bergegas pulang kerana cik abe nak ke masjid untuk solat Jumaat pula nanti. Kakchik singgah membeli barangan dapur, ikan dan ulam-ulaman untuk memasak hidangan tengahari yang ringkas saja sebagaimana merasmikan dapur baru yang dibeli petang semalam. Hidangan untuk dua orang saja - nasi putih, budu lengkap, ulam-ulaman dan ikan goreng saja. Cik abe suka yang hangat-hangat dan ringkas saja. Lagipun kakchik kepenatan sikit pada hari Jumaat ni berbanding hari Khamis.
Begitulah lebih kurangnya aktiviti kakchik sepanjang pagi Jumaat ni. Walaupun penat tapi amat berbaloi rasanya. Alhamdulillah. Sekarang ialah waktu kakchik berehat sambil membaca akhbar yang dibeli pagi tadi, Harakah, Sinar dan Kosmo. Walau sibuk macamana pun hal ehwal negara tetap kena ambil tahu juga kan? Tak nak jadi warganegara yang 'take things for granted' saja. Kakchik nak jadi rakyat yang bertanggungjawab, insyaallah. Baiklah, sampai di sini dulu. Wassalam.
MasyAllah.. cantik sungguh beg tu.. sweet saja kan :D
ReplyDeleteassalammualaikum
ReplyDeletemasyaallah..comelnya beg tu kak chik..brpa hrganya??hehe
Salam k.cik, selalu duduk kat mana kat kuliah tokguru? tak pernah terserempak dgn k.cik pun hehe...
ReplyDeletek.cik...hr tu pi pesta buku...ingatkan betul dah k.cik..rupanya bi tersilap org...sebijik dh sama penampilan...
syikin, beg-beg tu kalau nak kakchik boleh tlg belikan tapi setiap corak hanya ada sebuah beg saja. kira cam siapa cepat dia dapat gitu.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Noor Azlen. Harga satu beg RM50.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Bie. Selalunya kakchik dok depan Hotel Raudah. Kat situ suaranya jelas dan tak sibuk nak tengok orang hehe.
ReplyDeleteHuhu, pelanduk 2 serupa tu.