Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebentar tadi kakchik menonton sedutan video kuliah agama oleh Ust. Azhar Idrus mengenai Akademi Fantasia. Kakchik tahu, ramai di kalangan kita yang suka menonton AF ni dan ada juga yang mungkin pernah menghadiri ataupun menyokong program ini dengan mengundi para pesertanya. Secara peribadi kakchik sangat tidak suka program AF ini kerana asas program hiburan ni yang melalaikan. Pernah tengok sekali dua masa AF1 dulu sekadar untuk mengetahui apa yang berlaku dalam rancangan itu.
Selepas itu kakchik langsung tidak mahu ambil tahu kerana sudah yakin dengan pasti yang program itu membuang masa dan menjadi dosa jika ditonton. Oleh kerana bab hukum ni bukan bidang kakchik, kebetulan pula Ust Azhar memberi kuliah dengan jelas menyebut tentang AF ni maka, kakchik rasa ada baiknya kakchik kongsikan video tersebut di sini. Kalau boleh ambillah masa untuk menonton sekejap ya. Bukan rugi apa pun malah insyaallah dapat pahala kerana ini kuliah agama.
Kuliah ustaz ni menggunakan dialek Terengganu tapi kakchik rasa tidaklah susah sangat nak difahami kan? Jelas mengikut kuliah ustaz, AF ni hukumnya haram tapi Majlis Fatwa Kebangsaan tak ada pulak membuat fatwa mengenai perkara ini.
Dari ilmu kakchik yang sikit ni, kakchik setuju dengan apa yang disebutkan oleh Ust Azhar. Kalian bagaimana?
Assalam...
ReplyDeleteApa khabar kakchik? Semoga sihat sejahtera...
*Nasib baik kak e tak tengok AF tu dari yang Af1 hinggalah sekarang ni... tak minat menonton...
betul tu kakchik..saye pun tgk mula2 dulu jea..sekrg ni semakn mengarut..trime kasih share =)
ReplyDeleteassakamualaikum kakchik..:)
ReplyDeletesetuju sgt dgn ustaz ni!
yg halal itu jelas..yg haram itu jelas..
Salam kak chik
ReplyDeletePendapat saya bukan hanya AF tetapi semua rancangan hiburan kecuali hiburan keagamaan adalah haram. Saya rasa Majlis Fatwa tak berani keluar fatwa pengharaman AF sebab kalau haram satu bermakna kena haram semua sedangkan semua stesen televisyen menayangkan rancangan hiburan. Wallahua'alam
Wa'alaikummussalam kak e. Kakchik baik2 saja cuma hari ni MC sebab asyik sakit perut. Baguslah kak e tak minat nak menonton rancangan ni, buang masa je. Sia-sia dan dpt dosa pula kalau ditonton.
ReplyDeletecinonex, nasib baik sekali tu je kan. entah kakchik pun tak faham apa matlamat sebenarnya prog macam tu diteruskan. nampak macam mengejar duit dan nama semata-mata. sungguh membuang pahala. sama-sama.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam afni. Alhamdulillah.
ReplyDeleteWkslm mummy umar. Ha'ah, sebaik-baiknya itulah yang terbaik. Sayangnya di negara kita ni orang ugama yang pegang jawatan besar masih ramai yg penakut sebab itulah media hiburan berlambak2 dan kdg2 tu di luar kawalan. Prog yang mengajak manusia MEMBUANG pahala macam digalakkan tapi prog yg mengajak orang MEMBUAT pahala tak dapat sokongan sangat.
ReplyDeletesalam...yeah sangatlah setuju dengan kakchik. Amatlah tak berfaedah hatta sebesar zarah sekalipun...
ReplyDeleteyang tak tahan tu (aza dengar org katala) mula2 start program tu depa ada baca doa selamat...nak selamat dari apakah? huhu...
tak faham mengapakah orang menghabiskan duit mengundi sesuatu yang tak dapat apa2....derma lagi baik dapat pahala...
Mungkin penyediaan alternatif imam muda tu diharapkan dapat memesongkan perhatian org. At least ada alternatif kan kalau kata nak sangat tengok program macam tu...
salam kak chik..masyarakat sekarang begitu keliru sehingga tak tau membezakan yang halal dan haram..cuba tengok ibu2 para peserta , kebanyakkan nye bertudung tapi masih membolehkan anak2 mereka sacrifice aurat, terkinja2 atas pentas.. for the sake of money ,fame n glory..
ReplyDeletehehe tumpang komen lagi yer...
ReplyDeleteyang paling aza sedih tengok bintang kecil, idola kecil dan yang seangkatan. Pada usia semuda itu telah taksub dengan hiburan. kalau tertengok tu rasa nak menangis.
Ya Allah, Kau lindungilah hati2 kami, keluarga kami, kawan2 kami dan masyarakat kami dari cenderung ke arah hiburan yang melalaikan..selamatkanlah kami yaAllah...kuatkanlah kami yaRabbi...Ya Mujib...ameen...