Followers

19.4.11

Imam Muda 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni ada yang menarik perhatian kakchik di dalam akhbar. Mungkin sudah ramai yang tahu bahawa program realiti tv Imam Muda musim kedua akan bermula tidak lama lagi. Tahun lepas kakchik tidak sempat mengikuti program ini dan hanya sempat menonton episod 7 melalui youtube. Itupun tidak sempat kakchik habiskan kerana untuk menunggu loading di youtube adalah agak memakan masa. Jadi, rasanya tahun ni kakchik nak cuba ikuti rancangan Imam Muda 2 di ASTRO pula. 

Program sebegini bagi kakchik adalah jauh lebih baik dari program realiti tv yang berbentuk hiburan yang melalaikan. Kakchik percaya matlamat program Imam Muda adalah jauh berbeza daripada program-program realiti tv yang lain. Semoga penerbit tidak sekadar mengejar rating atau keuntungan semata tapi lebih berhajatkan kepada dakwah dan menggalakkan masyarakat mencontohi akhlak mulia peribadi Imam terulung iaitu Nabi Muhammad SAW.

Insyaallah program yang baik kakchik akan sokong. Jom lihat siapakah calon-calon Imam Muda 2 yang telah diperkenalkan oleh akhbar hari ini.





Maaf banyak-banyak kakchik tak dapat nak caption nama-nama mereka sebab kakchik tak sempat nak baca sampai habis artikel tentang mereka di akhbar. Jika kalian berminat, kenalah baca sendiri akhbar hari ni. Kalau tak silap dalam UM. Kakchik tak pasti sangat sebab masa membelek-belek akhbar tadi kakchik main belek je tanpa melihat betul-betul muka depannya. Maaf ya.

Rasa tak sabar pula nak menonton program ini tapi bimbang juga takut spoil dan mengurangkan minat. Harap-harap pengisian program Imam Muda ini tidak menghampakan kakchik dan teman-teman semua. Ada harapan yang tidak sanggup dihampakan oleh calon-calon imam ini tapi itu hanya harapan kakchik saja, belum tentu menyamai harapan para calon dan penerbit program. Semoga ada banyak kebaikan akan diperolehi oleh masyarakat dan peserta dari program Imam Muda ini. Insyaallah.

2 comments:

  1. assalamualaikum kak chik

    sya xbrksmptn nak tgk imam muda..xda astro d umh.hnya mgikuti prkmbgnnya drp akbar atau bacaan di internet.harap kak chik blh kgsikn srba sdkit pnglmn mnonton Imam Muda 2 di blog ini.

    ReplyDelete
  2. wa'alaikummussalam leen. insyaallah jika kakchik ada kesempatan menontonnya kakchik akan buat recap kat blog ni. itupun bergantung pada suami kakchik juga leen sebab malam2 dia guna astro tu utk keje dia.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs