Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dua hari tak menulis apa-apa terasa seperti seminggu lamanya. Akhir-akhir ni semangat menulis ni asyik turun-naik saja. Bukan mudah untuk mengekalkan semangat yang tinggi tambah-tambah bila kakchik hanya mahu menulis sesuatu kerana Allah bukan sekadar saja-saja nak mengisi ruang. Kalau buat begitu memang banyak yang boleh ditulis tapi tak naklah buat kerja yang sia-sia.
Gambar sekadar hiasan. |
Selain dari mood menulis yang suam-suam kuku ni sejak Isnin lalu kakchik terkena keracunan makanan. Bukan kakchik seorang tapi cik abe, ummi dan ayah juga terkena. Cirit-birit beberapa hari ni memang membuatkan badan menjadi sangat letih dan lemah. Cik abe cepatlah juga sembuh berbanding kakchik dan ummi. Ayah pun dah semakin baik. Entah apa yang kami berempat silap makan hinggakan beberapa hari begini?
Oh, jika ada yang nak suruh kakchik makan ubat, jangan risau ya, ubat sudah makan, insyaallah rawatan doktor pun ada. Selain dari asyik berulang-alik ke tandas tu syukur sangat takde demam atau apa-apa penyakit lain. Paling kakchik risaukan ialah ummi yang baru bulan lepas dimasukkan ke hospital kerana masalah yang sama. Tapi kali ni keadaan ummi tidaklah seteruk keracunan sebelum ini.
Kakchik cuba juga analisa apakah makanan yang kami berempat makan dan tidak dimakan oleh ahli keluarga yang lain. Nampaknya semuanya makan makanan yang sama. Anak-anak saudara kakchik pun sama juga. Alhamdulillah mereka semua terselamat. Tak sanggup rasanya melihat anak-anak yang kecil tu menahan perut yang sakit dan perlu selalu ke bilik air. Kita yang dewasa ni pun sakit, apatah lagi mereka yang kecil tu.
Alhamdulillah hari ni kakchik dah tidak MC lagi seperti semalam. Dapatlah datang kerja macam biasa dan sama-sama meraikan hari ulang tahun Pakcik Aziz, staf teknikal kami. Perut dah ok sikit walaupun masih ada ‘peperangan’ sekejap-sekejap kat dalam tu. Mungkin hari ni ubat yang kakchik makan dah benar-benar berkesan.
Kakchik anggap ini peringatan dari Allah agar selepas ni kakchik dan keluarga perlu lebih berhati-hati dalam mengambil makanan, kebersihan juga nak kena ditingkatkan, mungkin ada pencemaran dari lipas, tikus dan seumpamanya. Insyaallah kami ni pembersih dan pengemas tapi rumah kami tetap ada masalah dengan tikus. Semoga dijauhkan dari segala penyakit bawaan haiwan atau apa saja.
Syukur alhamdulillah Allah telah kembalikan tahap kesihatan yang stabil. Moga-moga berkekalan.
Nota: Artikel ini telah ditulis beberapa hari yang lalu.
Assalamualaikum Kakchik..
ReplyDeleteLama tak tinggalkan komen di sini. Nur doakan Kakchik cepat sembuh. Sabar ye Kakchik..
Wa'alaikummussalam Nur. Alhamdulillah kakchik dah sihat Nur. Sekarang dok tunggu pelanggan kat tapak promosi ni. Terima kasih banyak mendoakan kakchik ya.
ReplyDelete