Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Adelia yang keletihan selepas beberapa kali buang air besar. |
Hari ni badan kakchik sangat letih akibat kehilangan banyak air. Dari tengahari semalam sampai ke saat ini, perut kakchik asyik menolak makanan yang dimakan. Sebentar saja dikisar sudah mai hu keluar dengan terburu-buru sekali. Rasanya kakchik keracunan lagi. Alhamdulillah cuma cirit-birit tanpa demam dan muntah seperti yang dialami dua orang anak-anak saudara kakchik, Eqbal dan Adelia juga Ummi kakchik. Keadaan mereka bertiga agak teruk hinggakan Eqbal dan Adelia terpaksa dimasukkan ke wad hospital.
Kakchik ambil cuti hari ni, esok tak tahu lagi. Kalau ok insyaallah kakchik masuk kerja tambahan pula e ksok ada mesyuarat pejabat dan sebelah petangnya ada rombongan lawatan dari Maahad Tahfiz Tanah Merah. Oleh kerana Allah uji dengan penyakit maka kakchik kenalah terima ianya sebagai satu rahmat dari Allah. Kakchik kata rahmat sebab di waktu ini ingatan pada Allah lebih kerap dan agak konsisten. Dalam masa yang sama kakchik dapat juga mencurah bakti kepada anak-anak saudara yang masih kecil tu juga kepada Ummi kakchik. Memanglah badan letih tapi dalam ramai-ramai yang sakit dan ada di rumah ni kakchiklah yang paling kuat jadi kenalah tolong mana yang patut.
Dari pagi dia menangis, jam 3 lebih baru mahu tidur. Kesian Lia. |
Pagi tadi Adelia menangis tak henti-henti. Ibunya bertabah hati pergi juga ke hospital untuk kerja sebab hari ni dia on-call. Susah nak tukar dengan doc lain sebab sekarang ni ramai MO sedang exam. Kadang-kadang kakchik pulak yang geram dengan jabatan tempat dia kerja. Kenapalah jabatan yang boleh dikatakan paling sibuk tu mempunyai bilangan doc yang sedikit? Entahlah... berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bila dia telefon bertanyakan keadaan anaknya tu kakchik terus je cakap yang Adelia asyik menangis je, tak mahu tidur, tak mahu minum susu. Buang air besar lagi. Mana nak sampai hati untuk biarkan dia menangis macam tu. Sayu hati dibuatnya.
Ulang-alik ke bilik air, temankan Ummi yang juga keletihan kerana sakit yang sama bahkan muntah-muntah lagi, tolong dukung Adelia bergilir-gilir dengan bibik wati. Ayah ke rumah kakak memantau kerja-kerja pembinaan yang belum siap. Tak lama adik kakchik balik untuk ambil Adelia dan bibik. Nak admit katanya. Kesian dia, tentu susah hati sekali dengan dua anak yang sedang sakit. Itupun syukur sangat Eqbal sudah makin sihat dan buat sementara dihantar ke rumah mertuanya untuk dijaga. Balik dari on-call esok akan diambilnya semula. Kalau hati tidak tabah, kalau diri tidak sabar, ujian yang bertimpa ni mungkin boleh membuatkan kami tak keruan. Alhamdulillah Allah masih kurniakan kesabaran dan ketenangan.
Ziarah Lia di hospital lewat petang tadi. |
Kasihan sungguh melihat Lia menangis kesakitan, air mata asyik bergenang je. Biarpun Lia cuma anak saudara tapi bagi kakchik yang setiap hari sama-sama mengasuh anak-anak saudara, kakchik kasihkan mereka seperti anak sendiri. Sakit demam anak-anak saudara ni memang akan buat kakchik tak cukup tidur juga. Sakit perut kakchik ni sudah buat kakchik letih tak bermaya, cuba bayangkan betapa seorang bayi 7 bulan melalui sakit yang lebih dari itu. Allahu Allah. Sesungguhnya Allah jadikan apa juga perkara yang berlaku untuk menguji kita semua.
Semoga Allah sembuhkan sakit anak-anak saudara dan Ummi kakchik. Kasihanilah mereka ya Allah.
assalamualaikum chik.
ReplyDeletemudah2an anak2 saudara, chik dan lainnya sudah beransur sembuh n sembuh sepenuhnya.
memang betul chik, hati kita akan rasa mcm disiat2 bila lihat anak-anak kecil yang sakit. lagi2 klu dengar mereka menangis kesakitan.
tgk gambar pn kak anis dah rasa sedih dan rasa sakit sama.
moga cepat sembuh. aaminn....
Assalamualaikum kak chik,
ReplyDeletemudah-mudahan cepat sembuh ye.
Saya pun dah tempuh situasi macam adik kak chik ni awal tahun 2011.
Sudahlah letih jaga anak, basuh kain, admit A&E 2 kali untuk drip...masuk ofis seminggu lepas tu kena marah macam budak2 layaknya. Kena sabar banyak2 bila jadi 'ibu tinggal' ni. Untung adik kak chik ada keluarga yang tinggal dekat...saya sendirian je...selang 2 jam suami akan telefon tanya keadaan anak2. Apapun. syukur dengan ujian ALLAH...memberi keinsafan pada diri saya yang lalai..
salam kakcik,
ReplyDeletesaya & anak-anak pun sedang diuji dengan sakit... semoga Allah ampunkan dosa-dosa kami, Amin...
semoga Lia cepat sembuh... & kakcik too... ;)