Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar hari ni? Kakchik alhamdulillah, baik-baik saja cuma agak letih kerana masih lagi belum habis mengadakan promosi abaya di Mydin Hypermarket. Sebelum kakchik teruskan menulis, kakchik nak kongsikan satu huraian hadis mengenai larang bercakap bohong. Kakchik pun tak pasti sama ada mampu menulis panjang atau tidak hari ni tapi topik berbohong ni amat menarik hati kakchik. Penangan bercakap bohong ni semasa terlepas dari diketahui orang memanglah rasa selamat tapi hati mana ada tenang. Asyik teringat je dosa berbohong tu kan?
Bagi orang yang biasa berbohong, lama-lama sudah tiada apa-apa perasaan bersalah apabila berbohong. Tapi kena ingat, pepatah ada mengatakan, "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua." Berbohong ini janganlah dijadikan amalan kerana ia satu dosa dan satu bebanan kepada kehidupan sendiri. Orang yang suka berbohong atau yang tidak suka berbohong tapi 'terpaksa' berbohong hatinya tidak tenang, asyik resah-gelisah saja.
Baiklah, mari kita baca apa huraian hadis yang kakchik maksudkan tu.
Hadith:
DARI Ibnu Umar r.a katanya: "Saya dengar Nabi SAW bersabda: "Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak. [Riwayat Bukhari]
Huraian Hadith:
Rasulullah SAW menjelaskan sifat-sifat orang munafik, di antaranya: Apabila ia berkata, ia berbohong, apabila berjanji, ia mungkiri dan apabila diberi amanah, ia khianat.
Maka wajar jika Rasulullah SAW menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.
Dalam sebuah riwayat diceritakan, telah datang kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki meminta nasihat.
Lelaki itu mengaku bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina.
Mendengar pengakuan jujur lelaki ini Rasulullah SAW berwasiat kepadanya: "Hanya dengan satu perkara: "Laa Takzib! (Jangan berbohong!)." Ternyata dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat baginda itu.
"Bagaimana kalau saya ditanya oleh Rasulullah SAW? Jika saya menjawab: "Tidak, bererti saya telah berbohong. Jika saya mengaku bererti saya wajib dihukum", fikir lelaki tersebut sehingga telah berhenti dari berzina.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Lihatlah betapa besarnya perubahan yang berlaku pada seorang lelaki penzina apabila dia takut akan dosa berbohong. Akhirnya lelaki itu benar-benar insaf dan taubat dari melakukan dosa zina bermula dengan dia tidak berbohong. Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada kita dalam melayari kehidupan yang penuh pancaroba ni.
Mohon Allah lindungi kita semua dari dosa bercakap bohong. Berkatalah benar walaupun pahit. Didiklah anak-anak kita agar sentiasa bercakap benar, tidak menipu. Kanak-kanak ada satu fasa di mana mereka takut untuk mengatakan yang benar dan mereka mula menipu untuk mengelakkan sesuatu. Sebagai ibu bapa, jika kita berjaya mengenalpasti anak-anak bercakap bohong, ambillah sedikit masa untuk menjelaskan baik-buruknya kepada anak tersebut sebelum mereka terbiasa dan kita akan terlambat.
Jom kita bercakap benar!
bohong..
ReplyDeletekdg2 kak chik..
bila dah selalu bohong...
sume benda jdi bohong - bohong belaka klu takde sikit pembohongan pun..
dah tak thrilled.
selalu jumpa org begini.
org kita gelar:
cakap degar - degar,tinja sangkut di gelegar.
takpun cakap tak serupa bikin.
bercakap benar mau pun pahit.. belaja nak admit.. kesalahan itu yg plg pntg :)>.
ReplyDeleteassalammualaikum kakchik,
ReplyDeletemmg benar kita boleh tahu jika anak-anak sudah pandai berbohong..satu pendekatan yang baik agar mereka bercakap benar
Assalamualaikum Kak chik,
ReplyDeletePerkongsian yang menarik.
Terima kasih sudi berbual di Mydin Mall tempohari.
Salam persahabatan...
-niza- :D
Selamat datang bobhandburry. Insyaallah bila ada kesempatan kakchik singgah.
ReplyDeleteSidratul Muntaha, memang betul. Pembohongan yang berterusan lama-lama susah nak bercakap benar lagi. Sekali orang boleh maaf, bila dah banyak kali, orang pun malas nak dengar dah.
ReplyDeletesyikin, pepatah orang tua memang sangat tepat dalam hal bercakap benar ni. impak dari bercakap benar ni, biasanya mudah orang nak maafkan jika kita buat salah tapi jika berbohong, mungkin masa tu orang percaya tp bila orang dah tahu kebenarannya, impaknya lebih berpanjangan dan buruk.
ReplyDeleteWa'alaikummussalm kak anitaare. Anak-anak kecil ni kita orang dewasa kena beri lebih perhatian kepada apa juga yang mereka beritahu. Jika perhatian kurang, mereka mula berbohong untuk menarik perhatian kita. Jika tak ditangani dengan baik dari awal, mungkin buruk kesannya nanti.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam niza. Kakchik pun nak ucapkan terima kasih kat Niza sebab sudi menegur kakchik kat Mydin Mall tu. Kalau Niza tak tegur dan perkenalkan diri tentu kakchik masih tak kenal insan yang bernama sama dengan kakchik ni. Salam ukhuwwah kembali Niza.
ReplyDelete