Followers

6.4.11

Berniaga untuk berdakwah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah, lega rasanya bila sebahagian tugas-tugas untuk membuka gerai promosi di Mydin Mall, Kubang Kerian selesai. Kakchik baru saja balik dari MPKB-BRI untuk mendapatkan permit sementara bagi membuka gerai promosi. Syukur, orang tidak ramai dan proses mendapatkan permit berjalan lancar. Insyaallah, bermulalah sesi promosi Abaya Elegan untuk tahun ini.

Pagi tadi kakchik telah ke pejabat urusan Mydin Mall untuk menguruskan pembayaran deposit 50% dari harga sewa untuk seminggu untuk tapak seluas 8' x 6'. Kalau tengok tapak memang sempit dan harga sewa juga agak mahal berbanding yang biasa kakchik bayar di tempat lain. Tapi bila hati sudah bulat, tawakkal alallah saja.

Penat sebenarnya bila kena memandu ke beberapa tempat untuk memastikan semua urusan ini terlaksana dengan baik. Mahu menyusahkan cik abe? Maaflah, kakchik tahu dia pun sibuk dengan urusannya. Tak apalah, sebelum hidup kami stabil dari segi kewangannya, kakchik akan terus berniaga. Bila sampai satu masa cik abe mampu menanggung semuanya, insyaallah kakchik akan berhenti.

Menjadi surirumah sepenuh masa apa salahnya.

Kekangan kewangan ialah satu masalah yang dihadapi oleh ramai orang, begitu juga dengan kami. Dalam berjimat-cermat, kakchik cuba menyimpan untuk mencapai beberapa impian yang besar. Mahu menunaikan haji dan umrah, mahu memiliki kedai buku yang serba lengkap, mahu ada butik menjual abaya yang menawan, mahu sambung belajar lagi, mahu makan angin bersama keluarga dan macam-macam mahu yang lain yang pastinya memerlukan belanja.

Dulu kakchik tak bijak menguruskan wang, amat mudah berbelanja terutama membeli buku tanpa memikirkan simpanan masa depan. Sampai satu ketika, kakchik tersedar, alhamdulillah Allah masih sayangkan kakchik. Dia tahu kakchik mahu membantu agamanya tapi ada kelemahan kakchik yang membuatkan kerja-kerja itu terbantut sekali-sekala.

Penat-lelah sebegini memang biasa dihadapi sesiapa saja yang sedang berusaha memajukan bisnes masing-masing. Jika sokongan kewangannya kukuh, mungkin tidaklah terasa penat sampai ke dalam tapi bila sokongan ini lemah ditambah lagi kurangnya sokongan moral, maka penatnya seperti sampai ke tulang hitam. Itulah yang diceritakan oleh seorang kawan yang bisnesnya kini maju sekali. Terasa cemburu tapi mampukah kakchik menempuh cabaran seperti dia?

Masih banyak kelemahan diri yang perlu dibaiki terutama dengan mengurangkan alasan dan menggiatkan usaha. Bila benar-benar mahu, kenalah kuatkan hati, kikis perasaan malas, buang perasaan takut, jauhkan perasaan was-was dan kena yakin, usaha yang jujur dan mendapat restu suami, insyaallah akan mendapat bantuan Allah SWT juga.

Apa yang kakchik harapkan dari Allah di dalam waktu kepenatan ini dan kepenatan akan berganda bila promosi bermula, ialah badan yang sihat, minda yang cerdas, hati yang sentiasa ingat padanya dan muamalah yang jujur. Berniaga untuk berdakwah, itulah antara objektif kakchik dalam memilih dua jenis perniagaan ini iaitu buku dan abaya (pakaian muslimah).

Dua perniagaan ini adalah alat penting yang menjadi medan dakwah kakchik. Ada masa kakchik merasakan ia berjaya, ada juga masanya kakchik merasakan kakchik gagal. Susah juga nak terangkan sebab ianya bukan berkait dengan nilai untung atau rugi perniagaan secara material. Mungkin kakchik boleh kata, kakchik berjaya bila merasa amat puas hati walaupun jualan tak seberapa tapi sudah pastilah kakchik mengharapkan jualan laris, siapa yang mahu buat kerja sia-sia kan?

Apapun, esok 'peperangan' akan bermula. 7 hari dari 10 pagi hingga 10.30 malam, duduk atau berdiri, bertemu pelanggan untuk memperkenalkan produk jualan kakchik. Semoga Allah beri kakchik kudrat yang kuat dan jiwa yang kental. Membuka gerai promosi di tempat yang ramai orang begitu pastinya mengundang banyak cabaran iman. Kakchik kena kuat luar dan dalam. Moga Allah izinkan.

Allahu'alam.

14 comments:

  1. --------------
    salam kakchik...

    saham tu di Bank Rakyat, 1 juta 1 negara...abg sy msg gitu je..dia skrg di bank...belum balik lagi..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.. semoga dipermudahkan segala uruskan kakchik, amin

    :)

    ReplyDelete
  3. Good luck, Kak Chik!

    Riha pun ada terdetik nak buat bisnes abaya, skirt labuh dan pakaian yang muslimah yang lain.

    Walaupun diri ni masih belum sempurna dan byk kelemahan tapi Riha rasa Riha ada tanggungjawab yang besar untuk berdakwah secara tak langsung terutama kepada penduduk kotaraya metropolitan yg kita sedia maklum dgn cara kehidupan mereka.

    Skrg tgh merangka dan berfikir. Buat masa skrg, Riha cuma boleh menyokong Kak Chik dari belakang. Mungkin suatu hari nanti, Riha perlukan sokongan yang sama!

    ReplyDelete
  4. Saiyidina Khadijah r.a. peniaga terulung... apa salahnya Chik berniaga ...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,KakChik.
    InsyaAllah kak, segala permulaan yg payah pasti berakhir dengan kegembiraan.
    Kuatkan hati&semangat serta teruskan usaha.Yang lain hanya bdoa dan tawakal pada Allah SWT.
    Akan ain war-warkan kat FB...manalah tahu ada kawan2 yg tinggal di sana,leh singgah di gerai akak nanti.
    Good luck kak!

    ReplyDelete
  6. salam kakchik..

    moga2 kakchik kuat fizikal dan mental utk berperang nanti. sebenarnya, tiap kali balik kelantan, mesti teringat nak singgah kedai kakchik :) tp belum diizinkan lagi. apa2 pun, leen suka dengan semangat kakchik yang mahu terus sambung belajar. leen pun, kalau ada rezeki akan sambung tahun ini. oh ya, leen ada jual sticker kereta islamic, jemput ke blog leen. kalau berminat boleh beritahu leen ya..

    terus berusaha kakchik! :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah......ikut kakchik....Ayu pun ada jugak jual abaya secara kecil2an dari sini...tp tak lah expert or se commercial kak....Ayu sekadar menjual utk menggalakkan...keluarga, saudara mar aterdekat n sahabat2....utk meng uniformkan abaya sebagai pakaian harian di luar rumah mereka.....:) samam mcm kak chik buat....

    U did, inspired me....syukran wa jazakillah...

    Ukhti Fillah...

    ReplyDelete
  8. Wkslm Asha.
    Sehari aje ke diorang jual saham tu Asha? Best ar kalau dapat beli satu. Suami kakchik ada akaun kat Bank Rakyat tu.

    ReplyDelete
  9. dni, jemputlah singgah kat gerai kakchik ya.

    ReplyDelete
  10. Thanks Riha. Bagus tu idea Riha tu. Kat KL tu kalau kita optimis nak selamatkan para muslimah kita dalam hal menjaga aurat, buat bisnes pakaian muslimah adalah baik. Takpe... sblm bermula kena sokong bisnes kakchik la dulu hehe, nanti dah mula kita saling sokong-menyokong.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih Zarin. Memang Chik cuba mencontohi beliau sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikummussalam Ain. Insyaallah Ain. Terima kasih banyak atas sokongan dan doa Ain.

    ReplyDelete
  13. Wkslm Leen. Alhamdulillah setakat ini segalanya masih baik. Hopefully sampai ke akhir pun kakchik sihat sejahtera. Next time balik kg make sure singgah ya. Masuk dalam jadual aktiviti awal2 :)

    ReplyDelete
  14. Ayu, kalau kakchik dok Doha macam Ayu, alamatnya banyaklah souk abaya yang kakchik teroka. Mungkin sb tu lah Allah tak bagi kakchik ke sana. Terima kasih banyak atas sokongan Ayu selama ni.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs