Followers

2.4.11

Blog dan Laman Web Yang Kakchik Suka

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Salam mahabbah (kasih-sayang) kepada semua teman-teman tersayang di mana saja berada.

Alhamdulillah di pagi Sabtu yang cerah dan nyaman ini kakchik sempat mencuri masa untuk mencoretkan sesuatu di kanvas blog yang semakin hangat ni. Sekarang ni kakchik masih di rumah, bersiap untuk ke pejabat dan bimbang talian internet masih bermasalah seperti minggu lepas, baiklah kakchik update blog awal-awal.

Pagi ni kakchik ingin nak kongsikan beberapa laman web dan blog yang menjadi kunjungan tetap buat kakchik untuk menadah ilmu tanpa berdepan dengan tuan punya blog. Pemilik-pemilik blog/laman web ini kebanyakannya adalah orang-orang alim yang sudah dikenali ramai. Namun kakchik nak juga kongsikan untuk sesiapa yang belum mengenali sumber ilmu kakchik. Dan mereka juga sebahagian dari idola kakchik dalam bergerak untuk Islam.

Kakchik akan senaraikan mengikut yang mana satu terlintas di fikiran ya jadi tiada kelas atau keutamaan di antara blog/laman web dalam senarai ini. Insyaallah setiap satunya mempunyai keistimewaan masing-masing. Semoga blog/laman web mereka akan turut menjadi pilihan kalian sebagai sumber ilmu pengetahuan yang benar di sisi Islam.

Mari kita mula.

1. Saifulislam.com - kakchik rasa ramai yang telah mengenali blog ini dan mungkin juga pernah membaca, melihat, dan mendengar tulisan atau kuliah yang disampaikan oleh empunya blog iaitu Ustaz Hasrizal Mohd. Jamil. Sudah beberapa tahun kakchik menjadi pembaca setia blog ustaz cuma jarang-jarang meninggalkan komen di sana. Segan dengan begitu ramai peminat beliau yang tinggi-tinggi ilmu mereka. Ustaz Hasrizal ialah penulis buku-buku bestseller seperti Aku Terima Nikahnya dan Rindu Bau Buah Tin. Ada beberapa buah lagi yang telah diterbitkan, kalian cari, beli dan bacalah ya.

2. Blog Tok Guru Nik Aziz - TGNA adalah guru agama kakchik sejak kakchik kenal huruf hinggalah ke hari ini. Walaupun kakchik hanya berguru dengan beliau secara informal iaitu dengan menghadiri kuliah agama yang disampaikan beliau setiap malam Khamis dan Jumaat di masjid, ceramah-ceramah beliau di merata pentas masyarakat, cara hidup beliau yang sangat sederhana di kampung dan kuliah-kuliah beliau di atas jalan utama di pusat bandar iaitu di Dataran Ilmu. Kakchik sangat yakin beliau adalah seorang pemimpin Islam yang benar-benar takut pada Allah. He walks the talk.

3. Zaharuddin.net - kakchik mengenali beliau sejak di universiti dulu. Zaman itu GAMIS terkenal antara gerakan pelajar yang hebat (pada pandangan kakchik). Ketokohan beliau sebagai pemimpin pelajar yang penuh ketegasan turut diterjemahkan di dalam penulisan beliau yang banyak berkait dengan hukum-hukum Islam terutama dalam bidang kewangan. Sejak tahu beliau ada blog kalau tak silap kakchik masa tu beliau bekerja di RHB, kakchik telah menjadi pembaca setia dan menjadikan tulisan-tulisan ustaz sebagai rujukan dan panduan. Ustaz juga telah menulis banyak buku menarik. Antara yang kakchik miliki dan suka ialah Untukmu Wanita dan Wang, Anda & Islam.

4. Genta Rasa - blog ini adalah hakmilik Ustaz Pahrol Mohd Juoi, seorang kolumnis majalah muslimah iaitu ANIS. Beliau juga seorang penulis buku-buku yang bagus. Antara yang kakchik suka ialah Satu Rasa Dua Hati dan Nota Hati Seorang Lelaki. Tulisan-tulisan beliau tentang hubungan suami isteri di dalam rumahtangga sangat kakchik suka. Apatah lagi beliau menambah kefahaman kakchik tentang psikologi lelaki yang bergelar suami. Jika kalian juga mahu mendapat makanan psikologi kerohanian baitul muslim, kena baca blog ustaz.

5. Mencari dan Terus Mencari Cinta Ilahi - inilah blog yang boleh dikatakan paling banyak kakchik kunjungi untuk mendapatkan ilmu dan inspirasi. Walaupun kami cuma mengenali melalui alam maya tapi kakchik merasakan ukhuwwah di antara kami sangat akrab. Beliau dikenali sebagai Ummu Husna dan kakchik panggil Ina saja tapi beliau adalah seorang ustazah yang mempunyai ilmu yang banyak untuk dirujuk oleh para muslimah. Kakchik bayangkan, beliau lebih layak dijemput untuk rancangan Tanyalah Ustazah yang kini hangat diperkatakan ekoran kenyataan dan penampilan ustazah yang dijemput. Kakchik sukakan pendekatan beliau yang lembut berhemad di dalam penulisan, mungkin itulah yang memautkan hati ini kepada beliau.

Cukuplah dulu untuk kali ini kerana masa pun dah agak suntuk untuk kakchik bertolah ke pejabat. Insyaallah kakchik akan kongsikan lagi blog/laman web yang kakchik suka di dalam entri yang lain. Semoga kalian juga mendapat manfaat dari perkongsian ini. Wassalam.

6 comments:

  1. assalammualaikum kakchik,sy memang dalam pencarian blog2 berbentuk islamiah..terimakasih atas perkongsian ini..alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. salam kakcik,

    saja ambil kesempatan nak ucapkan SYUKRAN JAZILAN kepada kakcik sebab kakcik lah yang kenalkan saya kepada kebanyakan blog yang saya ikut sekarang. alhamdulillah, dgn baca blog pun boleh bantu tambah ilmu, dan mengubah diri kita jadi lebih baik. yang penting, ikut blog yg baik-baik lah... blog yang kakcik ikut di atas tu semua saya ikut juga! :D

    tq kakcik!

    ReplyDelete
  3. Salam kakchik,

    salam mesra dr kejauhan ini..

    3 dr blog yg kakchik senaraikan itu turut mendapat tempat di hati saya iaitu,SaifulIslam,Zaharrudin.net dan blog ummu husna tu. Suami pulak peminat Ust Zaharrudin dan mjadikan beliau sbg rujukan di atas kepakaran beliau dlm ilmu wang dlm Islam.Blog TGNA,tidak pernah saya lawati tetapi buku2 beliau menjadi koleksi di rumah saya. We love him spt mana rakyat Kelantan juga menyayangi beliau.Semoga Tuan Guru sentiasa dalam keadaan yg sihat sejahtera hendaknya.

    ReplyDelete
  4. wa'alaikummussalam k.anitaare. sama-sama. alhamdulillah... dapat mudahkan akak.

    ReplyDelete
  5. Wkslm ratna. Afwan ratna. Semuanya ilham dari Allah SWT. Alhamdulillah, semoga kita sama-sama dapat menceduk mutiara ilmu dari mereka semua. Best kan tulisan mereka?

    ReplyDelete
  6. Wkslm Alasmal. Salam mesra kembali. Alhamdulillah... lepas ni bolehlah pula tengok2 blog TGNA tu. Buku-buku tu kebanyakannya bukan beliau yang tulis tapi ada orang yang tolong transkrip kan kuliah dan ceramah beliau.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs