Followers

6.10.11

Memasak Sendiri Itu Nikmat

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat petang.

Dalam suasana tenang dan nyaman di waktu petang ni sementara menantikan waktu Asar dan kemudian bertolak balik ke kampung mak/ayah mertua, kakchik sekadar nak bercerita sikit tentang memasak. Hehehe, subjek yang paling jarang kakchik tulis di dalam blog ini. Mungkin sebab kakchik tak pandai sangat memasak dan juga kerana dalam seminggu hanya beberapa kali saja kakchik memasak.

Ini gambar lama semasa memasak sarapan di rumah mertua.

Sebagai orang yang bekerja sepenuh masa dalam masa yang sama menguruskan dua bisnes, tak lupa juga aktiviti kemasyarakatan yang saban hari ada, masa untuk memasak adalah terhad. Sementelah pula balik dari kerja, sampai di rumah selalunya jam 6 lebih, penat dan selalu saja bila memasak pasti ada makanan yang berlebihan. Bukan masak banyak pun kerana yang mahu makan hanya 2 orang tapi keletihan selalunya membuatkan selera kakchik berkurang.

Hujung minggu seperti hari ni adalah hari kakchik akan rasa selesa dan seronok hendak memasak. Ini kerana masa kakchik di rumah lebih panjang berbanding di luar. Walaupun pagi tadi kakchik ada kegiatan ziarah ke rumah Allahyarham Tuan Guru Hj. Abdullah di Pondok Pasir Tumbuh dan selepas itu ada urusan lain di luar, pelanggan datang ke rumah membeli abaya dan melayan kerenah anak-anak saudara  yang balik dari sekolah, kakchik tetap gembira bila menyediakan makan tengahari untuk cik abe.

Walaupun cuma menu ringkas sahaja iaitu Nasi Goreng Cendawan dan Tempura Ayam, alhamdulillah nikmat makan bersama sangatlah terasa. Apatah lagi makanan yang dimasak dengan air tangan sendiri, kebersihan penyediaannya, bahan-bahan yang halal digunakan dan kesyukuran bila dapat menyuapkan makanan ke mulut, amat-amat menyenangkan hati. Nikmat sungguh! Bukan nak puji masakan sendiri tapi kakchik yakin, semua wanita yang memasak untuk keluarga dengan hati gembira, pastinya merasakan nikmat yang sama.

Alhamdulillah... Alhamdulillah. Angan-angan kakchik, jika nanti kakchik menjadi surirumah sepenuh masa dan menguruskan bisnes dari rumah insyaAllah kakchik akan luangkan lebih banyak masa untuk memasak. Kalau hari ni terasa nikmat menyediakan dan nikmat makan, tentu di lain masa juga begitu. Dengan andaian kakchik melakukan semuanya dengan jiwa yang lapang, tanpa paksa dari sesiapa. Memasak dengan penuh kasih-sayang, sambil memasak sambil berzikir, InsyaAllah nikmatnya dapat dirasai oleh orang lain.

InsyaAllah.

2 comments:

  1. Salam Kak Chik, Sama macam saya.. kekadang je memasak. Banyak menumpang kasih mak....tumpang makan sebab rumah dekat..he..he..he

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikummussalam aida. Menumpang kasih mak tu memang tuah kita la kan aida hehehe. Rumah kakchik pun sebelah rumah umi je. Faham-faham ajelah kan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs