Followers

7.10.11

MAK AYAH NAIK HAJI

BISMILLAH.

Assalamualaikum dan salam jumaat yang penuh barakah.

Keperluan material perjalanan menuju haji yang mabrur.
InsyaAllah keperluan spiritual juga sudah siap siaga di dalam diri.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, Mak dan Ayah dah pun selamat berlepas ke KLIA dalam perjalanan untuk menunaikan haji di Makkah. Jam 11.55 pagi kapalterbang MAS MH1389 telah sedia menanti untuk membawa mereka dan para jemaah lain dari KB untuk transit sementara di Kelana Jaya. Hati rasa amat gembira dan syukur kerana harapan Mak dan Ayah untuk menunaikan haji akhirnya sampai juga.

Mak dan Ayah mertua kakchik.

Kakchik dan Cik Abe balik ke kampung sebaik sahaja selesai solat Isyak malam tadi. Rancangan untuk balik lebih awal tak berjaya kerana ada beberapa urusan kerja yang Cik Abe perlu selesaikan. Kakchik yang ada program ziarah di sebelah pagi semalam terpaksa sabar dan menunggu dia selesai. Benarlah, kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah. Syukur, akhirnya dapat juga bermalam di rumah Mak Ayah sambil membantu mereka mengemaskan beg pakaian dan keperluan untuk melicinkan perjalanan haji mereka.


Mohon Allah memberkati penat lelah Mak dan Ayah selama ini yang hidup agak susah namun mereka ialah antara orang yang sangat bersyukur dengan pemberian Allah. Barangkali itulah antara sebab kakchik lihat Mak dan Ayah sangat murah hati dalam bentuk material walaupun mereka bukanlah orang yang senang. Jiran tetangga amat menyenangi mereka berdua dan jika ada keramaian atau kenduri-kendara pastinya mereka berdua terutamanya Mak akan menjadi orang penting di bahagian dapur. Masakan Mak antara masakan yang enak pernah kakchik makan. Alhamdulillah.

Ipar-duai kakchik. Yang tiada ialah abang ipar kedua yang kini di Sabah.

Kami bertolak dari Kg. Berangan, Pasir Puteh lingkungan jam 9 pagi, mungkin lebih awal dan semasa sampai di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, jam sudah hampir 10 pagi. Orang sudah agak ramai dan kelihatan ramai jemaah haji berdasarkan beg-beg bercop Tabung Haji yang mereka bawa. Alhamdulillah pemergian Mak Ayah turut berteman dengan jiran sekampung dan beberapa orang yang mereka kenali. InsyaAllah kalau ada apa-apa masalah (insyaAllah takde) senanglah untuk meminta tolong atau berhubung. Tapi kakchik mendoakan Mak Ayah sentiasa sihat, cergas dan boleh melakukan ibadah haji dengan baik, tanpa gangguan, penuh tertib dan khusyuk.

Wajah ceria Mak. Alhamdulillah.

Bila kakchik melihat mereka, teringat pula yang Cik Abe mungkin ada peluang cerah untuk sama-sama menunaikan haji pada tahun ini. Walaupun masih belum ada kepastian, kakchik sangat-sangat mendoakan agar ianya menjadi kenyataan. Biarlah kakchik tak dapat pergi bersamapun untuk kali ni, Cik Abe dapat pergi seorang pun bagi kakchik umpama impian jadi kenyataan. Nanti bolehlah kakchik kirim segala pesanan doa-doa untuk kami berdua agar ditetapkan iman di jalan Allah, rajin berjuang untuk agama-Nya, dikurniakan zuriat yang sihat sempurna yang turut menjadi mata rantai dakwah dan perjuangan Islam dan segala doa yang baik-baik untuk keluarga dan ummat Islam.


Bertuah kan orang yang dipanggil Allah untuk naik haji ni? Walaupun ada ramai orang yang kaya berharta, lebih dari mampu untuk menunaikan haji setiap tahun, namun, tanpa izin Allah, tak mungkin seruan haji akan sampai. Dalam masa yang sama, kita lihat ada ramai orang hidupnya susah, ala kadar dan sederhana sahaja tapi, Allah panggil mereka untuk menunaikan haji. Walaupun mereka hidup tidak mewah tapi mereka tiada hutang, tidak seperti sebahagian orang kaya berharta. Perjalanan haji mereka tentu penuh keberkatan dan insyaAllah peluang mereka untuk mendapat haji mabrur lebih besar. Allahua'lam.

Ustaz sedang tengok apa tu?

Di saat ini mungkin kapal terbang yang dinaiki Mak Ayah sudah hampir mendarat di KLIA. Doa kakchik, Allah permudahkan segala urusan sepanjang mereka berdua menuju ke Makkah dan menjalankan ibadah haji. Semoga kesihatan mereka berdua sentiasa terjaga dan dilindungi dari mala petaka di dunia atau di akhirat. Selamat menunaikan haji untuk Mak dan Ayah.

Labbaikallahummalabbaik!
Labbaikalasyarikalakalabbaik!

8 comments:

  1. Assalamualaikum. Apa khabar Kak Chik? Semoga ibu dan ayah Kakchik selamat menunaikan haji yg mabrur dan dipermudahkan mengerjakan ibadah sewaktu di Tanah Suci.

    ReplyDelete
  2. salam kak chik


    kak pB doakan agar mereka berdua sihat disana dan mendapat haji yang mabrur

    ReplyDelete
  3. tahniah...seronoknye dpt menjadi tetamu Allah...
    teringin sangat..tapi takde rezeki lagi...

    ReplyDelete
  4. Semoga dimudahkan urusan,sentiasa mendapat kelapangan dan diberi kekuatan.Semoga mendapat haji yang mabrur

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam Nur.
    Kakchik alhamdulillah baik-baik saja. Terima kasih ya Nur. InsyaAllah Mak dan Ayah sedang tekun menjalankan ibadah haji di saat ini.

    ReplyDelete
  6. Wkslm kak pB. Terima kasih banyak kak. Amin.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih aSHa. Memang teringin kan? Kakchik pun sama cam aSHa juga. Moga-moga rezeki kita untuk menunaikan haji akan sampai cepat.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs