Followers

22.4.11

Perkongsian: Majlis Fatwa Tidak Haramkan Poco-Poco

Majlis Fatwa Kebangsaan Tak Halang Poco-Poco, Perak Tetap Haram
Sumber: mStar Online

SEPANG: Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada Jumaat memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Sehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

"Sekiranya tidak melanggar (peraturan ) maka tiada halangan. Malah kalau ia mendatangkan kebaikan kepada kesihatan, maka kita rasa tiada halangan kepada perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan di sini.

Bagaimanapun beliau berkata Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan Majlis Fatwa Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti diumumkan Muftinya, Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Sementara itu, Harussani yang turut menghadiri muzakarah itu ketika dihubungi berkata fatwa pengharaman itu dibuat selepas terdapat pertanyaan daripada persatuan Islam di Perak sama ada tarian itu patut diharamkan atau sebaliknya.

"Selepas itu kajian dibuat dan didapati ada unsur itu. Negeri-negeri lain tiada permintaan untuk mengkaji tarian itu sebab itu tiada fatwa mengenainya dibuat," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Shukor ketika diminta mengulas mengenai antara perkara utama yang dibincangkan pada muzakarah kali ini, beliau berkata ia termasuklah penggunaan vaksin 'mencevax' iaitu sejenis vaksin yang digunakan jemaah haji dan umrah sejak sekian lama.

"Jadi kita telah mengkaji dan mendapatkan pandangan pakar di mana selepas tahun 1997 penghasilannya lebih baik selain kos yang lebih munasabah. Kita setuju teruskan (penggunaannya) jika tiada gantian yang lebih baik daripada itu," katanya.

Menurutnya terdapat juga permohonan daripada syarikat lain untuk membekalkan vaksin untuk jemaah haji dan umrah, yang sudah berada di pasaran selama dua tahun.

"Pada prinsipnya kedua-dua vaksin itu harus dan boleh digunakan. Tetapi kita mengutamakan vaksin pertama kerana ia sudah lama digunakan," kata beliau.

Muzakarah tiga hari yang bermula 20 April turut membincangkan mengenai wang pampasan insurans konvensional yang tidak dituntut serta masalah wang khairat kematian. - BERNAMA

4 comments:

  1. Salam kakchik,

    terima kasih sharing artikel ni di sini...bg sayalah..klu haramkan lagi elok...
    Saya percaya bukan setakat berlaku di tpt saya saja...malah di tpt lain juga..tarian poco2 ni bukan hanya satu senaman..di majlis2 poco2 di tarikan dgn lenggang lenggok.malahan lelaki perempuan menari bersama...sakit mata tengok lebih2 lagi klu yg dah tua pun ikut serta..(malu tgk!)

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum,

    Saya setuju dengan Alasmal. Sedihnya bila kita gagal melihat hukum haramnya dari segi ikhtilat bebas, lelaki perempuan bukan mahram menari bersama tanpa rasa bersalah. Rasanya kalau dibenarkan tapi dengan syarat tak bercampur lelaki wanita, dan wanita di tempat tertutup, tak mengapa. Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Wkslm Alasmal. Sama-sama. Kakchik saja kongsikan kat sini sebagai rujukan di masa depan sebab ini berkaitan dengan fatwa. Kalau ikut kakchik fatwa ni kena lebih jelas iaitu diharamkan jika bercampur lelaki perempuan semasa menarikannya. Jika hanya sesama jantina, tidak apa-apa. Masalahnya yang bercampur-gaul itu jugaklah yang nak dibuatnya.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam Kak Haza. Apa yang Kak Haza sebutkan itu memang benar. Kakchik pun fikir begitu. Sayangnya ramai yang tidak utamakan isu lelaki-perempuan bercampur ni. Ada satu senamrobik di sebuah masjid tu kakitangan lelaki perempuan sama-sama bersenamrobik di perkarangan masjid, mana boleh macam tu. Tak nanti poco-poco, senaman biasa pun tak boleh.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs