Assalamualaikum dan salam terawikh untuk para pengunjung KeluargakuSayang.
Hari ini kakchik alami satu peristiwa yang sangat pahit akibat perilaku manusia-manusia keji yang bertopengkan agama. Sebak dalam dada hanya Allah Yang Maha Tahu tapi kakchik gagahkan hati menahan getaran ammarah kerana ini BULAN RAMADHAN.
terasa ada petir dan kilat di dalam hati
Manusia-manusia keji yang TIADA ETIKA dalam bekerja. Mengambil tindakan TANPA BUDI-BICARA mahupun USUL PERIKSA. Perbuatan yang sukar sekali untuk dimaafkan kerana TERLALU TIDAK BERETIKA dilakukan di dalam bulan yang mulia.
Kakchik tahu betapa seorang insan itu begitu bertungkus-lumus memenuhi amanah mendidik yang dipikulnya hinggakan diri susut, demi membentuk anak-anak agar 'menjadi orang'. Apa yang diDENGKI mereka sebenarnya? Bukankah bagus kalau dia dapat membina satu ukhuwwah yang baik di antara pendidik dengan muridnya? Demi sebuah perjuangan menuju matlamat yang akhir? Jangan KAMU tidak tahu yang kakchik ini MENGAMBIL TAHU dan akan SENTIASA MENGAMBIL TAHU segala urusannya di situ kerana kakchik ingat, sebagai INSAN TERHAMPIR kakchik akan cuba memastikan dia tidak lari dari batas-batas ALLAH dan matlamat sebenar urusannya di situ.
Tapi manusia-manusia BERHATI DAN BERMATA BUTA memang tidak profesional langsung dalam bekerja, patutlah... patutlah... TERJADI APA YANG TERJADI sebelum ini. Kita yang bersangka baik selama ini, dengan lapang dada membantu semampu boleh, tapi IBARAT MENOLONG ANJING YANG TERSEPIT, KACANG LUPAKAN KULIT. Dari rasa suka, kalian telah menimbulkan RASA BENCI di hati ini. Walau kakchik cuba tangkis dari ianya menular di dalam diri kerana kakchik tahu, ia sifat MAZMUMAH dan ini BULAN RAMADHAN. Tapi ia sedang membara di saat ini.
Sungguh TIDAK BERTANGGUNGJAWAB sekali!
Terasa ingin kuteriakkan sekuat hati, BETAPA RUGINYA KALIAN KERANA TELAH MENOLAK SEORANG INSAN YANG BERDEDIKASI. MAAF, kami tidak ingin kembali! PADAN MUKA kalian semua. Mungkin hari ini kalian ketawa gembira tapi tunggulah hari dan saatnya kalian pasti MENYESAL.
--------------------------------------------------
UNTUK INSAN TERSAYANG,
Sabarlah Sayangku. Allah bersama orang-orang yang benar dan Allah bersama orang-orang yang sabar. Berat sama kita pikul, ringan sama kita jinjing. Bila kita sama-sama jujur, insyaallah hati kita akan bertaut dengan kukuh. Dan bila ALLAH satu-satunya pergantungan kita, insyaallah KITA KUAT.
Semoga segala doa dari sujud qiammu setiap malam dan luruhnya air mata tulusmu selama ini akan memberimu ketenangan di saat dirimu dizalimi. Aku akan berdoa agar ALLAH ambil kira di kemudian hari. Sabarlah Sayangku.

salam kak chik, ya bila insan terhampir sakit kita turut menderita sama......
ReplyDeletesaya tak tahu dan tak dpt nak teka apa yg terjadi sebenarnya....tapi, saya doakan kak chik sekeluarga tabah dan terus kental menghadapinya.
doa org dizalimi tiada hijabnya.
dulu, masa baru hbs DQ suami sy (masa tu tunang) pernah kerja di sebuah sekolah tahfiz di Selangor.
selepas dikerah tenaga dlm segala mcm cara, dia dipecat begitu saja....dlm sedih ada terdetik di hati suami sy...sekolah ni pasti tak lama dpt bertahan kalau pemiliknya sewenangnnya menzalimi manusia.
2,3 bbulan lepas tu sek tu terpaksa ditutup.
entahlah kak chik, kita bukan mendoakan keburukan utk manusia2 itu, cuma harapnya ada sedikit pengajaran buat mereka.
yang pasti yg dizalimi masa tu bukan hanya suami saya.
percayalah, dihujung jalan yg suram ni pasti ada cahaya yg menanti,insyaAllah.
Salam...semoga yang tersayang kakchik bersabar dan kakchik pula terus memberikan sokongan kukuh kepadanya.
ReplyDeleteAssalamualaikum kakchik,
ReplyDeleteKak aliya yakin Allah tidak akan menghampakn hamba yang taat padaNya. InsyaAllah akan digantikan sesuatu yang hilang dengan yang lebih baik. Sabarlah ya. Cubaan itu satu anugerah, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang mulia.
kesian k.chik...sabar bebnyk yea...
ReplyDeletek.chik...boleh tk nkgi melawat library k.cik...personal visit...
lama dh teringin nk ke situ...klu ada k.cik tlg bwkkan pasti seronok.
sy duk area dekat2 sini jea...selalu bc blog k.cik cuma jrg tinggal komen.
sian cik abe kakchik. takperla kakchik. biar org buat kita, jgn kita yg wat kat org. Allah sentiasa bersama org yg benar. Doa org yg dianiaya ni makbul, InshaAllah. Doakan diorang tu dapat hidayah ajela. Nak marah2 pun nnt kurang pahala puasa. Ujian untuk iman kakchik dan suami. Sabar ya? Otromen disini sentiasa sedia membantu. :)
ReplyDeleteIf this is the continuation of 'the incident' you told us the other day,I totally agree with you....I went home and kept thinking about it. It was the abuse of power at its worst!! Semoga semua sakit pedih ini mendapat ganjaran yg sebaiknya dari Yang Maha Kuasa dan doa hidayah unt yg menzalimi....
ReplyDeletesalam kakchik..sabar ajelah..biarkan mereka dalam dunia mereka..
ReplyDeletetu semua asam garam dalam kehidupan..
wa'alaikummussalam normi.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian pengalaman suami dan kata2 peransang. memang ada persamaan sekali. kami tak mendoakan yang buruk bahkan kami doakan mereka insaf dan memperbaiki cara pentadbiran, pengurusan dan pendidikan agar tiada lagi yang teraniaya selepas ini.
wkslm kak e. terima kasih kak. insyaallah kakchik masih kuat and i won't crumble during this peak time because i want to be there for him and i believe him.i have to be strong for him.
ReplyDeletewa'alaikummussalam kak aliya. terima kasih kak kerana mendoakan yang baik2 untuk kami. kakchik bertahan kerana yakin Allah menguji suami dan kakchik sendiri untuk kebaikan kami juga. terima kasih kak.
ReplyDeletebiarlah rahsia,
ReplyDeleteterima kasih kerana cuba memahami.
jemputlah ke zahra'. kalau nak personal guide untuk melawat pun boleh. di bulan ramadhan ni kami buka 9pg - 4.15ptg. tutup khamis jumaat. jemputlah ya.
nurul otromen, terima kasih dik. nasihat diterima, over. marah kakchik sudah hilang selepas kakchik menulis tapi rasa hormat kakchik pada mereka sangat menurun sekali.
ReplyDeleteKak An, yes... it's the continuation of that incident and a few other. Insayaallah I'll tell you what happen later. Right now, I'm quite cool but I don't what I'll do if I meet one of them. Thanks Kak An for the kind words.
ReplyDeletewkslm kak ina. kami tahu ini ujian kak tapi diri yang lemah ini memang tetap terasa. kakchik tidak sekuat suami yang hanya berdiam diri dan mengisi masanya dengan solat dan doa. kakchik cuba bersabar.
ReplyDeletesecebis kata-kata indah untuk pedoman kita bersama
ReplyDelete"Aku minta dari Allah setangkai bunga segar, DIA beri kaktus berduri..Aku minta kupu2 diberi ulat bulu..Aku sedih & kecewa. Tp kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dn ulat itupun menjadi rama2 yg cantik sekali. Itulah jln Allah, indah pd masaNya..Allah tidak memberi apa yg kite hrpkn, tp apa yg kite perlukn..kita Usaha InsyAllah DPT..Yg penting kita YAKIN"