Followers

20.8.09

Berpurdah biarlah kerana sunnah.

Rozita Che Wan pula yang pakai purdah

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua. Apa khabar hari ni? Semoga teman-teman semua sedang menikmati keseronokan beribadah di hari-hari terakhir Ramadhan.

Hari ni kakchik amat terkejut bila rakan sekerja tunjukkan gambar di bawah. Betul ke pelakon/model cantik dan seksi Rozita Che Wan dah berhijrah? Bila kakchik baca betul-betul barulah kakchik tau alkisah sebenar. Berita ni dalam Warta Mingguan Perdana yang dibeli rakan sekerja kerana dia ingatkan ini gambar Pn. Rozita Ibrahim.

Sebenarnya yang ni pakai purdah untuk menunaikan umrah dan bagi mengelakkan H1N1 kata Rozita dia lebih selesa memakai purdah daripada topeng kesihatan. Berbeza dengan tujuan Rozita yang seorang lagi.


Tapi... mashaallah... dia memang nampak sangat cantik. Orangnya dah cantik, pakai apa pun masih juga cantik kan. Mungkin orang akan kata macam-macam kat dia kerana berpurdah kerana nak elak penyakit bukan kerana Islam tapi kakchik tetap nak doakan agar selepas dia balik umrah, dia akan mendapat hidayah untuk berubah menjadi muslimah solehah.


Satu lagi, kakchik memang suka sangat-sangat dengan jubah yang Rozita pakai ni. Semalam kakchik tengok Nora Danish pun ada pakai baju yang agak serupa tapi dia takdelah pakai tudung. Alangkah gembiranya hati kakchik ni kalau artis-artis kita bertaubat dan mengubah imej berpakaian mereka sesuai sebagai wanita Islam.

Semoga Allah memberi hidayah dan taufiqNya kepada kita dan mereka agar hati-hati kita tidak berbolak-balik dari iman dan Islam yang benar.

Wassalam.

6 comments:

  1. amin...

    kak chik saya ambil kad tu ye...tq!
    kak chik pun silalah ambil kad dr sy...

    selamat hari raya, maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  2. sha sokong kate2 kak chik tuh...

    dan sha setuju sangat2 kate die nieh cantik begini. agaknya kalau tak berpurdah, tp bertudung litup dan menutup aurat...mungkin cantik juga.

    walau org kata niat dia salah, tp sha akui sbnrnye mmg susah nak pakai mask tuh. purdah nieh lebih praktikal...lagi2 nak beribadah:)

    ReplyDelete
  3. suzi - terima kasih. kad suzi kakchik dah ambil pagi tadi.

    ReplyDelete
  4. sha - kalau dia tak berpurdah pun tak apa sha, asalkan dia tutup aurat dengan sempurna. Allah memang takdirkan dia memang cantik, mashaallah.

    ReplyDelete
  5. x silap cikmin..dia ada berlakon lam nur kasih..klu x silap la..dlm tu dia pakai purdah gak..Ya'ALLAH...mmg cantik dia kakchik..bila berpurdah..

    ReplyDelete
  6. cikmin - ooo betul ke? kakchik ni bab drama ke apa ke memang ketinggalan zaman sungguh. tv kat rumah ni siaran ceria je yg lulus, tukar siaran sikit, bisinglah segala hamba rakyat yang kecik2 tu. org cantik cikmin... pakai apa pun cantik. tambah2 kalau tutup macam ni, lagi naik seri.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs