Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat untuk semua teman-teman tersayang dan kepada para pengunjung KeluargakuSayang. Terima kasih banyak di atas kesudian kalian singgah dan menjenguk kakchik di sini.
Hari ni kita semua pun tahu adalah hari Jumaat terakhir sebelum kita mula berpuasa Ramadhan bermula esok. Ada satu perasaan gembira kerana mungkin kakchik akan sempat juga berpuasa wajib pada kali ini. Harap-harapnya sempat. Kakchik rasa kalian semua pun telah pun mempersiapkan diri masing-masing untuk menyambutnya. Dalam keadaan diri yang kurang bersemangat ni kakchik tetap bersyukur kerana masih diberi peluang oleh ALLAH SWT untuk meneruskan hidup sehari lagi. Cuaca pagi ni pun cukup menggambarkan perasaan kakchik di saat ini. Gembira seadanya.
Oh, untuk pengetahuan teman-teman, kakchik dah memulakan sesi mengurut sejak minggu lepas sebagai satu usaha untuk meningkatkan kesihatan badan terutama untuk mendapatkan anak. Tolong doakan kakchik ya. Semalam pun kakchik mengurut lagi untuk melegakan aliran darah, memang sedap bila diurut tapi sejak malam tadi dah terasa lenguh-lenguh satu badan. Tambahan pula kakchik baru pakai cermin mata baru yang menyebabkan kepala kakchik di sebelah kanan ni berdenyut sampai ke pagi ni. Tapi janganlah risau ya sebab ia dah makin baik.
Kakchik nak membasuh kain la dulu. Kalau sempat kakchik cuba kemaskini lagi petang ni.
Wassalam.
Nak tulis apa ye?
3 years ago
nati ambik gambar yer. nk tgk jgk cermin mata baru.. ehehe
ReplyDeleteSalam kak Chik... InsyaAllah... Selam ramadhan kak chik. Ummi mintaa maaf kalo ummi ada buat silap dah salah... sama ada yg sengaja atau yang tak sengaja :)
ReplyDeleteSalam ramadhan buat kak chik dan keluarga...
ReplyDelete:)
~semoga ada 'rezeki' ramadhan ni... amin!!! ")
shu, gambar dah ambil tapi belum sempat nak upload.
ReplyDeletewa'alaikummussalam ummi.
ReplyDeletekakchik pun sama juga. mohon maaf juga terutama sekali sebab sekarang ni jarang pergi jenguk ummi.
salam ramadhan utk TC juga. terima kasih banyak2 atas doa yang amat bermakna tu. amin.
ReplyDelete