Followers

22.8.09

Coretan 1 Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kepada semua teman-teman tersayang walau di mana juga berada. Apa khabar hari ni? Tentu masing-masing seronok sebab berjaya memulakan perjalanan untuk BERPESTA IBADAH (pinjam kata-kata seorang teman) sepanjang bulan yang mulia ini.

Malam tadi kebanyakan dari kita telah pun bersama-sama mendirikan solat terawikh sama ada di masjid, surau atau di rumah masing-masing. Cik Abe, macam biasa akan mula menjadi imam terawikh di sebuah masjid di KB, jadi dia akan berbuka di sana dan balik selepas selesai terawikh. Biasanya dalam pukul 10.40 malam baru dia sampai di rumah.

Tahun ni kakchik takdelah sunyi sangat berbuka puasa sebab ada ahli keluarga lain di rumah ni. Kalau tahun lepas, masa kami masih di rumah sewa, selalulah berbuka sendirian walau ada kadang-kadang Cik Abe temankan bila hari hujan lebat dan dia kurang sihat.

Pagi tadi kami bersahur ala kadar saja, nasi berlaukkan gulai lemak ayam, ikan tenggiri goreng dan sayur campur sotong, cukup untuk mengalas perut masing-masing. Yang kesiannya Ayah yang tidak lalu makan sebab dia memang perlukan makanan manis sebagai pencuci mulut. Ummi keletihan nak menyediakan bubur atau pengat untuk dia, jadi makan pun perlahan je. Mungkin untuk berbuka hari ni Ayah akan dapat makan makanan kegemarannya.

Tentu teman-teman semua pun ada macam-macam cerita di bulan Ramadhan ni. Kakchik akan cuba menjenguk kalian dalam sedikit kesempatan masa yang ada di pejabat ni. Sekarang ni cukup susah untuk menggunakan internet di rumah. Kakchik guna Celcom Broadband tapi kualitinya sangat teruk sekarang ni. Masa menunggu untuk 'loading' sesatu laman sangat lama dan membuang masa. Jadi kakchik hanya hadkan penggunaan untuk laman tertentu saja. Insyaallah kakchik akan cuba menziarahi.

SEMOGA KALIAN SEMUA MENDAPAT BANYAK KEBERKATAN SEPANJANG RAMADHAN INI. KAKCHIK MENYUSUN JARI MEMOHON AMPUN MAAF DI ATAS SEBARANG KESALAHAN ATAU KESILAPAN SELAMA KITA BERSAHABAT. SELAMAT BERPUASA TEMAN-TEMAN SEMUA!

8 comments:

  1. salam kak chik,

    selamat berpuasa yea...sama2 kita memulakan perjalanan untuk BERPESTA IBADAH *ihik..pinjam gak ayat nie yer*

    kak chik patulah yan tgk dh jarang update blog, rupanya pasal line tenet yer? yan guna streamyx aje, hari tu ada gak sampai xleh nk surf. but now alhamdulillah dh ok dh...

    ReplyDelete
  2. wa'alaikummussalam yan.

    terima kasih sebab pagi2 dah singgah di sini. yan ni memang blogger yang aktif. hehe.

    memang line tenet ni masalah. sblm ni kat rumah ada streamyx tapi dah tutup akaun sb cik abe selalu di sekolah je dan akaun streamyx kakchik dah guna utk pejabat. nak mohon satu lagi dah ada broadband. masalah betul.

    ReplyDelete
  3. zureen, terima kasih. selamat menjalani ibadah puasa untuk zureen ya. semoga banyak zureen dapat kebaikan di bulan ini dan selepasnya.

    ReplyDelete
  4. salam kakchik...selamat menjalani ibadah puasa ye kakchik..hari pertama cikmin berpuasa sebagai makyung kali ni..hikss...seksa gak kachik..'org dlm'tu asik menendang jek..slalu kena pujuk2 dia..baru dia leh calm...memandang kan sume anak2 berpuasa..hari pertama ni dapur cikmin x berasap lagik..dah janji nak bwk diaorg ke bazaar..biar diorg pilih sendiri makananan yg diorg nak makan kan..cikkamal mmg xkan berbuka gan kami..sbb dia berniaga di bazaar ramadhan...selamat berbuka ye kakchik...

    p/s ada kelapangan update2 la ye..

    ReplyDelete
  5. salam kak chik...selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak...

    ala kak chik..kenapa tak ambik kad cyber dari akak tu..tak sudi ke??nak nangislah...

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa Kak Chik(^_^)

    ReplyDelete
  7. Askum..

    Ramadan Mubarak, Allahuakramna fi Ramadan, amin.

    Semoga kak cik sekeluarga sihat dan dapat mengecap nikmah Ramadan dengan sebaiknya. Oh, suami kak cik imam ye. Bestnya, kak cik tak ikut cik abe berbuka dan terawih sekali ke?^*


    Alakullihal, Kullu sanah wantum bikhair, wa ila To'atillah adwamu.

    Jangan lupa selitkan kami dalam doa kak cik ya. Kami apatah lagi, perlukan doa sahabat-sahabat juga.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails