Followers

24.8.09

SELAMAT BERBUKA

Assalamualaikum dan salam petang Ramadhan untuk semua teman-teman di mana saja berada. Sekarang ni dah jam 6.34 petang dan kakchik rasa masing-masing yang di Malaysia ni sedang bersiap-sedia untuk berbuka puasa tak lama lagi.

Masak apa ya hari ni? Tentu banyak yang sedap-sedap ni. Kalau tak masak tentu membeli-belah di pasar Ramadhan kan? Kakchik setakat ni tak singgah di mana-mana pasar Ramadhan lagi sebab takde keperluan sangat. Tengoklah kalau ada keinginan nanti, mungkin bukan untuk membeli lauk-pauk atau kuih-muih tapi sekadar untuk melihat-lihat suasana di sana. Kalau kakchik ambil gambar, bolehlah kakchik kongsikan di sini untuk tatapan semua suasana sambutan Ramadhan di KB.


Pemanis mulut untuk berbuka hari ni, cendol, santan dan gula melaka.

Hari ni kakchik tolong Ummi masak beberapa lauk sebab sepanjang Ramadhan ni kakchik balik awal, waktu kerja dipendekkan 45min berbanding biasa. Kakchik tolong-tolong menyibuk di dapur je sebab kadang-kadang sampai di rumah Ummi dah pun siap memasak. Hmm... hari ni kami akan berbuka dengan cendol kuah santan dan tamar je. Untuk makan pula, ada beberapa lauk yang kami masak, Gulai Lemak Udang, Ikan Kerisi Goreng, Ayam Masak Pedas, Ulam Bayam Praksi dan Budu. Biasalah, gaya orang kampung kan, hehe.


Gulai Lemak Udang, Ikan Kerisi Goreng, Ayam Masak Pedas dan Ulam Bayam Praksi

Biasanya ada dua gaya berbuka kat rumah kakchik ni. Satu gaya ialah makan makanan manis untuk berbuka, solat Maghrib, Isyak dan makan nasi selepas Terawikh. Satu gaya lagi ialah terus berbuka dengan makan nasi macam adik ipar dan abang ipar kakchik. Diorang tak biasa berbuka dengan makanan manis. Gitulah suasana berbuka kami.


Hidangan berbuka untuk adik ipar, mesti ada ulam dan budu.


SELAMAT BERBUKA SEMUA.

9 comments:

  1. MashALLAH kak cik. Lauk kampung. feveret kami berdua juga. Kecur air liur saya tengok budu tu.:)

    ReplyDelete
  2. Hok budu tu sedap sekali
    hehe
    salam Ramadhan Kak Chik

    ReplyDelete
  3. Salam kakchik...bestnyerrr cendol...dah lama x makan ni...elok sangatla kan bukak pose ngan cendol...nak suh mak buat gak la...heheh...selamat berpuasa kakchik

    ReplyDelete
  4. Sedapnya juadah berbuka puasa Kak Chik..

    ReplyDelete
  5. alqasam - hehe, lauk kampung air tangan ibu memang sedap kan. wah... sumayyah pun makan budu ya.

    ReplyDelete
  6. zam - salam ramadhan kembali zam. org kelantan memang suka makan budu ni tapi kakchik tak makan hehe, special case.

    ReplyDelete
  7. fiza - wa'alaikummussalam my dear. makan cendol macam ni simple je kan fiza. beli cendol satu plastik RM1 lepas tu balik rumah perah santan campur garam sikit dan makan dengan manisan, wah terangkat, hehe. selamat berpuasa untuk fiza juga.

    ReplyDelete
  8. zureen - yang simple pun sedap dalam bulan puasa ni, hehe

    ReplyDelete
  9. kakchik. wendu !

    harap jaga kesihatan.

    bayam peraksi tu sedap. mkn pulak ngam ikan kerisi. ikan kerisi goreng panas panas. sedap tu. hehe.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs