Hari ni kakchik saja-saja nak kongsikan sedikit perkara yang sedang bermain-main di fikiran ni. Terutama bila melihat wajah di cermin setiap pagi. Walaupun kakachik masih rasa wajah kakchik takdelah mencerminkan usia kakchik yang sebenar, hehe (ehem, jangan marah ya...) tapi diri tetap sedar yang usia kini semakin meningkat. Bila membaca doa melihat cermin, selalu terfikir adakah akhlak diri ni secantik atau seceria wajah yang terpancar di cermin tersebut. Bimbang juga maksud di sebalik doa tersebut tidak tercapai.
Kawan-kawan pun tahu kan, kakchik dah pun 35 tahun April lepas. Kalaupun terasa diri masih berjiwa remaja dan gila-gila sikit (dengan cik abe je) tapi kakchik sedar terlalu banyak diri ini kurang dari segi bekalan untuk dibawa menghadap YANG MAHA PENCIPTA di kemudian hari. Bila tengok diri dalam cermin, yang mata kasar nampak ialah bentuk wajah, kulit muka ada jerawat atau tidak, kulit dah berkedut ke belum... muka nampak kusam atau nampak ceria dan tegang... dan macam-macam lagi. Tapi kalau dilihat dengan mata hati, terasalah, "aku ni dah 35 tahu dah... apalah yang aku dah buat sepanjang usia banyak ni?". "Agaknya kalau Allah panggil pulang sekejap lagi, entah apalah sangat yang dapat dijadikan saksi." Hmm... terasalah yang diri ini masih terlalu jauh dari menjadi hambaNYA yang solehah.
Sepanjang 24 jam sehari ni, kakchik boleh jamin, terlalu sedikit masa yang kakchik peruntukkan untuk menolong iman dan agama Allah. Yang banyaknya ialah kerja, kerja, buang masa, shopping, sembang, main-main dan macam-macam lagi. Waktu yang wajib untuk menghadap ALLAH pun rasanya kalau dikumpulkan tidak sampai pun 1 jam sehari. Kenapalah sikit sangat masa diri ini peruntukkan untuk TUAN sendiri? Walhal nanti kakchik akan menghadapi EXAM yang lagi besar dan sukar.
Hari ni, bila sedang bersiap dengan pakaian baru dan bersih, melihat kemasnya diri di dalam cermin untuk keluar melaksanakan amanah, sekali lagi pertanyaan itu datang, "SUDAHKAH AKU CAPAI MATLAMAT SEBENAR HIDUP INI?"
salam kakchik... kak e pun selalu rasa menyesal kerana merasakan kurang sangat masa yang diperuntukan untuk NYA....
ReplyDeleteSalam Kak Chik
ReplyDeleteAja pun selalu tertanya2 ...sempat tak aja nak buat itu..buat ini...
masih ada peluang tak buat aja...
bila aja mati nanti macammana?...eeeEEee..takutnya
salam kak chik...saya pun lebiha kurang kak chik je umur...thn ni dah 34thn. tapi amal harian cam makin kurang je...cam tak cukup masa, sibuk dgn mcm2 hal..ya Allah....
ReplyDeletemoga Allah bagi hidayat buat kita utk tinggkatkan amal dan iman....
SATU PERINGATAN DNA MUHASABAH YG BAIK.. SEMOGA ALLAH MEMBALAS DAN MENGIRAKANNYA SEBAHGAIAN DR AMAL YG SOLEH...
ReplyDeleteRAMAI PENGIKUT BLOG NI YA... TAHNIAH