Followers

17.8.09

Sudah bersedia atau belum?

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua.

Pagi ni boleh dikatakan satu permulaan hari baru yang sungguh kurang baik. Seawal pagi sudah ada angin kencang bertiup sebab sejak malam tadi cuaca yang amat mendung. Terasa seolah-olah TIADA MOOD langsung untuk ke pejabat bila tengok cuaca pagi tadi.

Dalam keadaan macam ni kakchik jadi banyak termenung. Fikir macam-macam. Tambah-tambah bila tak beberapa hari saja lagi bulan Ramadhan yang mulia akan tiba. Itupun kalau umur kakchik panjang, sempatlah lagi berpuasa wajib tahun ini. Kalau dibuatnya Allah panggil pulang dalam suasanan macam ni, kakchik memang akan dihisab teruk di sana nanti.

Kawan-kawan tau tak FORMULA paling mudah dan cepat untuk NAIKKAN MOOD? Kakchik memang agak DOWN sejak beberapa minggu ni. Terlalu banyak sebabnya kakchik jadi kurang bermaya ni tapi malu pula nak ceritakan di sini.

Memang kakchik tahu mengeluh bukanlah sifat yang bagus bagi seorang Islam tapi kakchik rasa macam selalu sangat nak mengeluh, melepaskan satu beban perasaan dan fizikal, biar ia menjadi LEGA. Bila mood begini melanda, kakchik dapat rasa kakchik mula LALAI dalam banyak urusan terutama URUSAN ALLAH dan keluarga.

Entah bagaimana kakchik akan menghadapi Ramadhan tahun ini? Banyak benar mazmumah yang bersarang di hati dan peperangannya memang membuatkan kakchik menjadi LETIH dan rasa TERABAI.

p/s: HARAP MAAF sebab kakchik sedang melepaskan masalah di sini. TIDAK PERLU DIFAHAMI oleh sesiapa. CUKUP sekadar melepaskan lelah di dada.

6 comments:

  1. salam kakchik... kak e pun tak tau nak kasi tips tentang hal ni... cuma kak e rasa adalah baik kalau kakchik dapat melakukan sesuatu yang boleh membuat kakchik bersemangat sperti melakukan kerja tangan yang membuatkan semangat untuk melihat hasilnya...

    * kak e akan buat benda yang kak e suka dan segala masalah dapat dikurangkan... paling2 kak e main dan bercakap2 dengan kucing2 kak e hehehehehe ataupun buat kerja2 seni yang hanya menambahkan semak dan kecah rumah khikhikhikhi :D

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak chik...

    no worries..blog mmg salah satu medium untuk kite express our feelings..no matter if the readers undrstand or not..

    buang suma masalah...ceria2 selalu..

    :)

    ReplyDelete
  3. Salam kakchik..
    pepun,kakchik sabar yer...InsyaAllah,fiza yakin kakchik kuat hadapi "angin kencing dan cuaca yang mendung"..
    Moga2 esok "matahari" akan terbit n membawa keceriaan buat kakchik..InsyaAllah

    ReplyDelete
  4. wkslm kak e. terima kasih atas cadangan tu kak e. kakchik dah cuba cara tu tapi tak berjaya. mungkin sebab takde kesenian pada jari jemari ni. habis2 kakchik tengok rancangan 1N2D kat YT.

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam Teja.
    Ha'ah, betullah tu. Asalkan dapat legakan hati kan. Trm ksh teja.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam fiza.
    Trm ksh ya dik. Kakchik ni nampak aje kuat fiza tapi sebenarnya ada masa2nya kakchik juga lemah. Bermain dengan emosi dalam keadaan fizikal yang letih kadang2 buat kakchik rasa ingin mengalah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails