BERITA NI KAKCHIK CEDOK DARI HARAKAHDAILY.
Sistem jalan sehala jadikan aliran trafik lebih lancar
Atiff Idris | Foto Rizal Tahir
Tue | Aug 11, 09 | 7:01:38 pm MYT
KOTA BHARU, 11 Ogos (Hrkh) - Aliran lalu lintas di pusat bandar Kota Bharu mulai hari ini nampak lebih lancar biar pun berlaku sedikit kelam kabut ekoran pelaksanaan sistem jalan sehala.
Jalan Hospital di depan mahkamah, Jalan Doktor, Jalan Temenggong dan Jalan Tok Hakim kini menjadi hala sehala.
Dan beberapa lampu isyarat baru diwujudkan iaitu di Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Tok Hakim dan Jalan Sultanah Zainab.
Yang Dipertua�Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Haji Ahmad Mahmood berkata, tempoh sebulan bermula hari ini kajian dilakukan bagi melihat kesesuaian perubahan laluan tersebut.
Oleh itu katanya, pengguna jalan raya diberi peluang untuk memberi komen dan cadangan tentang perubahan laluan tersebut melalui www.MPKB.gov.my.Image
"MPKB-BRI juga mewujudkan satu jawatankuasa pemantau untuk mengkaji serta menilai sejauh mana keberkesanan dan kelancaran trafik di bandar Kota Bharu sekarang," katanya di sini, semalam.
Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan rasmi landskap Bulatan Medan Tuan Padang dan menaik taraf Taman Perbandaran Tengku Anis.
Penyerahan tersebut dilakukan Timbalan Pengarah Teknikal Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Che Hassin Che Mud kepada Ahmad.
Ahmad berkata, dengan kerjasama kerajaan Persekutuan banyak lanskap menarik dapat diwujudkan di kawasan bandar Kota Bharu.
Che Hassin berharap MPKB-BRI dapat menguruskan lanskap tersebut dengan sebaik mungkin bagi menjadikan Kota Bharu lebih ceria dan cantik. - mj
HARAP DAPAT MEMBANTU SERBA SEDIKIT. RAMADHAN DAH DEKAT DAN BIASANYA DI BULAN ITU BANDAR KOTA BHARU AKAN MENJADI SESAK DENGAN KENDERAAN KELUAR-MASUK. TAMBAHAN PULA RAMAI JUGA ORANG DARI NEGERI LAIN MENGAMBIL CUTI KHUSUS UNTUK MENJALANI IBADAH PUASA RAMADHAN DI KELANTAN.
lama betul x g kb. buleh bikin sesat ni... hahaha
ReplyDeleteTED dah habis ronda 2 malam dgn hubby untuk ahu jalan. Kalu jalan siang sesak . malam org tak byk mana. Untuk yg akan pulang bercuti dr bandar nati kenala berhati2 n tgok signboard betul2
ReplyDeletenak raya ramai org balik..kan? penuh lah KB...K trg pun gitu gak...
ReplyDeleteshu, tak sukar sgt shu lepas ada perubahan tu. yg byk berubah pun sekitar stesen bas bandar, the store dan parkson.
ReplyDeleteted, amboi... cepat sungguh dia gi cek jalan. hehe, bagus betul.
suzi, tak sempat raya, kb dah jadi sesak suzi. sekarang ni pun dah mula terasa. kt, bandarnya lagi luas jd takdelah segalanya berpusat mcm kb ni.