Hari ni KChik tak kerja. Zahra' tutup setiap Khamis dan Jumaat. Pelik la sikit dari orang lain yang cuti Jumaat-Sabtu atau Sabtu-Ahad. Hmmm... hari ni ada beberapa tugasan yang perlu KChik selesaikan sebab esok kelas untuk Sem Sept. akan bermula. Bermakna hampir sehari suntuklah KChik akan berada di OUM. Baik KChik senaraikan apa yang nak dibuat hari ini.
Antara 6 pagi - 10.30 pagi:
- Sambung Surah al-Maidah.
- Basuh pakaian kotor.
- Kemas rumah.
- Lipat kain yang dah diangkat (kesian Cik Abe malam tadi pakai singlet yang kedut-kedut sebab bekalan yang dah berlipat kehabisan... nasib baik dalam jubah).
- Cek email (kalau ada email pelanggan lagi bagus) - balas yang mana patut.
- Baca suratkhabar online.
- Update web & blog.
- Ke MariBaca Bookstore - cek stok dan bil-bil yang perlu dibayar.
- BIMB - masukkan kutipan semalam, bayar Galeri Ilmu dan PTS, masukkan duit tabung Zahra'
- HUSM - hantar hardcopy surat gerai
- Maybank - ambil duit sewa kedai, buka akaun Wadiah Adik
- Pej. Pos - bayar bil-bil MariBaca & Zahra' (bil rumah Cik Abe yang bayarkan)
- Sambung baca Qur'an sebanyak yang boleh
- Blogging lagi...
- Baca modul untuk kelas esok
- Sediakan juadah berbuka - hari ni KChik ingat nak goreng pisang la, sebab pisang setengah sikat kat dalam peti tu tak boleh simpan lama-lama dan minum teh panas (juadah berbuka: kurma, pisang goreng dan teh 'O')
Lepas ni KChik nak sapu dalam rumah sebab rumah KChik ni dekat padang, dan padang tu pulak sebelah jalan raya, maka kalau sehari je tak menyapu, debu habuk memang akan terasa di atas lantai. Rumah ni rumah papan nak kena selalu bersihkan nanti cepat saja sawang tu bertempek di siling dan celah-celah yang strategik, susah pula nak buang nanti. Tambah-tambah perabot kami yang banyak ialah rak buku, kalau tak cuci, berhabuk buku-buku tu... dah tu kalau datang penyakit 'duri palas' ... tau-tau ajelah apa jadi kat buku kami tu.
Okay, jam dah 7.01 pagi, KChik tangguh dulu...
KChik
Pulau Melaka, Kota Bharu
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.