Followers

6.9.08

Ramai Mengeluh Modul Dalam Bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Semalam kelas untuk Semester September 2008 dah bermula. Pagi-pagi lagi KChik dah ke OUM untuk tutorial 1 yang bermula jam 8 pagi. Uiiii ramainya orang kat pejabat OUM. Hingar bingar suasananya dan KChik serta kawan-kawan turut tumpang sekaki. Nak buat macamana? Inilah keadaan yang berlaku saban semester, MODUL TAK SAMPAI!

Tapi nasib baik ada staf yang baik hati tolong cetakkan sebahagian modul kami untuk kelas pagi semalam. Kalau tak, alamat kami susahlah nak bincang dengan tutor. Untuk 2 modul yang lain tu KChik dah ambil sebelum ni, jadi sempatlah baca sehari sebelumnya.



Tapi isu modul tiada ni tak besar... yang lebih besar islah isu bermula semester ini semua modul dan tutorial adalah dalam Bahasa Inggeris. Secara peribadi KChik tak kisah sangat sebab dulu masa buat degree kat USM pun guna BI juga. Tapi KChik kesian kat kawan-kawan lain dan pelajar-pelajar lain yang rata-ratanya sudah berusia dan kurang faham bahasa tersebut. Bisinglah jadinya... POT PET... POT PET....

Dalam kelas tutorial, tutor pun turut menyuarakan kurang senang dengan hal tersebut. Yelah bukankah kita dah lihat buktinya sebelum ini? Apa dah berlaku kepada penggunaan BI dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah! Cuba lihat berita dari Utusan Online di atas tu, itulah buktinya apabila bahasa kita tidak dimanfaatkan sebaiknya bahkan nak pula memartabatkan bahasa lain. Bagi orang yang mahir dan faham BI, tidak menjadi masalah... tapi bagaimana pula dengan sebahagian besar masyarakat Malaysia yang tidak mahir? Adakah mereka juga akan menjadi bahan ujikaji? KChik bukan tak suka BI digunakan di kampus tapi buatlah berperingkat, bukannya mendadak.

Hmm... rakan-rakan sekelas dah mula mengeluh bimbang bagaimana nak faham modul dan bagaimana nak jawab soalan periksa nanti. KChik kasihankan mereka. Mereka ingin nak pandai BI tapi di usia melepasi 35 tahun bagi mereka agak sukar.

Kalau guru pun ramai yang tidak menguasai BI, bagaimanakah pula dengan pelajar-pelajarnya?

KChik
Dar Nur al-Zahra', KB

===========================================

Berita penuh dari Utusan Online

35% guru Sains, Matematik lemah BI

KUALA TERENGGANU 4 Sept. - Kira- kira 35 peratus guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik di seluruh negara dikenal pasti tidak menguasai bahasa Inggeris.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, masalah itu dikesan melalui satu kajian yang dijalankan oleh pihak kementerian di beberapa sekolah terpilih baru-baru ini.

Beliau berkata, murid-murid mempunyai potensi untuk belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tetapi sesetengah guru pula menghadapi masalah untuk menguasai bahasa itu dengan baik.

"Ia akan memberi kesan negatif kepada murid yang memerlukan bimbingan untuk menguasai bahasa Inggeris,'' katanya pada majlis kesyukuran dan berbuka puasa dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini semalam.

Razali berkata, berdasarkan kajian, guru yang terlibat kurang menunjukkan dedikasi dan keupayaan yang tinggi dalam meningkatkan kecekapan berbahasa Inggeris.

"Walaupun mereka mendapat Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk membeli buku rujukan atau menghadiri tuisyen bahasa Inggeris tetapi ia tidak dimanfaatkan sepenuhnya," ujar beliau.

Sebaliknya, katanya, ramai guru Sains dan Matematik dikesan menggunakan wang tersebut untuk tujuan lain sekali gus mengakibatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka tidak meningkat.

Beliau menegaskan, guru terbabit perlu menunjukkan dedikasi tinggi di samping melakukan pengorbanan untuk memastikan murid mendapat manfaat yang sewajarnya.

"Kementerian sentiasa mengadakan kursus intensif kepada guru terlibat dan turut menghantar mereka berkursus di luar negara dalam membantu mereka meningkatkan kecekapan berbahasa Inggeris," jelasnya.

=============================================

Bagaimana pula dengan berita dalam The Star Online ini?


Saturday September 6, 2008

Have English medium schools

MUCH has been said and argued about the poor standard of English among our students particularly at the tertiary level.

We once took great pride in our high standard of oral and written English. Now we are in the midst of the same argument again on teaching Mathematics and Science in English in schools.

I would like to propose a solution to this problem.

Bring back the English medium schools. It will provide parents an alternative choice of schools for their children.

I am very sure our senior ministers, senior civil service officers and corporate figures who have been educated in English medium schools must have felt very fortunate indeed to be able to read and write good English.

Look at them when they attend international conferences or forums. How confident and respectable they are in their talks, discussions and presentations in English.

Look at how our Prime Minister, Deputy Prime Minister and many other senior ministers present and discuss important economic, social and security matters during international conferences.

It makes us proud that our ministers are able to represent us, Malaysians, with distinction and participate on level ground with other international leaders. They are the product of the English medium schools either here or overseas.

I still recall the days when I went to an English medium school for my primary and secondary education in the 60s and early 70s in my hometown of Parit Buntar in Perak.

The school had a good mix of all races. My best friends were Basheer Khan, Ali Rahman, Borhanuddin, Anthony Francis, Avtar Singh and Durairaj. We studied and played together.

The best thing about us was that we all conversed in a common language, English. We felt comfortable and respected one another.

What I also realised is that we all went to school as Malaysians.

Not for a moment did we differentiate ourselves based on our racial or religious backgrounds. The same went for our teachers.

They were so dedicated and responsible that they gave their best to all students.

I believe this was the same scenario in all English medium schools of yesteryears.

I strongly believe that English medium schools can also contribute to the reduction of negative social ills such as serious crime, destruction or damaging public facilities, disrespect of individual or group rights and finally instigating racial and religious issues.

The advantages of English medium schools go without saying. It must be reactivated for the good of the country. We must not deny our younger generations the opportunity of an English education.

We owe it to our future generations to make our beloved country more harmonious and also be able to compete confidently on the same platform in the international arena.

I really hope that this proposal will be given due consideration by the Government.

Let’s not waste any more precious time, money and effort in arguing about teaching of Science and Mathematics in English.

We have to progress.

LT-COL HO HIN CHAI,
Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails