Followers

13.11.11

Tutorial Cara Nak Pakai Shayla atau Selendang Arab

BISMILLAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Malam ni kakchik nak kongsikan video tutorial cara nak pakai shayla atau selendang arab yang selalu diperolehi setiap kali kita membeli abaya dubai atau mana-mana abaya dari timur tengah.

Pastikan ringkas, labuh dan sopan.

Video tutorial cara pakai shayla ni sebenarnya kakchik buat sehari sebelum raya haji atas permintaan beberapa orang pelanggan Abaya Elegan Lovers. Jadi selepas meminta izin suami, kakchik telah buat satu video yang boleh membantu kalian memakai shayla agar lebih labuh dan menutup aurat atas kita dengan lebih sempurna.

Untuk melihat video-videonya sila KLIK link di bawah. Sebenarnya ada 2 video jadi kakchik kongsikan kedua-duanya di sini.


dan


Jika shayla yang diperolehi itu nipis maka kakchik nasihatkan kalian memakai INNER atau melapiskan shayla itu dengan shayla lain sehelai lagi agar ianya menjadi tebal. Selain itu jika ianya bersaiz kecil maka lapiskan dengan shayla atau pashmina atau shawl yang bersaiz lebih besar agar bila dililit ia akan menjadi labuh.

Video-video ini adalah khidmat pelanggan Abaya Elegan Lovers untuk semua wanita muslimah yang tidak mahu membazirkan shayla mereka. Cara yang mudah, hanya perlukan 1 kerongsang dan satu jarum peniti. Masa pun tidak lama untuk melilitnya. Tak sampai 5 minit.

Semoga alternatif dalam bertudung ini membantu anda terutama muslimah bekerjaya. Selamat mencuba tutorial cara memakai shayla ini.

KakChik
Baiti Jannati, Kg Pulau Melaka
13 Nov 2011

3 comments:

  1. Assalamualaikum kakchik,

    terima kasih utk tutorial shayla.. seronok tgk..

    nak tanya, kakchik beli shayla warna biru tuh kat mana? berapa RM ye??

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Di mana saya boleh dapatkan purdah pelbagai warna yang Kak Chik pakai tu? Saya nak juga......

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikummussalam Shira.
    Sama-sama. Shayla biru tu kakchik beli di pasar malam saja. Pashmina tu. RM15 saja.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails