Followers

2.11.11

Advance Marketing Power Dr. ABO Yang Mengubah Persepsi

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah... syukur alhamdulillah atas kurniaan Allah SWT ke atas diri kakchik selama ini. Syukur juga kerana Allah telah mengizinkan kakchik ke KL selama 4 hari untuk menambah ilmu pengetahuan di dalam bidang pemasaran. Syukur alhamdulillah juga kerana Allah takdirkan kakchik mengikuti program ADVANCE MARKETING POWER oleh Dr. Azizan Bin Osman (ABO). 3 hari berseminar secara intensif terasa tidak cukup kerana minda terlalu terbuka dan jiwa makin dahagakan ilmu. Rasanya dakwah akan jauh lebih berkesan bila kita semua mula faham kepentingan ilmu pemasaran yang berstrategi.

Allahu Akbar!

Seingat kakchik, inilah keputusan paling drsatik kakchik buat untuk pergi ke KL. Sebelum ni selalunya kakchik tahu lebih awal atau rancang lebih awal untuk ke sana. Tahu sajalah kan, kakchik ni tinggal di KB, Kelantan. Naik bas KB - KL mengambil masa antara 6 - 8 jam perjalanan. Sakit habis seluruh badan tapi kerana tindakan drastik yang dibuat dengan hati yang nekad, kakchik langsung tidak rasa penat malah sangat gembira dan teruja menunggu bermulanya seminar.


Kakchik bertolak ke KL pada 26hb malam dan sampai sebelum Subuh hari berikutnya iaitu sehari lebih awal dari seminar. Seminar penuh ialah dari 28 hingga 30 hb Oktober. Bukan tak boleh pergi pada hari Khamis tapi kakchik janji dengan diri, lebih baik kakchik pergi awal dan daftar awal. Selain dapat merehatkan badan selepas perjalanan yang jauh, insyaAllah kakchik tidak lagi perlu bersusah-payah untuk mendaftarkan diri pada pagi seminar. Hanya perlu menghadirkan diri dan menunggu pintu dibuka untuk masuk ke dalam dewan saja.

Tidak Lena Tidur


Malam pertama di hotel, kakchik susah nak lena. Tambahan pula kakchik menunggu-nunggu khabar dari orang yang menguruskan pakej penginapan dan pengangkutan yang masih dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah. Kakchiklah orang yang paling awal check-in dari group pakej tu. Dalam keadaan tidak lena, satu panggilan telefon sampai dari lobi hotel. Rupanya ada peserta lain yang sampai dari Pulau Pinang dan tiada teman. Alhamdulillah dapatlah kakchik berkenalan dengan rakan peserta AMP yang pertama iaitu Kak Faridah, pengusaha Coffee Mamu Rich.

Kak Faridah, Haza dan kakchik.

Selepas berkenalan dan bersembang serba sedikit, beliau minta keluar sebentar untuk menggosok pakaian bertemankan penghuni bilik sebelah yang keesokannya kakchik dapat berkenalan iaitu Haza, taukey C'Za D'beautee yang memasarkan produk kecantikan. Masih muda dan lawa orangnya tapi sudah punya bisnes yang agak mantap walaupun hanya di Internet.

Entah pukul berapa kakchik terlena tapi menjelang jam 5 pagi sekali lagi kakchik dikejutkan apabila rombongan dari Kedah sampai dan kakchik mendapat rakan sebilik yang baru iaitu Kak Shah, staf BSN di Kedah. Dalam terpinga-pinga hati kakchik teringatkan Kak Faridah. Harap-harap dia dapat tumpang tidur di bilik sebelah kerana kakchik tidak sedar sama ada dia tekan loceng bilik atau tidak.

Selepas itu, terus tak lena kerana hati dan minda asyik memikirkan AMP yang akan bermula pada hari itu, hari Jumaat yang penuh barakah. Macam-macam yang kakchik fikirkan. Nak pakai baju apa? Ini penting kerana kakchik membawa jenama bisnes kakchik. Selain itu kakchik mahu memastikan segala prinsip pemakaian muslimah yang mengikut syariah kakchik bawa bersama. Kakchik pasti, di dalam dewan yang boleh memuatkan 2 ribu orang itu, hanya kakchik seorang yang berpakaian serba hitam dan berpurdah. Muslimah mesti yakin dengan imej diri dan yakin dengan bisnes sendiri.

Terus Terpaku

Kami bersarapan dengan makanan yang enak-enak semuanya. Terima kasih kepada Pn. Mas Maria yang menguruskan penginapan, sarapan dan pengangkutan kakchik. Sungguh puas hati. Semasa sarapan, kakchik sempat berkenal-kenalan dengan beberapa orang peserta lain. Ramai daripada Kedah kerana mereka datang berkumpulan melalui pakej Pn. Mas Maria. Alhamdulillah kami sampai di Wisma MCA dengan selamat. Orang sudah ramai. Ada yang baru nak mendaftar dan kakchik mengambil peluang memposisikan diri di depan salah sebuah pintu masuk yang ada. Azam: MESTI dapat tempat di barisan hadapan.

Sebaik saja masuk, suasana memang macam semua orang "kena kejar singa". Berlarian, berebutan untuk mendapatkan tempat duduk idaman. Kakchik pun begitu juga cuma kakchik tidaklah berlari tapi berjalan dengan laju sekali tanpa menghiraukan siapa yang ada di sekeliling. Yang penting, kakchik tak langgar orang, orang tak langgar kakchik dan kakchik alhamdulillah dapat duduk di barisan paling hadapan untuk kumpulan VIP. Alhamdulillah.... impian tercapai.

Atas: Layar utama di dewan. Bwh Kiri: Pn. Mas Maria, senior AMP yang kaya dan berjaya.
Bwh Kanan: Wisma MCA, tempat seminar berlangsung.

Seperti kebanyakan program begini, acara pemanasan badan ialah acara wajib dan senamrobik pimpinan Kak Tg. Norihan diadakan dengan penuh bingit sekali. Satu dewan bagai nak pecah bersenamrobik tapi kakchik hanya bertepuk tangan dan menggerakkan tangan ke kiri-kanan saja. Maaf ya, dalam keadaan bercampur lelaki perempuan begitu, kakchik rasa berdosa untuk menggerakkan badan dengan beriya-iya sekali. Kalau di dalam dewan aerobik sesama perempuan, itu lainlah. Maaf Doc sebab tak ikut betul-betul part itu. Namun, pemanasan badan adalah satu agenda yang betul sebelum kita nak menambah ilmu. Bila dah warming up, barulah otak jadi lebih cerdas.

Dr. ABO keluar dengan tepukan gemuruh sekali. Beliau sungguh bersemangat dan mampu melompat berkali-kali walaupun, ehem, maaf ya Doc, badan Doc agak tembam, macam Afdlin Shauki, BOBOI "Ala.... tomey-tomey". Memang gamat satu dewan dan keujaan begitu terasa dalam dada. Semangat naik begitu tinggi untuk menadah telinga, mendengar perkongsian daripada Dr. Azizan Osman.

"Jangan duduk selagi guru tidak mengizinkan kita duduk. Sungguh tidak beradap dalam menuntut ilmu. Apatah lagi bila kita hadir untuk belajar dari orang yang telah kaya dan berjaya (insyaAllah dunia dan akhirat), maka kita perlu dengar dan ikut. Tak perlu percaya kata-kata Dr. Azizan tapi hanya perlu hadir dan dengar saja." Itulah pelajaran pertama yang sangat melekat dalam minda kakchik. Kelas pun bermula. Seronok. Kelakar. Teruja. Dapat idea tiba-tiba. MashaAllah... di dalam dewan itu Allah bukakan minda dan Dr ABO yang memberikan kuncinya.

Memang Intensif Tapi Tak Puas

3 hari berseminar dari pagi hingga ke lewat petang, selalunya akan ada banyak makan, banyak masa terbuang dan selepas habis payah nak ingat sangat apa yang didengar dan dilihat. TAPI, kali ini sungguh lain. Walau rehat hanya di waktu tengahari untuk makan dan solat Zohor tapi, kakchik langsung tidak berkira. Bagi kakchik, sepanjang masa duduk di atas kerusi, memasang telinga dan menumpukan mata, langsung tidak membosankan.


Menulis, membuat praktikal, dan berebut kerusi semuanya membuatkan minda kakchik menjadi tajam. Rasanya inilah kali pertama kakchik berseminar tanpa rasa mengantuk. Ke bilik air pun langsung tidak. Tak terasa pun nak membuang air. Apa saja yang Dr. ABO kongsikan membuatkan kakchik tidak sabar untuk kembali ke hotel kerana di sanalah baru kakchik ada peluang untuk online dan memulakan apa juga idea yang makin bercambah.

AMP memang Power. Kakchik bagai tak sabar-sabar nak melaksanakan lebih daripada 400 tips dan strategi yang diberikan oleh Dr ABO. Malah di sana jugalah kakchik mulakan misi dan dengan pantas kakchik mendapat hasilnya. Alhamdulillah. Hanya Allah saja yang tahu betapa mata ini tercelik dengan segala peluang yang ada. Malah lebih membuatkan kakchik bersemangat apabila kakchik tahu kakchik punya MENTOR No 1 di Malaysia iaitu Dr. ABO.

Hari ini, selepas 3 hari pulang dari AMP, kakchik telah melihat perubahan besar pada bisnes kakchik terutama bisnes abaya. Memang benar kata Dr ABO, "Fast Action, Fast Result". InsyaAllah nanti kakchik akan kongsikan lagi apa yang kakchik maksudkan ini.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs