Followers

6.11.11

RAYA KORBAN YANG MENGUJI JIWA DAN IMAN

BISMILLAH.

Salam Aidul Adha kepada semua teman-teman di mana saja berada. Maafkan kakchik kerana sudah beberapa hari tidak mengemasikin blog ini. Sejak balik dari KL ni jadual harian kakchik makin padat dan hampir 'hura-hara' bak kata Dr ABO. Tambahan pula dengan banyaknya program bila menghampiri 10 Zulhijjah. Bila menguruskan dua bisnes sendirian dan ada kerjaya pulak tu, memang tak keruan juga dibuatnya.

Lembu korban yang sedang dilapah.

Hari ni HARI RAYA AIDUL ADHA @ Hari Raya Korban. Bila difikir-fikirkan entahlah kakchik ni faham ke tidak erti PENGORBANAN atau BERKORBAN yang sebenar. Sepatutnya di hari raya ini kakchik sanggup berkorban tenaga, masa dan harta terutama dalam membantu keluarga tapi dengan kemampuan yang ada, kakchik hanya mampu berkorban tenaga dan masa saja. Bolehlah membantu keluarga menyediakan hidangan untuk jamuan makan orang yang datang menguruskan lembu sembelihan.

Esok nak kena bantu umi membahagi-bahagikan daging untuk disedekahkan kepada orang-orang miskin pula. Hari ni kami hanya sempat bahagikan daging tu kepada 7 bahagian dan masing-masing yang berkorban telah mengambil bahagian masing-masing. Sedikit daging korban kami masakkan menjadi daging goreng ala kampung dan singgang daging kemudian dihidangkan kepada semua yang terlibat dalam pengorbanan pada pagi tadi. Syukur alhamdulillah adik-beradik dan ipar-duai semuanya membantu jadi ringanlah beban umi yang kurang sihat dan ayah yang sudah tua.

Malam ni, hujan turun renyai-renyai, alhamdulillah... seolah-olah Allah menurunkannya untuk mencuci darah lembu yang dikorbankan pada pagi tadi. InsyaAllah halaman sempit di depan rumah kakchik ni akan kembali bersih dan tidak berbau hamis lagi. Syukur alhamdulillah. Sekali diingat akan lembu korban yang ayah sembelih pagi tadi, terasa nak menitis air mata. Bahagianya lembu itu kerana ia bakal ahli syurga. Bagaimana pula dengan kita? Ya Allah... dalam keletihan ni banyak sekali dugaan iman terutama ujian KESABARAN. Sabar ya duhai hati... tenanglah... hanya Allah tempat mengadu.

Kuliah Ust. Azhar Idrus di PUTIK semalam.

Teringat pula kepada Mak dan Ayah mertua yang kini sedang tenang mengerjakan ibadah haji. Semalam adik ipar telefon memaklumkan yang Mak dan Ayah akan bertolak ke Padang Arafah dan mereka mohon didoakan agar perjalanan untuk wukuf selamat. Alhamdulillah... kini mereka meneruskan haji di Makkah. Semoga kedua-duanya dilimpahi rahmat tubuh badan yang sihat dan dapat terus mengerjakan ibadah haji dengan baik. Doa kakchik, bila mereka pulang nanti, terserlah kesan haji di dalam diri dan kehidupan kami sekeluarga. Itulah haji mabrur kata Ust. Azhar Idrus semasa Program Penghayatan Wukuf di PUTIK semalam.

Ya Allah... janganlah kakchik ini menjadi orang yang mementingkan diri-sendiri. Kakchik amat takut bila memikirkannya. Kakchik mahu menjadi seorang yang sentiasa pemurah dan penyayang kerana kata Ust Azhar Idrus lagi, bila kita pemurah sebelum menunaikan haji, insyaAllah kita akan makin pemurah bila kita pulang dari mengerjakan haji nanti. Bila kita sudah membiasakan diri dengan sifat itu, insyaAllah haji kita nanti akan membuatkan diri kita sentiasa pemurah untuk Islam. Kalau sebelum haji ni kita ada sifat bakhil, mungkin ketika di Makkah kita sudah dihisab Allah tanpa kita sedar. Na'uzubillah.

Esok belum tentu kita ada umur lagi. Malam ni dengan laungan takbir raya dari corong pembesar suara di masjid, kakchik benar-benar berharap agar Allah menjadikan kakchik dan cik abe antara hamba-hambanya yang SANGAT PEMURAH dan PENYAYANG. TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI malah amat bersikap EHSAN BELAS sesama ahli keluarga, sanak saudara dan masyarakat setempat. Moga-moga bila tiba masa kami mahu ke Makkah mengerjakan haji, kami akan menjadi orang yang ditunggu-tunggu oleh para Malaikat di sana bukan orang yang mengerjakan haji tapi DILAKNAT oleh para Malaikat.

Na'uzubillah.

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua!

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs