Followers

9.11.11

Macam-Macam Perasaan Sepanjang Raya.

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Terasa semacam je bila sehari tak update blog. Kakchik ni bukannya malas ke apa. Idea nak tulis tu punyalah banyak tapi bila dah sibuk di Abaya Elegan Lovers, maka tak kesempatanlah pula nak beri perhatian kepada blog sendiri. Sejak balik dari AMP bulan lepas, bisnes menjadi-jadi. Alhamdulillah... semuanya dengan izin Allah jua. Moga-moga Allah sentiasa pelihara diri kakchik dari kejahatan, dari bencana dan semupamanya. Mohon Allah izinkan badan ni maintain sihat setiap masa.

Dah malam ni orang pun dah nak tidur terutama yang esok nak masuk kerja semula tu. Kakchik masih bercuti raya. Rezeki setiap tahun macam ni, dapat cuti raya haji 4 hari dan kebetulan pula hujung minggu ni Hari Keputeraan Al-Sultan Kelantan, maka jadi panjanglah cuti kakchik. Peluang yang ada ni memang kakchik manfaatkan sepenuhnya untuk keluarga, bisnes dan aktiviti sosial. Kalau dok saja di rumah memang cepat bosan.

Perasaan bosan ni kalau kakchik senang saja nak hilangkan. Shopping! Sejam pun ok sebab lepas tu akan terus rasa bertenaga. Minda yang gembira disusuli juga dengan hati yang tenang, girang maka jadilah bertenaga nak buat kerja-kerja lain. Betul ke? Entah... tanyalah diri masing-masing. Lain orang lain caranya kan? Kakchik suka shopping tapi kena ada planning. Tak suka main rembat begitu saja. Pastu kakchik tak suka sangat window shopping, takde makna. 


Dua hari lepas, kakchik pergi shopping dengan Adik di Parkson, KBTC. Orang tak ramai sangat sebab masih hari raya. Kakchik tak pergi tempat lain, hanya tuju ke bahagian beg dan kasut saja. Itu je benda yang berkenaan dengan kakchik hehe. Pakaian tak minat beli sebab memang dah jual abaya dan pakai abaya. Baju yang kat dalam pun masih ada banyak yang boleh dipakai, tak perlu dibeli. Dah tu, selalu sangat dapat kain pasang percuma bila kakchik terlibat dengan apa-apa aktiviti sosial. Sama asa jahit buat baju kurung, maxi atau sedekah saja kat sapa-sapa.

Kenduri kahwin pun ada juga beberapa tempat. Penat sungguh perut kakchik nak menerima segala macam masakan lebih-lebih lagi semuanya daging lembu. Jarang sekali dapat makan daging kambing atau kerbau. Singgang ada, gulai kari ada, goreng cara kampung ada, sup ada dan macam-macam lagi. Jadi rojak dalam perut pastu mulalah nak memulas. Tapi adatlah bila musim raya haji dan kenduri ni kan. Kenalah bersedia untuk mengawal makan sebelum badan yang dapat penyakit.

Raya kali ni kakchik agak sedih sebab adik bongsu kakchik yang baru menerima rawatan kemoterapi sangat tidak sihat. Sejak menerima rawatan di HKL, badannya telah banyak susut. Dari berisi dan bulat, hari ni sudah jelas nampak tulang pipi. Dalam keadaan tidak sihat begitu dia gagahkan diri memandu kereta dari KL pulang ke KB kerana tiada tiket bas. Hati kakchik sedih sangat tengok dia tapi apa sangat daya kakchik. Hanya mampu bertanya khabar dan menyuruh dia selalu ingat untuk makan ubat. Sekarang ni masih ada di rumah Ummi Ayah asyik berbaring saja dan batuk berturutan.

Kakchik risau tengok keadaan dia. Anak-anaknya kini di Sungai Petani di rumah Mak mereka. Nampaknya Ummilah yang akan terpaksa menjaga dia lepas ni. InsyaAllah kami kakak-kakak ni akan sentiasa ambil berat. Dia seorang saja adik lelaki kami dan adik bongsu pula tu. Semoga Allah ringankan beban penyakit adik kakchik kerana dia punya tiga orang anak yang perlu ditanggung. Adik kakchik ni asalnya mendapat penyakit beguk di leher kirinya, pernah dibedah beberapa kali untuk membuang beguk, ingatkan dah tiada, tiba-tiba dapat khabar sudah merebak ke paru-paru. Mungkin barah. Allah.

Sementara kakchik bercuti ni insyaAllah setiap hari kakchik tengok-tengokkan dia cuma orang dah dewasa ni, walaupun sedang sakit, keras kepalanya tetap juga ada. Nasihat kakaknya ni bukan dia nak dengar sangat. Rasanya kakak kakchik yang doktor tu dah memeriksa tahap kesihatan dia sebab itu nampak dia ada beli ubat berkenaan. Bulan depan perlu ke HKL sekali lagi untuk rawatan susulan. Harap-harap dia lembut hati untuk pergi. 

Oklah, kakchik makin letih ni dan rasa mengantuk pula. Moga-moga ada serba sedikit pengajaran yang boleh diambil dari coretan kakchik malam ni. Kakchik main tulis je apa yang terlintas di fikiran jadi takde susunanlah cerita kakchik ni. Maaf ya. Dalam blog peribadi ni kakchik tulis santai-santai saja. Tak mampu nak tulis secara lebih ilmiah. Kurang ilmu dan kurang mahir. Lagipun, kakchik taknak pembaca rasa tertekan membacanya. Santai-santai saja.

Kakchik
Baiti Jannati
Kg. Pulau Melaka
9 Nov 2011

4 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Chik, semoga Allah sentiasa memelihara adik kak Chik. Saya syorkan Kak Chik cuba produk 4Life Transfer Factor. Blog kak Jee (www.dapurkakjee.com) ada banyak menceritakan tentang kebaikan produkni terutamanya bagi penyakit kronik. Hanya Allah penyembuh terbaik bagi segala sesuatu. Mohon maaf jika kak Chik kurang senang dengan cadangan saya, niat saya ikhlas sekadar berkongsi ilmu Allah.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kakchik..sy pn x suke sgt2 window shopping he3,nk g shopping mmg kene planning btul2 dlu ape barang yg kite nk beli kan..:)

    Lastly..saya doakan adik kakchik cepat2 sembuh, teruskan berdoa padaNya..InsyaAllah..:)

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikummussalam mieza. Terima kasih dan mohon maafkan kakchik kerana hari ni baru dapat membalas komen mieza. Produk 4Life ini sebenarnya kakchik sekeluarga sudah biasa sebab kakak sendiri pernah menjadi ejennya. InsyaAllah kami berusaha untuk menyembuhkan penyakit adik bongsu dgn apa juga cara yang halal. Cadangan mieza tu amat kakchik hargai.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam kaklong. Sebaik-baiknya rancang lebih awal barulah duit kita selamat, kan kaklong? Kalau tak nanti balik ke rumah, badan penat, mungkin dpt sakit kepala sebab duit banyak habis.
    Terima kasih kerana mendoakan kesihatan adik kakchik. InsyaAllah kakchik dan keluarga akan berusaha dan banyak berdoa agar Allah sembuhkan dia.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs