Followers

18.1.12

Pitam: Satu pengalaman yang berharga.


BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga teman-teman semua sentiasa dilindungi Allah SWT dari apa juga mara bahaya dan diberi petunjuk dan hidayah setiap masa. Amin.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Ta’ala yang masih mengizinkan kita semua hidup lagi pada hari ni. Andaikata kita tidak memanfaatkan nyawa yang dipinjamkan ini dengan sebaik mungkin pada hari ini, alamatnya rugilah kita dunia mahupun akhirat. Na’uzubillah. Mati itu pasti Cuma kita tidak tahu bila tibanya ajal kita.

Sebut pasal mati ni kakchik teringat kembali kepada pengalaman pitam di pejabat dua hari lepas.  Allahu Rabbi Ya Karim. Itulah pengalaman yang mungkin kakchik boleh kata umpama bayangan nyawa kakchik hendak diambil balik oleh Allah. Allahu’alam pengalaman sebenar kerana kita tidak mampu membayangkannya.

Source: realmagick.com
Pitam, ia datang tanpa sebarang ‘warning’. Tahap kesihatan kakchik adalah baik secara fizikalnya cuma kakchik ada sedikit tekanan di dalam jiwa namun tekanan itu sangat terkawal kerana kakchik tahu cara mengawalnya. Kakchik syukur kerana dapat bertenang walau dalam keadaan tertekan atau ditekan. Namun di luar sedar mungkin fizikal kakchik tidak mampu bertahan.

Itu satu kemungkinan saja. Masih ada kemungkinan yang kedua yang menjadi punca kakchik pitam. Kakchik andaikan ianya berpunca dari tindakan kakchik tidak makan nasi sama ada untuk sarapan atau makan tengahari pada hari tu. Kakchik makan makanan lain yang agak ringan pada ukuran menu kakchik iaitu roti dengan gulai untuk sarapan manakala kuih karipap dan buah-buahan untuk ‘lunch’.

Agaknya perut kakchik yang asli Kelantan ni tak boleh tahan dengan menu yang begitu ‘ringan’ walaupun kakchik cukup kenyang. Entahlah... kadang-kadang makanan juga boleh menjadi faktor kan? Lewat makan perut masuk angin. Lepas tu diisi pula dengan makanan selain daripada nasi. Fuh, pitam kakchik dibuatnya.

Itu ialah dua andaian yang kakchik rasa menjadi asbab kakchik pitam.

Namun, ada juga kawan yang tahu akan masalah itu membuat andaian yang kakchik ini mungkin mengandung. Ya Allah... kalaulah andaian itu benar, kakchik pasti akan sujud syukur. Kawan-kawan pun tahu kan sudah lama kakchik dan cik abe menunggu kehadiran zuriat sendiri.  Saban hari melayan kerenah anak-anak saudara yang cerdik, pintar, ‘berjurus’, comel-comel semuanya pastinya sering mencuit perasaan.

Namun, kakchik tidak berani untuk mengiyakan andaian ini kerana bimbang kakchik akan dikecewakan lagi. Biarlah Allah yang menentukannya. Jika kami berdua ditakdirkan menjadi ibu bapa, betapa besarnya kesyukuran kami kepada Allah Ta’ala walau kakchik tahu tugas mendidik anak bukanlah tugas yang mudah. Kakchik serahkan harapan kepada Allah jua. Impian itu sentiasa disampaikan kepada-Nya dan kakchik yakin Allah dengar cuma ada sebabnya Dia belum mahu mengkabulkannya.

Apapun, ada satu lagi kebarangkalian, kakchik mungkin menghadapi tekanan darah rendah atau tekanan darah tinggi. Mohonlah dijauhkan Allah. Kakchik mohon sangat tidak mempunyai penyakit-penyakit ini. Banyak lagi tugas dan amanah yang kakchik belum laksanakan dengan sebaik-baiknya untuk diri, suami, keluarga, masyarakat dan agama. Jika ada penyakit bahaya, sukarlah untuk kakchik melakukannya. InsyaAllah... InsyaAllah ini bukan puncanya.

Esok insyaAllah kakchik mahu ke klinik untuk membuat pemeriksaan kesihatan yang lebih menyeluruh. Kakchik tidak mahu menangguhkan proses ini demi untuk memastikan diri kakchik bebas penyakit dan mempunyai tahap kesihatan yang normal. Jika sakit, pastinya kakchik akan menyebabkan cik abe susah, keluarga kakchik susah dan orang lain juga susah terutama rakan sekerja dan para pelanggan kakchik. Mohon sangat agar kakchik sihat sepenuhnya.

12 comments:

  1. salam kak chik,
    Moga sihat selalu.
    Mungkin pitam sbb badan tak sihat.
    Tapi jika ada berita baik, khabarkan tau, :)

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Chik...semoga cepat sihat..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kakchik, semoga diberi kesihatan yang berpanjangan. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Banyakkan rehat, moga kak cik cepat sihat seperti asal.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.
    Terkejut juga membaca tajuk entri akak ni.. Banyakkan berehat ye kak dan buat pemeriksaan lanjut. Nur doakan Kakcik sihat seperti sediakala. Jaga diri ye.

    ReplyDelete
  6. Salam k.cik...bie doakan andaian yg k.cik mengandung itu benar dan dimakbulkan Allah..insyaAllah...insyaAllah

    ReplyDelete
  7. wkslm nur indahhouse.
    maaf lambat pula kakchik dpt balas komen ni. alhamdulillah kakchik dah sihat dah. berita kurang baik sebenarnya. ada sedikit jangkitan kuman tapi dgn antibiotik insyaAllah akan sembuh.

    ReplyDelete
  8. wkslm zureen@mama. alhamdulillah kakchik dah sihat. terima kasih ya.

    ReplyDelete
  9. wkslm mieza. terima kasih banyak. amin.

    ReplyDelete
  10. Wkslm anyss. Alhamdulillah... kakchik dah sihat dah. Rehat panjang sejak cuti raya cina sampai hari ni.

    ReplyDelete
  11. Wkslm Nur-nba.
    Terima kasih atas prihatin Nur. Alhamdulillah dha pergi check-up dan dah tau puncanya. InsyaAllah kakchik dah sihat dah sekarang ni.

    ReplyDelete
  12. Wkslm bie. Allah belum izinkan bie. Apapun terima kasih kerana mendoakan kakchik mengandung.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails