Followers

2.1.12

2012 Reading Challenge: Komentar untuk 2011 Reading Challenge.

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

 "In the case of good books, the point is not to see how many of them you can get through, but rather how many can get through to you."
-Mortimer J. Adler

Alhamdulillah... summa Alhamdulillah. Suami kakchik dah selamat keluar dari wad hospital KBMC selepas Zohor siang tadi. Sekarang ni kami sama-sama berehat di rumah sambil berinternet. Sebenarnya semasa di hospital pun kakchik berinternet cuma sesekali saja kerana suami memerlukan perhatian yang lebih. Supaya kakchik tidak ralit di internet, kakchik memilih untuk membaca buku saja. Nak mengaji Qur'an, kakchik ABC. Jadi buku jugaklah yang menjadi pilihan selain sesekali menonton tv.

Sebut pasal buku ni, malam ni kakchik nak buat komentar sikit pasal penyertaan kakchik dalam 2011 Reading Challenge anjuran Goodreads. Sebelum kakchik ulas panjang lebar (belum pasti lagi), sila tengok dulu gambar di bawah ni.


Baiklah, dari gambar di atas tu jelas boleh dilihat, impian cabaran membaca 2011 kakchik ialah mahu membaca 50 buah buku. Sayangnya kakchik hanya mampu menghabiskan 29 buah buku saja. Sedikit pembetulan, sebenarnya 30 buah buku tapi kakchik tak sempat nak kemaskini carta kerana sibuk di hospital. Namun, hakikatnya kakchik GAGAL.

Sedihnya.

Tapi, kakchik sebenarnya telah membaca hampir 40 buah buku pada tahun 2011 cuma buku-buku yang tidak ada dalam pangkalan data Goodreads tidak dapat nak kakchik masukkan dalam carta. Bukan langsung tak boleh masukkan gambar kulit dan sebagainya tapi kesuntukan masa menyebabkan kakchik mengabaikannya. Hakikatnya kakchik masih GAGAL mencapai sasaran 50 buah buku.

Jadi, tahun 2012 ni yang juga 1433H, kakchik akan mulakan cabaran membaca yang baru bermula malam ini. Tahun ini SASARAN kakchik ialah 60 buah. Hehehe... jangan pulak kalian kata kakchik ni tak sedar diri ya. Kakchik sedar... sebab tu kakchik tambah jumlah sasarannya. Kalau sasaran 50 naskah, kakchik mampu hampir 40 darinya, insyaAllah bila sasaran ialah 60 naskah, kakchik akan mampu capai jumlah buku yang melebihi 40 naskah. Percayalah!

Senarai buku yang hendak dibaca pada tahun ini sebahagiannya telah kakchik senaraikan sebab kakchik dahpun membelinya pada tahun 2011 iaitu dalam bulan Nov dan Dis yang lepas. Cuma tak sempat baca je. Untuk pastikan kakchik sentiasa mengingati CABARAN ini, kakchik akan kongsikan senarainya di dalam entri ini dan juga di sidebar blog Keluargaku Sayang ni.

Inilah senarainya:

  1. Jalan Da'wah Antara Qiyadah dan Jundiyyah oleh Mustafa Masyhur
  2. Sun Tzu Art of Business oleh Wang Xuan Ming
  3. Wabak Sepanjang Jalan Jilid 1 oleh Dr. Al Syed Muhammad Noh
  4. Bahkan Para Sufi Pun Kaya Raya (Dengan Kaya, Anda Mampu Melakukan Banyak Kebajikan) oleh Badiatul Roziqin
  5. Peliharalah Dirimu Duhai Wanita oleh Sya'wana Aziz (kenalan facebook)
  6. Smile & Enjoy Your Life oleh Mahmud Al-Mishri
  7. Lost Symbol oleh Dan Brown
  8. The Appeal oleh John Grisham
  9. Rahsia Jutawan Islam: Abdul Rahman Bin Auf oleh Aizuddinur Hj. Zakaria
  10. Minda Jutawan Gaya Trump oleh Nazri Kadir & Syah Kadir
  11. Rahsia Pembunuh Ekonomi Dunia oleh John Perkins
  12. The Pious Caliphs oleh Majid Ali Khan
Senarai ni akan terus bersambung apabila kakchik membeli buku-buku yang baru pada tahun ini. Moga-moga kali ini kakchik akan SUKSES!

Kalian, jomlah sertai kakchik dalam 2012 Reading Challenge ni.

3 comments:

  1. Tahniah kak chik, sy tak rasa itu satu kegagalan jika dibanding dgn sy yg jauh tertinggal.. :-(

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Zefa sebab naikkan semangat kakchik. Jom kita tingkatkan bacaan kita. Setiap kejayaan perlukan ilmu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Chik...

    Saya nak mohon kak chik ajarkan saya cara2 nak masukkan carta cabaran membaca macam yg kak chik letak kat blog tu sbb nya saya tak pandai sgt berblog pun.... saya nak buat cam kak chik buat tu supaya setiap kali buka blog akan teringat tentang cabaran tu....

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs