Followers

30.12.11

RENCAH KEHIDUPAN: Suami Masuk Wad

BISMILLAH.


Dalam linangan air mata kakchik memandu kereta untuk pulang ke rumah. Perasaan sedih menyelubungi apabila terpaksa meninggalkan cik abe sendirian di bilik hospital. Kakchik perlu balik kerana ada urusan rumahtangga yang harus diselesaikan. Tambahn pula cik abe mahu kakchik bawakan baju melayunya untuk dipakai ke solat jumaat nanti.

Suami kakchik dimasukkan ke wad petang semalam. Tekanan darah tinggi dan demam yang bermula sejak petang rabu lagi. Sebenarnya cik abe ada beritahu kakchik pada khamis minggu lepas yang dia tidak sihat. Diam-diam di pagi Khamis tu dia ke klinik sendirian dan pulang dalam keadaan letih, pucat dan dibekalkan beberapa paket ubat.

Katanya, tekanan darahnya agak tinggi dan doktor bagi MC sehari. Hampir sepanjang hari dia tidur saja. Alhamdulillah ubat-ubatan semuanya dia makan dengan baik w/pun suami kakchik ni agak sukar nak makan ubat. Dia jarang sakit dan kalau sakit pun deman sikit-skit saja. Tapi kali ni, dengan bebanan kerja di pejabat dan t/jawab sebagai pemilik portal sukan yang menggunakan sebahagian besar waktu malamnya selain amanah mengajar agama di masjid, tekanan darahnya naik.

Hari jumaat tu kami ke Tok Aman Bali Beach Resort sebab cik abe kata dia dah ok. Alhamdulillah dengan bekalan ubat dan cuaca yang elok, dia sihat-sihat saja hinggalah ke hari selasa. Esoknya cik abe demam dan MC lagi. Suami kakchik ni berat mulut sikit nak beritahu isterinya yang dia tak sihat tapi melihatkan dia asyik berbungkus dalam selimut, kakchik tahu dia tak sihat. Hari khamis macam biasa kakchik hantar dia ke pejabat dan petang baru kakchik tahu yang dia kena masuk wad. 

Kali pertama dalam sejarah perkahwinan kami. Kali pertama kakchik bermalam di hospital untuk menjaga suami. Ianya kenangan penting kerana kakchik dapat berbakti tapi kakchik maat berharap tempohnya tidak lama.

Berat sungguh kaki kakchik semasa nak meninggalkan bilik hospital tadi. Cik abe memang boleh bergerak ke sana-sini w/pun agak lemah tapi kakchik tahu sesiapa saja yang sedang sakit, amat mengharapkan ada orang menemani terutama orang yang paling dekat. Kalau kakchik sakit, dialah yang kakchik harapkan ada berdekatan tapi pastikan kakchik tak akan cakap, segan, takut dikata manja sangat.

Kakchik sangat bimbang sebenarnya dengan tahap kesihatan suami kakchik ni. Bebanan kerjanya di pejabat dan di rumah ni menyebabkan waktu rehatnya amat sedikit. Kerja pula banyak menghadap komputer/internet, malam dan siang. Tidurnya lambat, bangunnya pula awal. Sejak setahun ni memang begitulah rutinnya dan kakchik sudah acapkali juga suarakan kerisauan kakchik pasal kesihatannya.

Sakit itu satu ujian. Sakit itu penghapus dosa. Sakit itu cuti rehat yang Allah berikan. Sakit itu peluang untuk kita berfikir tentang Allah. Di waktu kita sakitlah kita lebih banyak mengingati Allah. Semasa sihat, banyak kali kita lupa akan Allah. Kalau beramal-ibadah pun kita tidak begitu tertib tapi di waktu sakitlah kita mahu melakukannya dengan tertib w/pun payah. Kenapa? Kerana kita tahu, hanya Allah yang Maha Menyembuhkan. Doktor dan ubat hanyalah alat saluran untuk menyembuhkan dan mungkin juga tidak. Hanya Allah Maha Menyembuhkan.

Sebentar lagi kakchik akan kembali ke hospital. Tak mahu lama sangat meninggalkan cik abe sendirian lagipun hari ni ujian x-ray akan dibuat. Kakchik nak selesaikan membasuh kain-baju dan mengemaskan sedikit keperluan untuk di bawa ke hospital. Malam ni mungkin sekali lagi tidur di sana. Tak mengapa tidur bertilamkan toto dan lantai yang sejuk asalkan kakchik boleh temankan suami kakchik di sana.

Hanya di atas dunia ini saja mampu menemankan, di sana nanti sudah tentu susah. Selagi hayat masih ada, selagi itu kakchik akan pastikan suami kakchik dapat hidup selesa beristerikan kakchik.


Rindu kerana Allah.

14 comments:

  1. as salam kak chik,

    semoga suami kakchik cepat sembuh ya. Semoga kakchik jaga kesihatan juga...

    take care!

    ReplyDelete
  2. Semoga suami kak chik cepat sembuh dan dipermudahkan semua urusan di hospital. Kakchik juga, jaga kesihatan ya..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak chik...

    subhanAllah.. syikin yg membaca nya sedih yg amat.. teringat saat encik mamat sakit pun hati tidak pernah tenang melihat keadaannya...


    syafakallah kepada cik abe kak chik...

    insyaAllah.... segalanya akan baik2 saja...


    Kak chik take care sama yer...

    kak chik pun jaga diri juga.. nanti sebab kak chik susah hati .. lain pula jadi nya...

    kak chik jaga diri yer...

    syikin sayang kak chik kerana Allah <3

    ReplyDelete
  4. Sweetnya Kak Chik. Moga suami Kak Chik cepat sembuh! Biiznillah. (:

    ReplyDelete
  5. entah kenapa rasa sebak baca entry nih..
    terbayang wajah kakchik...

    moga kakchik terus tabah dan setia di sisi suami tercinta

    ReplyDelete
  6. Salam chik...semoga kuat ya chik..sama2 kita doa che abe chik cepat sembuh...

    p/s sayang chik!

    ReplyDelete
  7. wkslm aJa. Alhamdulillah, doa aJa dah dimakbulkan Allah. Suami kakchik sudah makin sihat dan akan dapat keluar hospital hari ni. Terima kasih aJa. InsyaAllah kakchik baik-baik saja.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Zefa NorAsmara. InsyaAllah kakchik baik-baik saja.

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikummussalam Syikin.
    Hati kita ni sangat sensitif kan Syikin? InsyaAllah suami kakchik dah makin sihat. Kakchik pun sihat-sihat saja kecuali sakit-sakit urat sebab beberapa hari dok tidur atas kerusi hehe. Jangan risau ya.
    Kakchik pun sayang syikin kerana Allah.

    ReplyDelete
  10. hartini, kakchik ni takdelah sweet manapun dik. malulah pulak hehehe. terima kasih kerana mendoakan kesihatan suami kakchik. alhamdulillah dah makin sihat.

    ReplyDelete
  11. ticher ina, tentu ina boleh faham sikit-sikit perasaan kakchik :)
    jadi isteri ni kena tabah ina, kadang-kadang tu rasa nak marah tapi sabarkan diri. terima kasih ya. insyaAllah kakchik baik-baik saja.

    ReplyDelete
  12. Wkslm Cikmin. InsyaAllah Chik kuat Cikmin. Lagi kuat bila ada kawan-kawan macam Cikmin yang mendoakan. Alhamdulillah cik abe dah makin sihat dan hari ni akan keluar hospital. Syukur.

    <3 you Cikmin.

    ReplyDelete
  13. Salam k.chik..
    Masuk sini terus baca n3 ni...terperanjat juga....
    K.Nza doakan agar suami k.chik cpt sembuh..InsyaAllah..sabar ye.

    ReplyDelete
  14. Wkslm kak NzA.
    Maaf kak sebab buat akak terperanjat. Terima kasih kerana mendoakan kesihatan suami kakchik. Alhamdulillah dia dah keluar dr hospital Isnin lepas. Cuma mungkin ada rawatan susulan lepas ni. Kena pantau banyak benda bila dah ada amaran ni.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs