Followers

3.12.11

TELADAN: Prof. Dr Muhaya Hj. Muhammad

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

"Salah satu ciri orang yang mengasihi Allah dan dikasihi Allah ialah tidak takut pada cemuhan orang dalam melakukan kebaikan."
~ Prof. Dr. Muhaya Hj. Muhammad

Dah malam kan? Hari ni kakchik ditakdirkan Allah tertonton video Sejernih Sinar Matamu. MashaAllah... tersentuh hati kakchik menonton video ini. Terasa seperti satu perasaan insaf apabila mengikuti sedikit perkongsian kehidupan seorang insan yang amat berjaya dan masih lagi ada di atas dunia ini untuk dijadikan idola.

Prof. Dr. Muhaya memang layak dijadikan teladan kepada kita terutama para doktor yang merawat dan memberi harapan kesembuhan kepada ramai orang. "Makin ramai pesakit, makin banyak pahala". MashaAllah. Kalaulah semua doktor berfikir begini.



"Cita-cita saya nak mati hari Jumaat bulan puasa."
~ Prof. Dr. Muhaya Hj. Muhammad

Allahu Allah... kita seharusnya berfikir seperti beliau. Pada kakchik sebenarnya apa juga bidang kerjaya kita, bila kita terlibat dengan orang ramai, "kita buatlah sesuatu bukan nak tunjuk hebat tapi nak berkhidmat kepada manusia". InsyaAllah kita akan dapat redha Allah.

Semoga Allah bimbing kita setiap masa dan kita pula janganlah lupakan Allah SWT. 

"Salah satu ciri orang yang mengasihi Allah dan dikasihi Allah ialah tidak takut pada cemuhan orang dalam melakukan kebaikan."
~ Prof. Dr. Muhaya Hj. Muhammad

6 comments:

  1. Salam Kak Chik.

    Saya setuju dgn Kak Chik. Prof Dr Muhaya adalah muslimah yang penuh dgn teladan dan kehebatan tersendiri. ketenangan dan kepakaran beliau sgt terserlah. Saya mengkagumi beliau sbg inspirasi diri. Moga kita juga cemerlang spt beliau dalam bidang masing2. Islam memang BOLEH!

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum kakchik =)

    Hihi, baru nak post tajuk yang sama, takpela, saje nak komen tuk meraikan entry kakchik ni, ape pun saya bersetuju dengan kakchik, cukup tersentuh bila tonton video ni..lagi2 part anakku ahli syurga, pantas terkenang mujahid kecil saya yang telah bahagia di sana..beliau layak dijadikan teladan buat para doktor di luar sana..dulu waktu zaman sekolah pernah mengikuti ceramah Prof Dr. Muhaya di Taman Melewar dulu..saya suka cara beliau berceramah, santai tapi menusuk..sangat best!!! =)

    ReplyDelete
  3. Prof Dr Muhaya antara idola saya, ingin ikuti semangat juang beliau menyebarkan kebaikan

    ReplyDelete
  4. Wkslm Ummu Ammar.
    Kita sebenarnya bertuah sebab dapat melihat batang tubuh beliau untuk dijadikan teladan manakala ilmu-ilmu yang beliau kongsikan, amat sesuai untuk kita amalkan. InsyaAllah kita juga mampu mencontohi beliau. Islam BOLEH!

    ReplyDelete
  5. Bagus sekali tu Wan Anie. Mari kita teruskan usaha.

    ReplyDelete
  6. Sy jdikan prof sbg idola dan sumber inspirasi dlm perjuangan hidup sy ini.kata kata semangat serta ilmu yg beliau kongsikan amat memberi manfaat

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails