Followers

29.12.11

MUSLIMAH: Berpakaian Tetapi Telanjang

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar? Kakchik doakan kalian semua sihat-sihat saja. Hari ni kakchik kurang sihat. Sejak pagi tadi perut ini asyik memulas-mulas saja. Agaknya malam tadi kakchik telah makan sesuatu yang tidak dapat diproses dengan elok oleh perut kakchik. Kesian perut, maaf ya tapi tolong cepat sembuh sebab kakchik ada banyak tugas untuk diselesaikan.

Sambil berehat ni kakchik teringat akan hajat kakchik petang semalam yang tercetus semasa kakchik singgah membeli burger di pasar malam. Idea nak menulis topik ini tercetus sebaik sahaja kakchik melihat sepasang suami isteri bersama anak gadis remaja mereka sedang membeli makanan di gerai bersebelahan. Ianya berkaitan hal di bawah ini.
This is not hijab.
This is not hijab. by hanniaziz featuring a black shirt


Kakchik berfikir panjang juga untuk meletakkan gambar ini kerana tidak enak sekali melihat bahagian tubuh wanita yang dibalut dengan seluar ketat yang sekulit ataupun dipanggil 'leggings'. Terasa seperti salah pula bila meletakkan gambar itu di sini kerana takut kakchik salah kerana menunjukkan aurat orang. Kalau ada kawan-kawan yang tahu cara kakchik ni salah dari segi hukum, TOLONG segera beritahu kakchik ya. Kakchik akan padamkan gambarnya.

Ok, balik kepada tajuk.

Tentu kalian sudah boleh agak apa yang kakchik lihat semalam kan? Ya, inilah gambaran visual pakaian yang dipakai oleh anak gadis pasangan tersebut. Kakchik beristighfar panjang melihatnya dan beristighfar juga kerana ketidakmampuan kakchik untuk menegurnya. Ramai sekali lelaki yang lalu-lalang melihat dengan pandangan 'satu macam' kepada gadis tersebut yang sentiasa tersenyum sambil berbual dengan ibunya.

Dari pandangan mata kasar kakchik, ayahnya kelihatan seperti seorang pegawai di mana-mana syarikat manakala ibunya berpakaian menutup aurat dengan agak baik walaupun berseluar. Mereka berdua seperti baru pulang dari kerja dan membawa anak gadis bersama ke pasar malam itu. Semuanya baik kecuali pakaian anak gadis itu.

Hati kakchik rasa sangat tidak selesa dan bersalah kerana membiarkan remaja itu ditonton oleh begitu banyak pandangan mata sama ada dari lelaki atau perempuan. Siapa yang tak akan rasa pelik melihat seorang perempuan berseluat habis ketat, nampak segala bentuk dari pinggang hingga ke buku lali. Bajunya singkat di atas paras punggung tapi tudungnya begitu bagus, besar dan labuh hingga hampir menutupi bajunya.

Pakaian itu sudah hampir sempurna tapi dirosakkan oleh 'leggings' yang membalut anggota badan di bawah. Ini kali pertama kakchik melihatnya di depan mata dalam jarak yang begitu dekat namun terlalu lemah untuk menasihatinya. Faktor iman yang lemah, faktor persekitaran yang tidak sesuai, faktor maruah adik itu dan ibu bapanya, semuanya menjadi alasan kenapa kakchik tidak menegurnya.

Hakikatnya, cara berpakaian seperti di atas semakin biasa dilihat di mana-mana di negara ini.

MALU sudah hilang dari jiwa kita.

Itu juga tandanya usaha dakwah perlu sentiasa dilakukan, berterusan, kreatif dalam pendekatan dan strategi, kena turun ke medan masyarakat dengan pelbagai cara. Pentas ceramah bukan tempatnya untuk mendekati remaja. Kita kena gali cara lain yang lebih mendekati mereka. Kakchik rasa tak sanggup lagi nak lihat kaum wanita muslimah kita berpakaian begini di khalayak ramai. Berpakaian tetapi telanjang.

6 comments:

  1. Salam Kak Chik ;)

    Anda telah ditag :))

    http://zamani84.blogspot.com/2011/12/segmen-5-blog-paling-diminati-2011-by.html

    ReplyDelete
  2. Berkongsi perasaan yg sama dgn kak chik. Apa lagi yg memakainya orang yang kita kenali. Macam mana nak tegurnya kak chik? Sedangkan dalam masa yang sama, banyak hati yang perlu dijaga.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Chik,

    Makbondapun selalu bimbang dengan fenomena ini,Makbonda pun punya anak-anak gadis. Selalu bila kami sedang bersama dan fenomena ini berlaku di depan mata,Makbonda akan bawa mereka menilai tentang apa yang dilihat.Bayangkan jika kita semua lelaki,apa yang ada dalam fikiran kita.Harap diluar dari pengetahuan Makbonda mereka tidak akan tergamak berketerampilan sebegini.Semoga Allah melindungi mereka.

    ReplyDelete
  4. Wkslm Zamani. Wah... lama tak nampak, muncul je dah tag kakchik? Nanti kakchik jenguk ya.

    ReplyDelete
  5. Yati, kalau orang tu orang terdekat dan susah nak tegur secara lisan, apakata Yati cuba dengan alat seperti poster bergambar serta ayat Quran/Hadis. Boleh tulis nota personal kat situ misalnya,

    "Yati sayang **** kerana Allah tapi Yati segan nak tegur, semoga **** faham maksud nota ini."

    Beri personally.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam Makbonda. Besar t/jawab nak mendidik anak-anak perempuan kan Makbonda. KC tahu Makbonda seorang ibu yang baik sebab itu Makbonda bimbang tentang hal sebegini. InsyaAllah bila asas fahaman mereka jelas dan kukuh, mereka tak akan berani berpakaian begini di khalayak ramai.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails