Followers

17.12.11

Jangan kita berlagak pandai.


BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar teman-teman blogger dan facebook  semua? Kakchik doakan kalian semua sentiasa di bawah lindungan rahmat dan kasih-sayang Allah SWT. Alhamdulillah, kakchik dan cik abe sihat-sihat saja. Syukur...

Sebenarnya kakchik tidak berhajat untuk menulis blog pagi ni kerana banyaknya tugasan yang menanti di atas meja pejabat ni. Tapi setelah membaca beberapa tulisan di blog dan juga di facebook kakchik rasa tidak boleh ditangguhkan penulisan kakchik ni.  Takut nanti kakchik terlupa dan terus tak menulisnya.


Isunya ialah mengenai sikap kita yang SEOLAH-OLAH tahu semuanya dalam hal agama. ‘KITA’ yang kakchik maksudkan di sini ialah orang seperti kakchik yang belajar agama secara tidak formal yakni belajar agama melalui siri-siri kuliah umum, usrah, kelas-kelas pengajian yang tidak tetap, mendengar rakaman audi/video seperti di youtube, vcd dan seumpamanya.

Kakchik menulis ini sebagai peringatan kepada diri-sendiri agar berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan yang berkaitan dengan:
v  hukum-hakam agama dalam hal-hal yang kakchik tidak mampu huraikan secara ilmiah bersandarkan Al-Qur’an, Hadis, Ijmak dan Qias.
v  kisah-kisah para nabi, para sahabat  dan ahli keluarga mereka, terutama berkaitan latar belakang terperinci peribadi mereka, kehidupan mereka, sikap mereka dan kecenderungan mereka.
v  Tafsiran Al-Qur’an dan Hadis yang kakchik sendiri tidak pernah belajar secara jelas.

Sebentar tadi kakchik telah meluangkan masa sebentar untuk membaca. Jika tidak diperuntukkan masa dan asyik mengemaskini status di facebook atau membalas mesej/email saja, kakchik tak akan tahu isu-isu semasa dan pelbagai perkembangan ilmu yang berlaku di sekitar kakchik.

Dalam pembacaan kakchik ada beberapa kali kakchik merasai perasaan ini, “Ahli agamakah orang yang menulis ni? Cara dia menulis seolah-olah dia tahu semua perkara. Bila ada orang yang beri pandangan yang kontra tapi ramai yang bersetuju, dia tidak pula meraikan pandangan tersebut malah membalasnya seperti orang lain itu semua tidak pandai sepertinya.”

Bila hati kakchik berkata-kata begitu, kakchik cepat-cepat istighfar dan kembali melihat kepada diri-sendiri. Pertanyaan demi pertanyaan kakchik ajukan kepada diri kakchik. Mungkinkah para pembaca blog kakchik ada yang beranggapan begitu apabila mereka membaca tulisan-tulisan kakchik yang berkaitan dengan aurat dan pakaian wanita Islam? Tahu sajalah dalam blog ini banyak tulisan kakchik yang popular adalah berkisar tentang aurat, pakaian wanita Islam dan niqab.

Allahu Allah... moga-moga Engkau peliharalah diriku ini dari berbahas tentang sesuatu yang di luar pengetahuan dan kemahiran ilmuku yang terhad ini. Kakchik amat berharap Allah melindungi tulisan-tulisan kakchik daripada sebarang unsur riak, ujub, sombong atau bongkak dengan sekelumit ilmu yang Allah campakkan ke dalam hati. Janganlah hendaknya kakchik dianggap berlagak pandai sedangkan kakchik sebenarnya bukan ahli agama.

Nau’zubillahiminzalik.

KakChik Niza
Perpustakaan Dar Nur al-Zahra’
21 Muharram 1433H (17 Disember 2011)

2 comments:

  1. Assalamualaikum kakchik,
    thank you so much for the reminder.sgt bagus utk waty dan insya Allah teman2 yg suka post di wall. waty ada juga post ttg isu aurat baru2 ini. waty pun risau sekiranya terdapat kesilapan..waty tulis sikit sebanyak bpandukan tazkirah2, buku yg waty pergi dan baca.waty decided to write a post on it baru2 ini krn terdapat segelintir dikalangan saudara2 kita yg begitu mudah melenting dan tergesa2 mahukan result dari nasihat yg diberikan hingga adakalanya tidak kena cara dan melanggar pula pkara yg wajib diberikan perhatian.ada diantaranya kadangkala terlalu obses mahukan org lain spt mereka sedangkan apa yg penting lulus piawaian yg dikehendakiNya.. waty sendiri pernah ditegur oleh rakan2 arab krn waty sukakan warna2 yg terang.tho jubah longgar dan tebal, tudung tutup dada masih juga tak kena. but i suppose it's part n parcel of life kan kakcik.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikummussalam waty.
    You are welcome sis. Sama-sama kita ingat mengingati. Pada kakchik apa yang waty buat tu ok, kerana niatnya mahu menyedarkan orang mengikut kemahiran waty dalam menulis. Yang penting kita ada rujukan kerana perkara aurat ni dia berkait dgn hukum. Memang betul ada sebahagian dari kita ni mengharapkan orang berubah secara drastik dan seperti memaksa atau memandang negatif pula kpd mereka yang baru berhijrah sedikit demi sedikit. Kalau mereka kekal begitu, kakchik rasa mereka ada penyakit hati. Semoga Allah sentiasa membimbing kita di atas jalan yg lurus.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails