Followers

3.12.11

RENCAH KEHIDUPAN: Duit Bocor

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pernah dengar orang kata 'DUIT BOCOR' tak? Kalau pernah dengar tak payahlah kakchik tuliskan. Minta tolong sesiapa yang dah tahu untuk kongsikan bersama kat sini. 

Hmm... nampaknya kakchik nak kongsikan jugaklah apa yang kakchik faham tentang DUIT BOCOR ni.

Pagi tadi kakchik mengalami 'duit bocor' lagi secara tidak disengajakan tapi ianya berlaku akibat kecuaian kakchik sendiri. tentu nak tahu apa yang berlaku kan? 

Kalau tengok gambar mungkin lebih mudah faham kan?

Inilah yang menyebabkan 'duit bocor' pagi ni.

Sebenarnya sudah lebih seminggu enjin kereta kakchik bermasalah dan kakchik pun sudah sedia maklum alat ini memang perlu segera diganti. Oleh kerana kesibukan diri yang 'mengalahkan' pak menteri maka padanlah muka sendiri bila kereta yang diberhentikan untuk sementara tak mahu 'hidup' bila nak sambung perjalanan.

Nasib baik Allah kasihan kat kakchik dan Dia matikan kereta tu kat depan kedai makan yang ramai orang dan dekat pula dengan pejabat. Syukur kerana orang Kelantan ni amat prihatin, tanpa diminta mereka datang menawarkan bantuan untuk menolak kereta dan men'JUMP'kan kereta auto kakchik tu.

Alhamdulillah selepas di'JUMP'kan kereta hidup semula tapi kenalah segera ke kedai bateri untuk menukar yang baru. Bocorlah duit di pagi hari sebelum sempat kaki sampai ke pejabat.

Pengajarannya, bila dah tahu awal-awal kereta ada masalah, sibuk mengalahkan pak menteri pun kenalah juga segera ke tempat servis untuk cek apa yang patut dan baiki atau tukar apa yang patut. Dan... tidaklah bocor duit di awal pagi. Kalau ditakdirkan duit tak cukup nak beli bateri baru macamana?

Pengajaran sungguh.

2 comments:

  1. Pernah dgr tentang duit bocor, tp tak bp pasti maksudnya. Bila kakchik cerita, baru la tersebut.. ooo, betullah tu. :D

    Alhamdulillah, Allah swt mudahkan urusan kak chik..

    ReplyDelete
  2. Zefa NorAsmara, istilah duit bocor ni ada banyak tafsiran sebenarnya. Tapi apa yang pasti, duit hilang tanpa dirancang. Terima kasih banyak Zefa.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails