Followers

5.1.13

KISAH AKU DAN AYAH

BISMILLAHIR-RAHMANIR-RAHIM.

Umiku bercerita, demi membesarkan anak-anak 9 orang, Ayah dari muda sampai ke tua sentiasa rajin bekerja dan istiqomah solat jemaah di masjid kecuali ketika sakit berat. Ayah pernah merantau ke Kedah mengambil upah menanam padi dan bertukang. Kerja Ayah sangat teliti dan kemas. Rumah kami Ayah bina sendiri dengan bantuan Umi. Sedikit demi sedikit akhirnya rumah kami siap dan anak ini adalah yang kedua dilahirkan di rumah itu.

Gambar 2011

Ayah pernah jatuh dari pokok rambutan kerana anak degilnya ini meraung tak berhenti kerana mahu makan rambutan. Dipujuk tak makan, akhirnya dalam kepenatan Ayah panjat juga dan terjatuh. Patah kaki Ayah. Kesannya ada sampai ke hari ini. Setiap kali teringat peristiwa ini airmata pastinya mengalir.

Dulu Ayah nak masukkan ke sekolah Maahad Muhammadi tapi kerana gila nak jadi pemidato, dapat saja tawaran ke SBP, janji dengan Ayah nak sekolah agama terus melayang. Ayah merajuk, abang-abang yang tolong pujuk. Anak degil ni tau nak hajat hati dia dipenuhi saja. Akhirnya Ayah mengalah. Borang ke sekolah SBP akhirnya Ayah sign.

Petang tadi balik kerja ternampak susuk tubuh Ayah memanjat tangga mengemaskan rimbunan pokok bunga kertas Umi hati jadi amat sayu, betapa Ayah, sampai dalam keadaan uzur masih berusaha nak bagi anak cucu selesa. Pokok-pokok di tepi pagar dikemaskan agar mudah anak-anak nak parking kereta dan lalu-lalang.

Ayah menjadi sumber inspirasi buat anak ini untuk terus berusaha gigih dalam hidup. Sikap Ayah yang peramah, mengambil-berat pada jiran-tetangga terutama orang-orang yang lebih tua, suka mengekalkan silaturrahim, mudah beralah dan sangat menghormati ulamak sangat dikagumi. Rasanya sedikit sebanyak ada mewarisi sikap tersebut. :)

Pengorbanan Ayah turut memberi kesan kepada bisnes yang diusahakan oleh anak-anak. Bisnes abaya ini juga punya pertalian dengan Ayah. Kata-kata Ayah, nasihat, teguran dan cabaran banyak mendorong anak ini untuk terus maju ke depan. Didikan Ayah, berbuatlah baik tapi jangan diharapkan balasan.

Terima kasih Ayah. Ayah yang tiada galang gantinya.

6 comments:

  1. salam kakchik... lamanya tak menjengah kakchik.. kakchik sihat? besar sungguh pengorbanan seorang ayah... mudah2an ayah dan ummi kakchik dikurniakan kesihatan yang berpanjangan... ameenn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm Hana. MashaAllah... terima kasih sudi menjenguk ke sini. Rindu kat hana dan blog Hana's Family tu. Alhamdulillah kakchik sihat sangat. Kakchik doakan hana sekeluarga pun sihat juga ya

      Terima kasih mendoakan kesihatan yang baik utk kedua ibu bapa kakchik. Moga Allah kabulkan.

      Delete
  2. Assalamualaikum KakChik,

    kasih mereka tidak pernah luntur untuk kita yang bernama anak.

    ReplyDelete
  3. bergenang air mata baca kisah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang yang menulis ni mencurah-curah dah nadiah

      Delete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs