Followers

20.12.12

No Family Is Perfect

Bismillah.

Diri kita ini dibentuk oleh sebuah keluarga. Bagi kakchik, keluarga kakchik adalah sangat bermakna dalam hidup ini. Merekalah yang banyak menyumbang ke arah terbentuknya peribadi seorang 'kakchik' pada hari ini.

Keluarga kakchik bukanlah 'perfect' sebagai sebuah keluarga Islam tapi bagi kakchik keluarga inilah keluarga yang terbaik yang Allah takdirkan buat kakchik. Ada Ummi dan Ayah yang begitu bersabar dengan perangai kakchik dari dulu hinggalah ke hari ini.

Syukur alhamdulillah, kakchik dilahirkan dengan mempunyai abang-abang, kakak-kakak, adik-adik perempuan dan adik lelaki (arwah), lengkap sekali untuk mempunyai perasaan yang seimbang sebagai seorang anggota keluarga.

Terima kasih Allah di atas kurniaan ini.



4 comments:

  1. setuju seratus peratus . sayangilah keluarga kita selagi mereka masih ada :) ujian dan dugaan itu tanda kasihnya Allah s.w.t pada kita . may Allah bless you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nadiah. May Allah bless you too.

      Delete
  2. Assalamualaikum.

    Kak Chik, macam mana nak terima seadanya keluarga kita?

    Terima segala kebaikan dan keburukan..Maafkan diri dan salah mereka..bagaimana kita nak lakukan semua tu Kak Chik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam Embun Melati.
      Pada pendapat kakchik, untuk menerima keluarga kita seadanya ialah dengan menerima diri kita sendiri seadanya selepas kita berusaha sebaik mungkin untuk menjadi solehah.
      Setiap manusia ada kelebihan/kelemahan masing-masing begitu juga kita dan ahli keluarga kita. Kita kena sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yang taat dan dalam masa yang sama mesti mengajak ahli keluarga kita bersama dengan kita menjadi baik. Jika usaha kita tidak berjaya, serahkanlah kepada Allah SWT.
      Apabila kita bertawakal kpd Allah jangan kita lupa mendoakan diri kita dan mereka sentiasa mendapat taufik dan hidayah Allah. Dan bertenangnya. InsyaAllah kita akan dapat terima dan mereka pun dapat terima kita.

      Delete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails