Followers

22.4.12

Merekalah Anak-Anakku Ketika Ini

BISMILLAH.

Isu zuriat tak pernah padam. Selalu saja ada yang bertanya dan selalu juga ada yang membuat hati tersentap. Kadang kakchik tabah tapi ada kalanya air mata jatuh juga.

Sepuluh tahun lebih melayari bahtera perkahwinan tanpa zuriat sendiri, hati wanita mana yang lupa untuk mendoakan agar satu hari ada 'berita baik' yang sentiasa dinanti. 

Tapi mulut manusia, cabulnya, lasernya tak sempat dah nak fikirkan hati dan perasaan kita. Takpelah... Allah tahu isi hati ini. Kalian siapa?

Usahlah bertanya lagi kalau sudah sekian lama anda tahu. Kakchik sedang berusaha untuk mengekalkan kebahagiaan diri, secara spiritual dan mental. Akan sentiasa bersangka baik dengan perancangan Allah.

Biarlah mereka menjadi cahaya mataku sementara menanti khabar dari Allah SWT.





7 comments:

  1. salam kak.chik..pa kabar?Dah selesai & selamat majlis pertunangan adik kakchik?Mesti penatkn..
    Biarlh apa org nk kata kakchik..mulut org ni mmg xsenang dgn kebahgiaan org lain.
    Yg penting kakchik & En.Abe bahgia & sentiasa berdoa kpd ALLAH semoga satu hari nanti dikurniakn zuriat.
    Setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya..perancangan ALLAH kpd kita..tiada siapa yg tahu.
    K.atie doakn kakchik & suami akan dikurniakn cahayamata...Aminnnnnnnnn

    ReplyDelete
  2. you are stronger than you think, kakchik..
    bersabar.. Allah Maha Adil, He only test us with what we can bear.. Allah yang merancang segalanya..

    ReplyDelete
  3. Semoga kak chik terus kuat dan tabah. Saya doakan semoga suatu hari nanti kak chik peroleh 'rezeki' yg diimpikan.. amin ya rabbal 'alamin..

    ReplyDelete
  4. Mungkin org itu xphm konsep qada Allah .kak chik,tgk zaman fb ni saya rs gerun nk didik anak.kdg2 Allah nk pelihara kebaikan kak chik suami isteri jd Allah kurniakn reEki dlm bentuk lain.Risau jugk takut anak kita x menuju ke syurga

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dengan pendapat blackcardomompods, melihat kepada perkembangan akhir zaman ini, ibu-ibu rasa risau dan berkecamuk. Besarnya ujian yang ALlah turunkan kepada kita.

      Delete
  5. Assalamualaikum.. Kakchik just enjoy your life. Appreciate everything surround you.. Saya pun macam kakchik, 12 tahun dah menunggu. Ada banyak benda lagi yang dapat membahagiakan kita. Sesungguhnya Allah merancang yang terbaik untuk kita..

    ReplyDelete
  6. Kakchik jangan putus berdoa kepada ilahi supaya dikurniakan zuriat.Mungkin ade hikmah Dia tak kasi lagi zuriat.

    Abang saya kahwin 12 tahun tak dapat zuriat.Alhamdulillah syukur kepada Allah, akhirnya Dia mengurniakan zuriat kepada abang saya nie. Bukan saja dia n wife saja gembira, kami sekeluarga nie pun turut rasa syukur dan happy sesangat..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails