Followers

5.5.11

Akhirnya Terlaksana Juga

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah leganya terasa apabila kakchik berjaya selesaikan 3 tugasan penting hari ni. Masih ada satu lagi yang amat penting tapi terpaksa ditangguhkan ke hari Ahad kerana kakchik tak sempat nak ke pejabat kerajaan yang berkenaan. Esok dah cuti.

Tadi, kakchik ke SSM untuk memperbaharui daftar syarikat MARIBACA BOOKSTORE yang sepatutnya dibuat dalam bulan April lagi. Kakchik tertukar tarikh dengan daftar syarikat untuk Zahra'. Ingatkan 15 Mei, huhu, padahnya kena denda RM10. Tak apalah asalkan kini urusan penting ini selesai. Alhamdulillah.

Satu lagi, hari ini juga perniagaan abaya kakchik mempunyai syarikat yang rasmi. ABAYA ELEGAN kini dimiliki sepenuhnya oleh BUTIK ABAYA HANIZA. Syukur, alhamdulillah. Sekarang ni bisnes abaya ni kakchik lakukan secara online saja dan memang berhajat dari awal tahun lagi mahu mendaftarkan syarikat selepas setahun membuat percubaan untuk bisnes ini. 


Pendaftaran BUTIK ABAYA HANIZA ni adalah persediaan kakchik untuk merealisasikan impian kakchik untuk mempunyai sebuah butik abaya yang mengedar dan menjual pakaian muslimah dari timur tengah, aksesori, beg tangan dan kasut. Selain itu kakchik berhajat untuk menyediakan khidmat nasihat dalam fesyen dan gaya muslimah berdasarkan kod etika pakaian Islam yang sebaik-baiknya.

Semoga usaha ini akan mendapat redha Allah SWT. Insyaallah motto ini akan cuba disemai sebaik-baiknya, "Aurat Dijaga, Maruah Terpelihara" dalam jiwa kakchik dan jiwa para pelanggan yang membeli dan memakai abaya yang kakchik jual. Cita-cita kita adalah akhirat. Bisnes ini dapat dijalankan pun dengan izin Allah jua.

4.5.11

Memasak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sebentar lagi waktu Maghrib akan masuk, tentu masing-masing sudah siap makan malam atau sedang bersedia untuk makan malam selepas solat Maghrib nanti. Kami berdua sudah selesai makan sebentar tadi. Sementara menantikan azan Maghrib ni kakchik nak kongsikan menu kami hari ni.

Hidangan ringkas. Telur Goreng Kicap, Ayam Halia, Tembikai dan Mentimun.

Bila penat balik kerja ni kakchik masak yang ringkas saja. Cepat disediakan dan cepat dihidang. Insyaallah sempatlah kami makan sebelum Maghrib. Lagipun kalau masak yang berat-berat bukannya cik abe suka sangat makan. 

Selamat menjamu selera ya kawan-kawan semua. Lepas ni kita solat Maghrib, mengaji Qur'an dan taalim sikit.

'Dating'

Assalamualaikum.

Hidangan ringkas dimakan berdua.

'Dating' dengan suami, adalah sangat bermakna buat setiap wanita yang bergelar isteri. Ini pandangan kakchiklah. Lebih-lebih lagi bila kita bercinta selepas kahwin. Itulah yang kakchik rasai sepanjang 9 tahun kami hidup bersama di bumi Allah ni. 

Setiap hari masing-masing sibuk bekerja mencari rezeki, cik abe untuk menyara keluarga, kakchik membantu cik abe. Bila balik dari kerja, masing-masing ada kerja sampingan yang perlu diuruskan. Cik abe dengan kerja wartawan sukannya dan kakchik dengan bisnes buku dan abaya. Selain itu, jangan dilupa, urusan rumahtangga yang menentukan keselesaan hidup kami berdua.

Bagi orang yang punya anak-anak, sudah pasti masa untuk berdua-duaan suami isteri menjadi lebih terbatas. Maka ada baiknya jika masing-masing mengambil inisiatif untuk sekali-sekala keluar 'dating' atau 'dinner' di luar. Dalam rumahtangga kami pula, inisiatif dari cik abelah yang paling diharapkan kerana di situ terletak izinnya. Kadang-kadang kakchik rancang tapi dia sibuk maka rancangan tak menjadi.

Bertuah sekali bila punya suami yang prihatin. Dia tahu kita kepenatan melakukan pelbagai tugas, dia yang dahulukan cadangan untuk 'dating'. Keluar bersiar-siar di petang hari sambil mengambil angin, bersembang hal yang ringan-ringan, mengimbau kenangan percintaan kami di akhiri dengan makan malam sebelum pulang ke rumah sebelum Maghrib. Sungguh menggembirakan hati si isteri ni.

'Dating' begini makin mengukuhkan hubungan suami isteri kerana boleh bercinta sepuas-hati hehe. Tapi, mestilah menjaga batas dan adabnya kerana bila keluar dari rumah, masyarakat akan memandang. Walaupun sudah suami isteri, akhlak tetaplah kena jaga. Nanti menjadi buah mulut orang pulak. Boleh jalan-jalan berpegangan tangan, main-main mata hehe semasa menunggu makanan dihidangkan, hangatkan cinta sambil tidak lupa bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan.

Semua ini HANYA BOLEH dilakukan bila antara kami berdua ada ijab dan qabul. Segalanya bermula selepas kami dinikahkan. Kerana Allah, kami disatukan, kerana Allah juga kami menjalani kehidupan menjalankan amanah-Nya. Semoga Allah meredhai kami suami isteri. 

BERDOSA JIKA 'DATING' BERDUA LELAKI DAN PEREMPUAN SEBELUM BERKAHWIN. Elakkan!
Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs