Model memakai abaya tempahan khas. |
Apakah Yang Mempengaruhi Harga Abaya Kami?
Setelah berfikir beberapa ketika, kakchik mengambil keputusan untuk bercerita lagi. Kali ini berkenaan apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penentuan harga abaya yang kami pasarkan. Tentu ramai yang berkata, "boleh tahan harganya", "mahalnya", "takde ke yang bajet student" dan seumpamanya.
Baiklah. PERTAMA sekali, ingin kakchik maklumkan bahawa kepakaran kami ialah memasarkan abaya-abaya dari NEGARA TELUK yang berkualiti, selesa dalam pelbagai cuaca dan patuh syariah untuk membantu para wanita tampil elegan dalam menutup aurat mereka. "Being Elegant the Syariah Way."
NEGARA TELUK merujuk kepada negara Qatar, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Kuwait, Bahrain dan Pakistan (yang ni di Asia Tengah sebenarnya). Kami IMPORT abaya-abaya ini dari sana secara terus dengan tukang jahit, pereka abaya, pembekal abaya ataupun pengilang abaya.
Untuk memastikan usaha mengimport ini berbaloi dengan modal yang dikeluarkan, kami berusaha memastikan kami mendapat bekalan abaya yang BERKUALITI dari segi kainnya, jahitannya, potongannya, para pembekal yang memberikan servis pengambilan order dan penghantaran yang bagus serta kecekapan kaedah pembayaran antara negara.
Kesemua faktor tersebut pastinya memainkan peranan dalam menentukan harga yang ditawarkan kepada pelanggan. Selain itu kami juga mengambil kira faktor berkat dalam penetapan harga tersebut yang termasuk zakat, kebajikan, mark-up tidak melebihi 35% dari kos untuk menjamin kelangsungan bisnes ini. Cukai import juga terpaksa diambil kira. Kami juga cuba memastikan para pelanggan mendapat nilai setimpal untuk pelaburan mereka, "value for money".
Kami rasa kurang berbaloi untuk mengimport abaya yang harga bajet (di bawah RM150.00) kerana kualitinya boleh dipersoalkan. Jahitan tidak kemas, benang berselirat dengan bulu-bulu kain yang tidak dijahit tepi (edging), potongan yang tidak mengikut standard, kain yang panas, tampalan manik yang tidak tahan lama, kadang-kadang buka saja plastik pembungkus, bertaburan jatuh batu-batu hiasannya, jahitan butang ketip atau zip yang tidak kemas, mudah tertanggal dan seumpamanya.
Alang-alang mengimport biarlah yang berkualiti. Berbaloi pelanggan melaburkan wang dan puas hati memakainya untuk masa yang lama. Iya, masalah tetap ada tapi tidaklah sebanyak masalah semasa pengalaman kami memasarkan abaya bajet. Banyak yang dipulangkan dan kami terpaksa menanggung kerugian. Lebih baik kami fokus menawarkan abaya-abaya yang kami yakin kualitinya dan kami sendiri suka serta seronok memakainya. Hati pun tenang.
Tiada paksaan dalam membeli dan memilih. Kami tahu ramai fans kami dari kalangan pelajar yang kurang mampu membeli abaya-abaya import. Kami sudah mula menawarkan abaya yang dijahit di Malaysia menggunakan ukuran dan bentuk potongan abaya dari negara teluk iaitu A-cut dan akan datang Umbrella-cut. Harga mampu milik insyaAllah. Buat permulaan kami tawarkan abaya polos hitam dari kain Koshibo dengan potongan A-cut pada harga RM99.00 sehelai.
Semoga dapat membantu. Allahu'alam.

KakChik Niza
12 Jan 2014
www.abayaelegan.com
www.facebook.com/abayaelegan
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.