Bismillah.
MasyaAllah terasa begitu lama kakchik tidak mencurahkan hati dan minda kakchik di blog ini. Akhir-akhir ni kakchik lebih banyak menumpukan perhatian kepada page-page di fesbuk. Seperti sibuk sangat hinggakan tiada masa untuk diluangkan sebentar untuk menulis walhal bukanlah sibuk mana pun. Hmm...
Tapi kan... alhamdulillah malam ni kakchik dapat juga luangkan sedikit masa untuk berkongsi rasa. Alhamdulillah syukur sangat. Impian kakchik untuk memiliki butik abaya sendiri kini sudah pun menjadi nyata. Selepas hampir 5 tahun menjalankan bisnes abaya secara online, akhirnya impian menjadi nyata.
Impian yang kakchik tulis di dalam Senarai 101 Impian 2013/14 selepas menyertai seminar Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan pada bulan Julai 2013 di PWTC. Benar bak kata Mentor kakchik, impian yang ditulis akan lebih cepat dicapai. Syukur ya Allah.
Sudah agak ramai yang tahu kakchik membuka butik kecil atau kakchik panggil Mini Butik Abaya Elegan sejak awal Jan 2014. Dalam Senarai 101 Impian 2013/14 tu kakchik tulis, "Saya memiliki butik abaya pertama di Kota Bharu pada 1 Jan 2014." dan Allah izinkan pada 2 Jan 2014 kakchik SAH menyewa lot 43 di Bazar Tuan Padang untuk memulakan Mini Butik Abaya Elegan. Allahu Akbar!
The Power of 'Menulis' bak kata Jerry Zafrul Rizal, orang kanan Dr Azizan Osman, Mentor kakchik.
Ok, tak nak cakap panjang dah. Kakchik nak kongsikan gambar-gambar di mini butik dalam sebulan ia beroperasi. Jemput singgah untuk cuba-try-test-buy-abaya ya :)
Hari pindah masuk:
Mula masukkan barang sedikit demi sedikit:
Dinding dan pintu cermin akhirnya siap dipasang:
Stok yang sampai sebelum butik dibuka:
Hujung bulan, pelanggan mula datang serbu:
Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Kakchik dengan ini nak menjemput anda semua ke Mini Butik Abaya Elegan di lokasi berikut:
BUTIK ABAYA ELEGAN
L1-43 Bazar Tuan Padang
Jalan Dato' Pati
15000 Kota Bharu
Kelantan
(Setentang Bangunan MARA)
salam kakchik, izan kan teringin nak biz abaya ni..tapi tak tahu nak mula dari mana and bagaimana..ada try join dropship tapi bila jenis kain abaya tu tak berkenan di hati nak jual pun macam tak berapa best..
ReplyDeleteAlhamdulillah, Tahniah kakchik! Nanti bole pegi sopping-sopping
ReplyDeleteSalam Ukhuwah,
ReplyDeleteSelama ni hanya follow Kak Chik melalui facebook. Tak sangka hari ni terserempak blog Kak Chik. Selamat majujaya. Saya punya butik offline pakaian muslim muslimah dahulunya. Sekarang hanya fokus jualan online setelah berpindah ke Kelantan.
Jemput singgah blog saya Kak Chik : www.azuraabdullah.com