Followers

9.7.12

KakChik, kenapa KakChik pakai purdah?

BISMILLAH.


Soalan di atas selalu saja kakchik terima melalui email atau mesej di facebook. Secara ringkas, inilah jawapan kakchik:


1. purdah ialah pakaian isteri-isteri nabi, ia sunnah, insyaAllah dapat pahala jika kita ikut.
2. untuk menjaga maruah diri, memelihara iman
3. mengawal diri agar sentiasa ingat amanah sebagai hamba Allah
4. menjadi yakin, seorang muslimah tetap ada ruang untuk berada di medan masyarakat tapi menjaga batas-batasnya
5. demi redha Allah

selebihnya Allah yang Maha Tahu

11 comments:

  1. anak sedara saya pon pakai purdah..umur baru 12 thn.. bangga tengok dia berani sahut cbaran ayahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabas untuk anak saudara Suhana. Semoga dia memahami konsepnya dan istiqomah beramal hingga ke akhir usia.

      Delete
  2. sedeyh ngn keadaan skrg, lov baru nk mula bpakaian mnutup aurat, bpakaian labuh, btudung labuh, tp bos2 n pgawai kt ofs ni sume mcm gile seks..

    suke kalo kite btepok tmpo sasame sndiri, tloncat2 mcm kere, ada aktviti yg xbmanfaat lgsung n xde kne mngene lgsung dgn ofs ni..

    sedeyh sgt kak chik, abg lov soh mntk tukar tp sblm mntk tuko tu kite kt cni yg teseksa..


    boleh kakak2 kt cni ckp lov org paling comot skali kt ofs ni, gaya lov ni sesuai kalo keje kt pej. agama je..


    uwaaaaaaaaaa da xthn da ngn sikap mnusia ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lov, sabarlah lov. apabila kita mula melakukan perubahan ke arah kebaikan, anasir-anasir jahat akan makin banyak datang di sekeliling kita. makin kuat hati mau berubah dan disertai pula dgn amalan, maka makin kuatlah dugaannya.

      biarkanlah apa saja kata-kata buruk yg mereka lontarkan. yang penting pandangan Allah. Yang penting pandangan Allah.

      Delete
  3. jawapan kak chik memang mudah,ringkas dan senang difahami..

    tenang je baca blog kak chik ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Embun Melati.
      Segalanya dengan izin Allah jua.

      Delete
  4. Salam kak cik..
    Alhamdulillah, sejak saya berpurdah saya banyak membaca tulisan kak cik..
    Alhamdulillah dah tiga bulan saya mengenakan purdah..
    Pada mulanya, saya agak risau kerana bimbangkan niat di hati..
    saya akui, saya tidak banyak membaca tentang sirah / hukum purdah atau niqad sebab di hati saya hanya satu, pakai purdah sebab nak lebih dekatkan dengan Allah..


    saya masih belajar di maktab sekitar KL..dan saya tidak mengenakan purdah apabila belajar dan bila berada di kawasan tempat belajar, apabila keluar kawasan maktab, seperti pergi pasar malam atau shopping baru saya mengenakan purdah.. adakah perbuatan saya ni dibenarkan syara'?

    Saya bukan pada golongan yang cantik yakni kecantikan yang boleh mengundang fitnah..jadi sedikit sebanyak perkara ini mengundang kepada kewajaran saya memakai purdah.. apa pendapat kak cik?

    Semenjak saya memakai purdah, ujian yang datang kebanyakannya daripada hati dan diri saya sendiri..saya risaukan niat di hati saya, takut berbolak balik.. juga hubungan baik saya dengan keluarga..mereka langsung tidak menghalang malah menggalakkan cuma komunikasi saya mengudang masalah.. saya sensitif juga ahli keluarga..jadi saya risau ini akan memberikan imej yang buruk di mana persepsi 'pakai purdah tapi bukan baik sangat pun'.. saya sangat risau kak cik..
    saya masih belajar menjadi anak yang baik..

    wassalam..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah... Wkslm Saida. Tak terbalas kakchik dengan komen Saida dan perkongsian Saida yang panjang lebar ni. Ringkas saja kakchik nak kata, syabas! Saida kuat dan insyaAllah mampu meneruskan amalan baik ini dengan penuh kesabaran.

      Delete
  5. assalamualaikum
    kak cik, kalau ibu kita tidak bgi kebenaran utk pkai purdah mcm mana? tetapi,saya sudah start memakainya sebelum meminta kebenaran dari ibu saya.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum kak cik.
    kak cik, kalau ibu kita tidak bgi kebenaran utk memakai purdah macam mana? patut ke saya tidak pakai? tetapi, saya sudah pkai sebelum saya dapat kebenaran dri ibu saya lagi.

    ReplyDelete
  7. Salam...
    Sy sorang mualaf...sy begitu minat nak pakai purdah...bole ke sy pakai???

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails