Followers

6.5.12

SIBUK

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar? Lama sungguh kali ni kakchik meninggalkan blog Keluargaku Sayang ni. Saban hari menanti waktu yang sedikit lapang untuk menuliskan sesuatu. Kalau lama sangat nanti blog akan terus bersawang dan makin susah untuk menulis kembali.

SIBUK

Rasanya setiap hari pun kakchik rasa sibuk walhal bukanlah sibuk sangat berbanding orang lain. Kerjaya sepenuh masa di perpustakaan adalah pilihan sendiri jadi mana boleh jadikan tugas dan amanah di situ sebagai alasan, sibuk.

Berniaga abaya adalah atas kehendak sendiri yang diberikan keizinan oleh suami. Seronok memanglah seronok apabila kita buat sesuatu yang kita suka tapi letihnya berganda. Itupun bukan kerana suka-suka nak berniaga bahkan semuanya kerana membantu suami juga. InsyaAllah sehingga kerjaya suami jauh lebih mantap dari sekarang.

Kerja jemaah yang kadang menuntut mesyuarat di waktu malam. Yang ini ada kalanya kakchik tidak dapat memenuhi semua jemputan dan penglibatan di dalam program dakwah Islami yang dijalankan. Terasa irihati juga melihat mereka yang tangkas, pantas dan cekap membahagikan masa hingga boleh siang malam buat kerja jemaah.

Begitulah kehidupan, semakin hari semakin banyak amanah yang perlu diselesaikan demi survival hidup di muka bumi ini. Ada amanah yang sememangnya wajib, ada amanah yang dipikul demi sebuah perjuangan, ada amanah yang sengaja dicari dan sebagainya. Semuanya bukan saja-saja nak buat tapi kerana memikirkan hujung jatuhnya kehidupan ini ialah sebuah kematian dan kematian ialah langkah seterusnya menuju Allah SWT.

Kakchik


1 comment:

  1. assalamualaikum..alhamdulilah masa kakchik dihabiskan dengan aktiviti bermanfaat..:D

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails