Followers

6.5.12

ONLINE SHOPPING

BISMILLAH.

Semoga apa yang dikongsikan ada manfaatnya.

Sudah agak lama kakchik tak bercerita tentang 'shopping' kan? Bukan tak 'shopping' tapi sibuk dengan urusan lain, cerita pasal 'shopping' jadi tidak penting dan memang tidak penting pun untuk diceritakan. Tapi malam ni terasa nak berkongsi pula tentang 'shopping' ni. Harap-harap tidak membosankan. Kalau terasa takde 'point' penting, silalah baca pos-pos yang lain ya.

Sejak dunia perniagaan maya meletup ni kakchik sudah makin malas nak ke pusat membeli-belah. Alasan utama ialah kesesakan lalulintas dan masalah 'parking' kereta. Kota Bharu ni tau-tau ajelah, 'Syurga Membeli-Belah Pantai Timur' dan di mana saja ada pusat membeli-belah, dua-dua masalah tadi pasti ada. Itu yang malas nak keluar ke bandar tu.

Jadi, duduk ajelah di kerusi, buka internet, 'online' dan gunakan kebijaksanaan menguasai ICT untuk mencari apa juga benda yang diinginkan. Membeli-belah tersangatlah mudah dengan menggunakan internet dengan syarat ada perbankan internet, Paypal, kad debit atau kad kredit serta kepercayaan kepada syarikat-syarikat perniagaan alam maya, maka urusan membeli-belah akan cepat dan mudah.

Tunggu saja barang yang dibeli dalam talian sampai ke depan pintu. TAPI kena hati-hati, banyak syarikat yang jujur namun banyak juga syarikat yang menipu. Alhamdulillah setakat ini sudah masuk 5 tahun kakchik membeli-belah secara 'online', belum pernah terkena. Semoga tidak akan terkena sekali pun. Hanya 3 perkara yang kakchik membeli secara maya:- abaya, buku dan beg tangan. Itu je.

Inilah dia hasil kakchik 'online shopping' dalam sebulan dua ni. Sekarang dah kurangkan 'shopping' kerana kakchik sedang sebaik mungkin mempraktikkan tips-tips kekayaan dan kejayaan pengurusan wang yang diberikan oleh Mentor kakchik iaitu Dr. Azizan Osman dan Mekanik Wang iaitu Abang Abu. Antaranya ialah mesti mengisi tabung 'Financial Freedon Fund' setiap hari. InsyaAllah tips ini memang menjadi.

DKNY yang kanan tu ORI, beli dari US. FENDI yg kiri tu replika.
Dua-dua beli secara maya.

'Online shopping' ni sebenarnya boleh bawa mudarat jika tidak pandai menguruskannya terutama jika duit dalam bank banyak dan kita jenis orang yang mudah berkira. Asal nampak je cantik dalam gambar, kita terus je order dan bayar. Banyakkan berhati-hati agar duit kita tidak melayang begitu saja dan kita tanpa sedar menjadi boros. Hati-hati, sentiasa hati-hati.

Buku juga selalu kakchik beli secara 'online' terutamanya dari acmamall.com dan mph.com yang ada kemudahan pembayaran melalui maybank2u. Kakchik tak guna kad kredit, takut... takut lemah iman yang penyakit boros menimpa. Kakchik kenal diri kakchik yang kalau beli buku, sekali 'round' saja boleh cecah ribuan RM. Jadi, baik beringat sejak awal kan?

Baru je beli Rabu lepas.

Tapi, kali ni kakchik beli buku di kedai buku terus pada hari Rabu lepas. Lama-lama tak berkunjung ke Popular dan SMO di KB Mall tu rasa rindulah pula hehe. Jadi, inilah hasil singgahan di kedua-dua kedai buku tersebut. Ini siri pertama, insyaAllah siri kedua singgahan akan menyusul sehari dua lagi. Ada beberapa buah kitab yang kakchik ingin beli tapi baru ni ongkosnya tidak mencukupi.

InsyaAllah jika ada kesempatan kakchik bercerita lagi.

KakChik

2 comments:

  1. kak cik xpi Pesta Buku Antarabangsa ke?? sy sedih cket sebb tak dapat menjejakkan kaki tahun nih.. huhu

    ReplyDelete
  2. salam kak
    kat sini setakat yg ayu thu, book axcess yg kat amcoprmall tu mmg murah.
    terlalu murha dari pasaran
    klu akak turun kl
    cer try
    insyaa Allah yg ratus2 akak belanja tu boleh jdi separuh

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails